Ahad, 8 Disember 2013

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Weekend Holiday: Berendam <b>di</b> Ulu Legong Hot Spring, <b>Baling</b>

Posted: 16 Oct 2013 01:32 AM PDT

A few days selepas 'insiden-tak-diingini-berlaku', my adinda, Dik Na decide to bring me here, purposely untuk release stress dan cure urat saraf yang turut stress akibat adegan rentap merentap hari tu... here we are, at Ulu Legong Hotspring atau dalam bahasa malaya nya Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong.




The journey from Bukit Mertajam is approximately 70km which took around 1 hour 15 mins. Hari tu a bit cloudy dan masa tiba di Baling hujan turun dengan lebat, nasib baik tak berlarutan. 



Nama pun weekend holiday, so stay lah one night kat sini. Kami memilih Pool View Chalet with per night rate at RM 130.00. Proses check-in sangat la simple. Kejap je dah boleh dapat room key. So...gambar atas tu chalet yang kami stay during weekend tempohari.



Dengan kadar berpatutan...bilik menghadap pool ni memang selesa in it's own class. In-room facilities termasuklah air-condition, fridge, selected astro channel and coffee-making facility. No wi-fi. No in-house restaurant. No breakfast.




See..what a nice view, tengok orang seksi-meksi di kolam..hahahaha..ngek!




Ni pulak nak perkenalkan...jiran sebelah bilik yang suka sangat jerit-jerit. Kejap-kejap panggil "mama"..kejap-kejap panggil "kak"...tabuh jugak kang! Nasib baik tengah sakit tangan...
Lepas beberapa minit, check kondisi bilik, kami pun keluarlah sight-seeing (read: merayau-rayau) di kawasan sekitar Pusat Rekreasi ni..




Mak bonda merakamkan kenangan kat sini..




Selain Pool View Chalet, ada pilihan lain dari segi penginapan, sama ada bilik standard dengan kadar RM 100.00, deluxe dengan kadar RM 120.00, dormitory rate nye tak tau...dan buat yang datang berkeluarga mewah lagi meriah boleh lah menyewa Chalet VVIP dengan kadar RM 350.00. 




Top and below photo -- antara chalet-chalet lain yang sempat dirakamkan..



Disebabkan masa kami sampai tu baru lebih kurang jam 4 dan cuacanya mendung, maka, takde pengunjung lagi lah yang berendam di kolam air panas ni.




Cuma satu dua family yang datang 'warm-up engine' dulu sebelum ramai orang menjelang malam. Normally, kolam air panas ni akan dipenuhi umat manusia menjelang tengah malam...sampai kolam nya tak kelihatan, yang nampak hanyalah kepala-kepala manusia yang tenggelam dalam kelekaan mandi air panas!




Kolam ni dipagar, tak boleh mandi..no touching-touching, no celup-celup...panas melampau kot...berasap dan memang boleh nampak mata air panas semulajadi kat sini.




Jurutera JKR Air Kedah....tengah check pressure air dari pili awam...hahahahaha...
kat blog ni je ahkak berpeluang nak mengutuk dia..sebab bila dia baca pun mampu marah type2 kat keyboard je...ekekeke.
Lupa nak habaq...kalau tak stay kat sini, bayaran masuk ke kolam air panas adalah RM 6.00 with mykad. Kanak-kanak pula hanya RM 3.00.
Kami merayau dengan perut lapar. Kat luar, dekat kawasan parking ada a few stall yang baru bukak, cuma jual goreng-gorengan dan minuman ringan. Lecehnya takde restaurant. Lepas tu, dua beradik tu pun berangan la konon nak bukak cafe kat situ...nak contact Majlis Daerah Baling lah! Ni peluang buat duit ni...hehehe...alkesahnyaaaaa...cerita sampai situ saja la. Angan-angan je dulu. 
Tapau goreng-goreng tu, malam baru dinner kat medan selera di luar pagar. 
So, my advise, kalau boleh bawak lah bekal yang tak mudah rosak, light snack or any other instant but healthy food along. Sebab ahkak yang cerewet ni rasa makanan kat situ, tak best. 




Lepas makan baru kami sambung berendam dalam pool baru yang kat depan room kami. Petang tadi berendam warm-up je..ni baru nak berendam betul-betul. I baring kat tepi pool, rendam tangan je. Atas beberapa sebab tak dapat dielakkan, tak dapat la nak berendam hundred percent. Tengok yang baju kuning tu...terpancar aura-aura positif gitu kannnnn..hehe. By midnight, orang yang berniaga sekitar pusat rekreasi ni makin bercambah, so kami tapau burger sebagai bekalan breakfast esok pagi. Mai tang food, tiba-tiba rasa kesian sangat, apa pun alhamdulillah..masih lagi ada rezeki.
Tidoq bukan main best malam tu. Cejuk. Dan alhamdulillah jugak, tak disrupted dengan kebisingan di luar. Entah le yang menulis ni tido pengsan sebab dah banyak hari susah nak tido, atau pun memang bilik ni kalis bising...hehehe.




Suasana pagi dikelilingi bukit-bukau menghijau diselimuti kabus semalam. Nyaman. Udara fresh.




Masa i dok sedap bersantap burger tapau semalam bersama kopi dan biskut oat, depa 3 beranak sambung terjun kolam lagi. Hujan renyai sekejap masa tu... Ish..ish..semangat sungguh! Tak rugi bawak jalan...eh...depa yang bawak kita...ekeke.





Perut tak sedap. Rehat dalam bilik, nganga balkoni luas-luas sambil landing atas katil dan........


....jangan tak tau...gara-gara tertekan satu apa modul pun tak sempat baca, diusungnya buku ke mana pun pergi. Okey je...cuti-cuti lebih bermakna dengan buku sebagai teman.
Kami check-out jam 12 tengahari tu. Next destination.....tunggu next entry.
Sebelum tu..kot-kot ada kawan-kawan yang berhajat nak mampir ke sini..bukan mak lampir yerr... boleh lah menghubungi... Majlis Daerah Baling melalui email, webmaster@mdbalingtourism.gov.my atau dail talian 04-4721468.
Sekian dulu entry jalan-jalan hari ni.. Daaaa...


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan