Khamis, 14 November 2013

02 di pendang - Google Blog Search

di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


14 Kedai <b>Di</b> Pekan <b>Pendang</b> Hangus - myNewshub

Posted: 06 Oct 2013 02:42 AM PDT


PENDANG – Sebanyak 14 unit kedai di Bangunan Seroja di sini hangus dalam kebakaran awal pagi ini.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira 2.25 pagi itu kerana penghuni sudah pulang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Alor Setar, Mohd Izham Abd Rahim berkata anggota bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira 23 minit selepas menerima panggilan pada 2.25 pagi, mendapati kira-kira 80 peratus bangunan sudah terbakar.

Beliau berkata 13 anggota dengan kekuatan dua jentera dan dibantu 10 jentera dan 80 anggota bomba sukarela berjaya mengawal kebakaran pada 3.07 pagi.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya kepada pemberita.

Peniaga barangan emas, Khairudin Majid, 39, berkata dia kerugian kira-kira RM300,000 membabitkan barangan emas dan mesin pertukangan yang musnah dalam kebakaran itu.

"Kedai ini sudah berusia lebih 20 tahun. Saya pun dah lapan tahun menyewa daripada Majlis Daerah Pendang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Nor Asmah Ismail, 48, peniaga barangan sejuk beku yang telah berniaga di situ sejak 17 tahun lalu, berkata dia kerugian lebih RM50,000.

"Barang-barang banyak yang terbakar dan peti sejuk sudah tidak boleh digunakan," katanya.

Zainal Abidin Saad, 51, yang menjual buah-buahan dan kuih tradisional berkata dia kerugian kira-kira RM30,000. – BERNAMA

14 Kedai Di Pekan Pendang Hangushttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/14-Kedai-Di-Pekan-Pendang-Hangus.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/14-Kedai-Di-Pekan-Pendang-Hangus-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

PENDANG - Sebanyak 14 unit kedai di Bangunan Seroja di sini hangus dalam kebakaran awal pagi ini. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira 2.25 pagi itu kerana penghuni sudah pulang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Alor Setar, Mohd Izham Abd Rahim berkata anggota bomba yang tiba di tempat...

PENDANG - Sebanyak 14 unit kedai di Bangunan Seroja di sini hangus dalam kebakaran awal pagi ini. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira 2.25 pagi itu kerana penghuni sudah pulang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Alor Setar, Mohd Izham Abd Rahim berkata anggota bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira 23 minit selepas menerima panggilan pada 2.25 pagi, mendapati kira-kira 80 peratus bangunan sudah terbakar. Beliau berkata 13 anggota dengan kekuatan dua jentera dan dibantu 10 jentera dan 80 anggota bomba sukarela berjaya mengawal kebakaran pada 3.07 pagi. "Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya kepada pemberita. Peniaga barangan emas, Khairudin Majid, 39, berkata dia kerugian kira-kira RM300,000 membabitkan barangan emas dan mesin pertukangan yang musnah dalam kebakaran itu. "Kedai ini sudah berusia lebih 20 tahun. Saya pun dah lapan tahun menyewa daripada Majlis Daerah Pendang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini. Nor Asmah Ismail, 48, peniaga barangan sejuk beku yang telah berniaga di situ sejak 17 tahun lalu, berkata dia kerugian lebih RM50,000. "Barang-barang banyak yang terbakar dan peti sejuk sudah tidak boleh digunakan," katanya. Zainal Abidin Saad, 51, yang menjual buah-buahan dan kuih tradisional berkata dia kerugian kira-kira RM30,000. - BERNAMA