ads

Jumaat, 1 November 2013

di negeri kedah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


UMNO Online - Tumpu Transformasi Modal Insan, Pastikan <b>Kedah</b> <b>...</b>

Posted: 25 Oct 2013 10:45 PM PDT

Kategori PRK Sg Limau

Tumpu Transformasi Modal Insan, Pastikan Kedah Setanding Negeri Lain – Mukhriz

YAN, 26 Okt – Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata tumpuan kerajaan negeri pada masa ini adalah usaha ke arah transformasi modal insan meliputi pembangunan sosial rakyat negeri itu.

Ini bagi memastikan pembangunan di negeri Jelapang Padi setanding dengan negeri-negeri lain, kata Mukhriz dalam ucapan aluan pada majlis perjumpaan Timbalan Perdana Menteri bersama waris murid dan warga pendidikan daerah Kuala Muda dan Yan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau di sini, hari ini.

Beliau berkata usaha ini penting untuk memberi keselesaan kepada rakyat dalam menjalani kehidupan berdaya saing.

"Modal insan yang kita hendak hasilkan adalah yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mampu menyelesaikan masalah, boleh mencipta peluang baharu serta mempunyai daya tahan menghadapi persekitaran yang berubah-ubah," katanya.

Selaras dengan matlamat tersebut, kerajaan negeri turut memberi tumpuan khusus untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negeri itu, katanya.

Beliau berkata Kedah juga sedang berusaha mengembangkan teknologi komunikasi kepada ibu bapa agar mereka dapat bergerak seiring dengan perkembangan anak masing-masing.

Untuk itu, Mukhriz turut mengajak rakyat negeri Kedah bekerjasama dengan pentadbiran kerajaan negeri dalam usaha menggerak transformasi ke arah meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional negeri yakin perubahan itu boleh bermula di kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.

mukhriz-kempen-prk-sungai-limau-kedah-modal-insan-maju

mukhriz-kempen-prk-sungai-limau-kedah-modal-insan-maju-2

Berita Bertarikh Pada 26 October 2013 1:45 PM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved