02 di kulim - Google Blog Search |
Budak 13 tahun dicerai talak tiga <b>di Kulim</b> - Media Suara Insan Posted: 26 Nov 2013 06:09 PM PST KULIM: Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim. Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun. Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan. Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya. Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang. Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas. Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008. Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012. Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit. Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan. Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan. Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah. |
"The Origin" Fatal Frame 09: Kembara <b>di Kulim</b> - Ops Gelap <b>...</b> Posted: 20 Nov 2013 06:44 AM PST Lokasi: Bangungan Tinggal,Kulim,Kedah Darul Aman Tarikh: 24/08/2012 malam Jumaat Kamera: CANON DSLR EOS 550D Bersama: Hazim,Hasif (sepupu) & kimi Koordinat lokasi: baiklah,selepas trip Highland Tower dulu,aku rehat sebentar dari buat keje2 mcm ni,hampir dekat 2bulan,then masuklah bulan ramadhan dan syawal. Syawal pertama dan kedua pada tahun 2012 keluarga aku sambut di Chemor,Ipoh, kemudian raya ketiga di kulim,Kedah. Kedah ni keluarga belah ayah. So, dipendekkan cerita, masa malam raya ke-4, aku dah naik "buntu" dok kat sini sebab xde kawan. mula2 nk masuk bangunan tu,kami terpaksa kena pijak kaca2 yg berterabur diatas lantai. pada mulanya,adalah sedikit rase seram dengan bunyi kelawar yg tinggal di tingkat atas sekali (tingkat 3) dan kelihatan ade beberapa ekor kelawar berterbangan di ruang lobi tngkat bawah tersebut. tetapi kami berempat meneruskan juga perjalanan kami untuk masuk kedalam bangunan tinggal tersebut. Apa yg memeranjatkan aku ialah kelihatan escalator yg usang yg amat besar (mungkin belom siap lagi). Aku menanya pada hazim dan hasif "adakah kita akan naik escalator ni untuk naik ke tingkat atas?" sambil menunjuk ke tingkat atas. Hasif- "tak,nnt kita kedepan skit,nampak tangga ke tepi,tangga tu yg kita naik nanti." selepas kami berjalan kedepan,mmg kami temui tangga yg dikatakan oleh hasif tadi,so kami decide untuk naik ketingkat 1 untuk melihat apa yg ada ditingkat tersebut. ternyata,tiada apa yg pelik berkaitan dengan bangunan kosong. Yang kami nampak ditingkat tersebut hanyalah ruang yang kosong yg gelap dan ditemani dengan bunyi titisan air dan bunyi kelawar yg amat kuat. so, kami tiada pilihan untuk berjalan sekeliling kawasan tingkat 1 tersebut. Disini, kami lebih berhati2 kerana makin dalam kami berjalan,makin kuat bunyi kelawar tersebut. Cuma kami tidak tahu dimanakah sarang atau tempat kelawar berkumpul. Apa yg aku tangkap dalam gambar adalah yg termampu aku ambil pada malam itu,kerana kawasan didalam tingkat 1 tersebut mmg gelap tiada lampu (kecuali lampu suluh dan flash camera DSLR je). kadang2 tu adelah juga dalam hati ni tergerak mengatakan macam "ternampak kelibat melintas" di hujung mata setiap kali aku pusing ke belakang. Mungkin itu cuma pikiran aku saja. Hasif dan kawannya sibuk meng-adjust kamera bapak dia, si hazim agak berani berjalan sorang2 dalam gelap. kimi yg cuba menyuluh 1 sudut yg gelap aku dan hasif sibuk melihat kawasan sekeliling. apa yg boleh dilihat didalam gambar2 ini adalah gambaran dalam pusat beli-belah yg luas tetapi sudah dikosongkan(?). aku dan hasif sedang meng-adjust kamera sepanjang kami berada di tingkat ini,kami hanya dengar bunyi kelawar,air,dan kadang2 dengar bunyi tayar kereta bergerak dari arah luar bangunan yang kami jangkakan adalah kereta polis yg sedang meronda di luar kawasan bangunan. kami berjalan dan melihat setiap tempat yg ada di tingkat tersebut dan ade beberapa tempat yg kami tidak pergi seperti lantai yg basah dan struktur lantai yg dikhuatiri lemah. kelihatan bangunan kosong yg bersebelahan dengan kami so,kebanyakan gambar2 kat atas ni menunjukkan tempat ni mmg sudah tiada org jaga dan kelihatan siling2 diatas sudah berkopak,tangga elevator pun kelihatan suram dan seram,bilik2 di setiap tingkat kelihatan putih kesayuan. So,aku fikir mungkin disebabkan tempat ni bukan tempat/lokasi orang dibunuh or something bad happen (mengikut firasat aku lah),so aku anggap mungkin tiada apa2 yg pelik or sesuatu yang menyeramkan ada didalam bangunan ini. Sangkaan aku tidak tepat sekali,kerana gambar dibawah ini berjaya ditangkap didalam kamera DSLR aku. Cuba korang perhatikan betul2 dalam setiap sudut yg ada didalam gambar dibawah ini. Nak tau apa yang ada didalam gambar bawah ini? teruskan membaca sampai habis entri ini. tetapi pada masa malam kejadian itu.aku tidak perasan yg aku telah ter"tangkap" sesuatu didalam kamera. Kebiasaannya aku akan check gambar bila kitorg telah beredar dari tempat itu. So kami meneruskan perjalanan kami seperti biasa untuk naik ke tingkat 2. nampak apa yang aku cuba cakapkan x? So,korang leh tengok struktur elevator yg ditinggalkan begitu saja didalam bangunan ini. Memang nampak usang sekali. Pada mulanya kami nk try naik,tapi disebabkan khuatir dengan keadaan kayu tersebut,kami tidak naik elevator tersebut. 1 tingkat ni luasnya macam 1 level di Pavilion KL tu. Luasnya. Penat kaki kami semua berjalan nk rempuh semua kawasan untuk lihat apa yang ada didalam kawasan tersebut. So mase sampai ditingkat 2,kami decide untuk main sampai tingkat 2 saja sebab aku rase ditingkat 3 mungkin menjadi tempat sarang kelawar dan ia mungkin boleh membahayakan keselamatan kami. kami masuk bilik engin (?) yang kelihatan masih utuh didalamnya. Mungkin mat pet/mat gian xperasan yg dalam bangunan ni ada lagi baki2 besi didalam bilik ni untuk dijual rasenya. sesudah memeriksa didalam bilik enjin tu,kami cuba untuk pergi ke sudut hujung tingkat tersebut yg menampakkan pemandangan luar. Tetapi kami tersilap langkah! pada waktu kami semua sedang berdiri di tepi bilk tersebut, hasif dan aku telah menyuluh2 lampu suluh kami diluar kawasan tersebut. Alangkah malangnya apabila lampu suluh Hasif telah terpancar dalam semak dan telah tersuluh kereta POLIS yg sedang berehat(?) dalam gelap tersebut. Disebabkan telah tidak sengaja tersuluh pada kereta polis, kami nampak seakan2 kereta polis tersebut menghidupkan enjin kereta mereka dan bergerak. So,masing2 mula start panik kerana risaukan polis, aku decide yg kami semua patut keluar bangunan tersebut dengan segera. dengan tanpa membuang masa, aku,hasif,hazim dan kimi segera keluar mencari tangga untuk turun ke tingkat bawah sekali sambil2 berjaga2 dengan kaca berselerakan diatas lantai dan mengelak dari kelawar2 yg berterbangan didalam bangunan tersebut. Sampai saja kami di pintu masuk bangunan tersebut, masing2 cepat mengeluarkan kunci motor dan menghidupkan motor dan cepat beredar dari situ, sebelum nak beredar tu,sempat aku ambik gmbar luar bangunan tu sebagai kenangan kami. OK, baiklah. sudah sampai masanya untuk penerangan tentang gambar diatas tadi. So,gambar diatas ni telah menampakkan sesuatu yg ganjil di bahagian kiri. Cuba lihat gambar bawah ini dengan efek "thermographic picture". nampakkan sesuatu didalam gambar diatas? ia berada di belah kiri gambar dan ia berwarna merah. Maaf,kerana saya tidak pakar dalam penggunaan thermographic picture ini,so saya tidak tahu macam mane nk menerangkan situasi didalam gmbar ini. Gambar dibawah ini telah saya zoomkan sebanyak 3x untuk menampakkan kejelasan "benda" tersebut. x jelas lagi? xpe,saya zoomkan lagi lebih dekat "benda" tu. xpe, untuk kepuasan semua pembaca,saya zoomkan sekali lagi untuk nampakkan sebesar yg mungkin. ok,gmbar diatas ini sudah abis zoom saya buat untuk menampakkan "benda" tersebut berada didalam gambar semasa perjalanan kami didalam bangunan kosong tersebut. Untuk pengetahuan pembaca, gambar "benda" diatas ini baru saja saya perasan iaitu pada bulan september 2013, padahal pergi tempat tersebut pada masa raya tahun 2012. Ia mengambil masa 1 tahun untuk perasan-kan "benda" tersebut didalam gambar. gambar dibawah ini telah saya highlightkan untuk para pembaca bagi menerangkan ciri2 or bentuk2 yg ada pada "benda" tersebut. Kalau diperhatikan betul, "benda" tersebut seakan2 macam kucing/serigala yg sedang merangkak dan yang paling rare nya adalah mukanya sedang perhatikan kamera DSLR aku atau lebih tepat, ia sedang memandang kami semua! Kenapa aku panggil "benda" tu "BENDA"? sebab aku pun xtau nk gelarkan benda tu sebagai apa. So, pada mereka yg pakar dalam ilmu paranormal or ilmu perubatan islam, mungkin mereka tahu apa benda ni. So, Selepas perjalanan kami ke kulim, aku mula bergerak solo sekali lagi. Tetapi diatas sokongan rakan2 yg ada di KL dan Shah Alam, aku bersemangat untuk meneruskan kajian paranormal aku ini. So,entri selepas ini berkisahkan pertama kali aku jejakkan kaki di rumah DR.FRENZY di belakang Zoo Negara!!! Setelah hampir 4tahun mencari rumah tersebut tanpa bantuan arah dan pernah membuat aku sesat untuk mencari rumah tersebut, akhirnya aku jumpa juga rumah tersebut atas bantuan kawan UNISEL aku,Hazim. So, mungkin entri lepas ni agak lmbat untuk di-update-kan kerana aku sedang menjalani minggu2 terakhir sebagai student part 5 di UITM, banyak assignment nk kena submit. So, apa2 pun terima kasih atas kesudian anda untuk membaca sedikit pengalaman dan kajian saya selama ini. Teruskan membaca blog ini ye! |
You are subscribed to email updates from di kulim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan