02 di padang serai - Google Blog Search |
Kayuh Sorang Je: <b>Padang Serai</b> ... ropewalk Posted: 15 Nov 2013 09:40 PM PST Sesuatu yang membanggakan ialah ramai yang bergiat dengan aktiviti berbasikal di kawasan Sungai Petani / Kuala Muda. Ini terbukti berikutan dengan 'Sirkit ke empat Harian Metro Mountain Bike Grand Prix' yang berlan pada Sabtu 09 Nov 2013. Acara mendapat sambutan hangat dari kelab kelab basikal seluruh negara dan hampir kesemua kelab basikal dan orang perseorangan di kawasan Sungai Petani menyertai. Acara dimulakan di tapak Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbuk melalui kawasan bukit bukau, lembah, sungai, kebun, dusun, bendang dan hutan rimba. Menurut seorang rakan yang mendapat kedudukan 50 peserta pertama menyudahkan kayuhan (lebih 1,500 peserta mengambil bahagian), trek atau laluan ini diantara trek yang paling seronok yang pernah disertai. Trek ini seimbang, tidak terlalu banyak laluan perkampungan, taman perumahan dan pekan dan trek off-road tidak begitu sukar ditempuhi. Sungai yang dilintasi di kawasan Rekreasi Tupah memecahkan monotoni dan menyeronokkan. Dia mengharapkan agar trek atau laluan ini dijadikan salah satu venue atau lokasi untuk jamboree basikal dimasa hadapan. Selain dapat menunjulkan dan menengahkan kawasan ini untuk dijadikan salah satu destinasi pelancongan dan percutian, ia boleh dijadikan tarikan kepada peminat basikal seluruh negara untuk beriyadah. Aku tidak berapa terkilan kerana tidak turut serta kerana sudah lama 'menggantung' basikal gunung. Bahkan kini aku tidak lagi mempunyai mountain bikes kerana aku telah convert menjadi touring bikes. Pada mula ingin juga aku turut serta menjadi penonton, melihat kawan kawan dan geng basikal sambil memberi peransang tetapi malang aku terpaksa balik ke Negeri Sembilan (Felda Raja Alias). Mungkin lain tahun sahaja. Kalau dilihat bahagian sukan akhbar Harian Metro beberapa minggu sebelum acara diadakan, hampir setiap hari surat khabar tersebut memberikan liputan beserta lapuran untuk kelab kelab basikal dan orang perseorangan yang berdaftar untuk mengambil bahagian sirkit tersebut. Ini diteruskan satu minggu selepas program berlansung. Tumpang gembira melihat gambar kawan kawan disiarkan dalam akhbar. Bukan senang nak masuk surat khabar. Biasalah ... hujung minggu terdapat ramai rider berada dijalan hari ini. Ada yang berkayuh seorangan seperti aku tetapi ramai yang berkayuh berkumpulan. Pagi ini ramai juga rider wanita diatas jalan. Seronok melihat semakin ramai kaum hawa menyertai aktiviti ini. Selalunya sering dilihat kaum hawa akan mengayuh mengekori suami ... (agaknya) tetapi sebentar tadi terlihat mereka berkayuh sesama sendiri. Nasib baik aku tidak buat U-turn mengikut mereka ...... ha ha.. Statistik : Ingin singgah di pasar 'ropewalk' pekan Padang Serai untuk melihat apa yang dijual, tetapi membatalkan hasrat kerana pernah sekali singgah disana beberapa bulan lalu. Tiada apa yang menarik dan kebanyakkan menjual barangan yang tidak diperlukan. Singgah di rumah Md Noor di Taman Serai Wangi tetapi dia tiada dirumah. Aku meneruskan kayuhan pulang dan singgah untuk sarapan roti canai di Pekan Pinang Tunggal. Mula ............... 8.05 pagi Tamat ............ 10.50 pagi Jarak ............... 58 km Cuaca .............. Redup Laluan ............. Bandar Puteri - Sidam Kiri - Padang Serai - Pinang Tunggal Odometer 2013 : 04604 |
You are subscribed to email updates from di padang serai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan