ads

Isnin, 16 Disember 2013

02 di kubang pasu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di kubang pasu - Google Blog Search


UMNO <b>Kubang Pasu</b> kumpul pakaian terpakai bantu mangsa banjir <b>...</b>

Posted: 13 Dec 2013 12:53 AM PST

JITRA, 13 Dis: Prihatin dengan nasib mangsa banjir di negeri Pantai Timur, Umno Bahagian Kubang Pasu hari ini menyumbangkan bantuan berupa pakaian terpakai kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Bernama, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu Zulfitri Yaacob berkata program bersama Pegerakan Puteri Umno bahagian itu berjaya mengumpulkan sebanyak empat tan pakaian terpakai untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Johor.

Katanya pakaian tersebut diperoleh hasil sumbangan orang ramai menerusi program Kutipan Derma dan Baju Terpakai untuk mangsa banjir bermula Selasa lepas dan berakhir hari ini yang dihebahkan melalui Facebook dan 160 cawangan parti itu.

"Kita asingkan pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak bagi memudahkan proses pengagihan dibuat oleh pasukan sukarelawan kepada semua mangsa banjir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Umno Bahagian Kubang Pasu di sini hari ini.

Seorang penyumbang, Abdul Rahman Aziz, 27, berkata dia mendapat tahu mengenai program tersebut menerusi Facebook dan mengambil peluang menyumbang pakaian terpakai yang masih elok.

"Ini sahaja yang mampu saya lakukan. Saya harap bantuan saya ini dapat digunakan oleh mangsa banjir yang amat memerlukan dan dapat meringankan beban mereka," jelasnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved