Sabtu, 28 Disember 2013

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


I-Medik Kedah <b>di</b> Karnival Kesihatan <b>JITRA</b> Mall | I-Medik

Posted: 14 Dec 2013 04:33 PM PST

JITRA, 13 Dis - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Alor Setar mengambil peluang sepenuhnya untuk memperkenalkan agenda ISMA kepada masyarakat Jitra di Karnival Jom Sihat & Ceria di Jitra Mall, siang tadi.

Program yang berakhir jam 6 petang itu menyaksikan hampir 1000 pengunjung Jitra Mall datang dan berbual bersama-sama pimpinan dan petugas ISMA yang ada.
Kesemua pimpinan ISMA Alor Setar turun padang bersama-sama para pengunjung termasuklah Dr. Zulkifli Yusof (Yang Dipertua), Ustaz Mohd Kashfi Ali (Naib Yang Dipertua) dan Ustazah Siti Rahmah Rahmat (Ketua Wanita).
Biro dan agensi ISMA seperti Biro Wanita ISMA, Biro Keluarga & Masyarakat, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Kelab Remaja Ikatan Muslimin (KRIM) dan Ikatan Pengamal Perubatan Muslim Malaysia (I-Medik) turut membuka kaunter aktiviti masing-masing.
"ISMA mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengunjung yang hadir dan telah mendaftarkan diri menjadi ahli ISMA. Teruslah mengenali ISMA dan bersama-sama kami dalam pelbagai aktiviti tarbiyah dan kemasyarakatan berlandaskan Islam yang syumul," ujar Dr. Zulkifli sewaktu majlis penutup.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli ISMA yang hadir menjayakan karnival ini dan menyifatkan ia satu kejayaan dalam memperkasakan posisi dan agenda ISMA di utara tanah air.
Penganjuran ISMA dalam karnival ini juga berjaya menarik lebih 100 keahlian baru.
Wartawan: Fakhruddin Afif  Fauzi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan