Jumaat, 22 November 2013

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


KedahLanie.info: 2 mercu tanda bakal dibina <b>di Langkawi</b>

Posted: 10 Nov 2013 03:30 PM PST

LANGKAWI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan majlis pecah tanah untuk dua mercu tanda baharu di Langkawi -- Hotel St Regis Langkawi dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).
Dalam ucapannya, Najib berkata, Malaysia akan mengambil alih sebagai pengerusi ASEAN pada 2015 dan beliau mahu Sidang Kemuncak Asean, dijangka pada April 2015, diadakan di LICC. Projek itu, dilaksanakan oleh Rajawali Group, dijangka siap dalam tempoh 15 bulan.
Pengerusi Rajawali Group Tan Sri Peter Sondakh, berkata syarikat itu memulakan pelaburannya di Langkawi pada 2005 dengan pengambilalihan Westin Hotel Resort and Spa Langkawi.
Dalam ucapannya pada majlis pecah tanah itu, Sondakh berkata kedua-dua projek itu akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan membantu mendorong ekonomi pulau itu.
"Kami memerlukan bantuan daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Pembangunan Langkawi dan Kementerian Kewangan. Pelancongan adalah elemen utama untuk membangunkan pulau ini," kata beliau.
Sementara itu, Pengarah Rajawali Integrated Nautical Resort (Subsdiaries), Ferry Ma'aruf, berkata syarikat itu akan membelanjakan lebih RM400 juta untuk membina hotel dan pusat konvensyen itu, yang terletak bersebelahan dengan Westin Hotel Resort and Spa Langkawi.
Katanya pelaburan untuk hotel itu melibatkan kos hampir RM300 juta manakala LICC pula lebih RM100 juta. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan