Ahad, 15 Disember 2013

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Dec 2013 01:33 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Nov 2013 01:39 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Unit Perang Gerak Saraf PAS Pasang Bendera Sokong Pemimpin <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2013 02:37 AM PDT

Unit Perang Gerak Saraf PAS (PGS) yang diketuai oleh Dr. Abdul Isa Ismail, bekas Speaker DUN Kedah era pentadbiran PAS, dikatakan sedang merancang untuk menaikkan banner 'DATO SUHAIMI ABDULLAH PILIHAN RAKYAT' di beberapa lokasi yang terletak dalam kawasan yang dikenali sebagai kubu kuat UMNO.Tujuannya adalah untuk menaikkan sentimen kebencian sekaligus akan menyebabkan para penyokong Suhaimi Abdullah, bekas Ketua Bahagian Jerai yang kalah dalam pertandingan Naib Ketua Bahagian baru-baru ini, dan tidak terpilih pula sebagai calon untuk DUN Sungai Limau, melakukan sabotaj terhadap calon UMNO-BN, Dr. Ahmad Sohaimi Mohd Lazim.

PAS tidak dapat mengesan sebarang kelemahan di kalangan UMNO melainkan pertembungan ketika masing-masing merebut jawatan dalam pemilihan yang dilangsungkan baru-baru ini. PAS berharap, dengan melaga-lagakan para pemimpin UMNO setempat dan penyokong-penyokong mereka, PAS akan dapat mengaut kelebihan, sama ada melalui undi pihak lawan atau penyokong-penyokong tidak keluar mengundi, sekaligus mengecilkan margin pemerolehan undi calon UMNO-BN.

Beberapa isu yang membabitkan kelemahan PAS di Sungai Limau terutama sekali yang melibatkan KALIMAH ALLAH selain pertembungan kuasa antara tiga fraksi berbeza pendapat dalam PAS yang sedang bercokah antara satu sama lain sekarang, sedang melemahkan PAS.

Tiga kumpulan berbeza itu ialah, kumpulan yang mahukan salah seorang anak Allahyarham Tan Sri Azizan menjadi calon, manakala kumpulan kedua pula adalah kumpulan yang akur dengan sebarang keputusan pimpinan pusat. Kumpulan ketiga pula adalah kumpulan yang kecewa dengan PAS.

PAS sendiri pun beranggapan peluang mereka hanya 50-50 berdasarkan rekod khidmat di Sungai Limau.

Secara lebih tepat lagi, di kalangan PAS pertembungan berlaku melibatkan AZAM SAMAD VS MUZAINI AZIZAN VS MUAZ OSMAN.

Mohd Nasir @ Che Pi bin Osman merupakan AJK Kawasan yang begitu berpengaruh dan juga merupakan abang kepada Muaz. Mohd Nasir mahukan adiknya menjadi calon. Muaz pula bekerja sama tempat dengan Azam.

Golongan pertama dan golongan ketiga melihat, kejayaan mencalonkan Azam menandakan bermulanya proses PENGHAPUSAN ULAMA dalam PAS Kedah dan digantikan dengan PENYEMBAH-PENYEMBAH ANWAR IBRAHIM yang berbaju dan berbadan PAS tetapi berjiwa liar serta sanggup berkompromi apa-apa sahaja termasuklah akidah seperti dalam kes isu KALIMAH ALLAH.

Justeru, tindakan jalan tengah iaitu melakukan provokasi di kalangan UMNO sendiri.

Calon UMNO-BN sekarang pernah kalah di tangan Dato' Suhaimi ketika merebut jawatan Ketua Pemuda Bahagian lebih kurang 20 tahun lalu. Dato' Suhaimi pula disebut-sebut akan menjadi calon DUN Sungai Limau sebelum akhirnya yang dicalonkan adalah Dr. Ahmad Sohaimi Mohd Lazim. Jadi, daripada para penyokong PAS kecoh dan pecah belah kerana pertembungan tiga fraksi tersebut, Unit Perang Gerak Saraf yang diketuai Abdul Isa Ismail perlu terlebih dahulu menghuru-harakan UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan