ads

Ahad, 15 Disember 2013

02 di kulim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


Banjir: 500 orang di pindah <b>di Kulim</b> | ISMAWeb

Posted: 20 Oct 2013 07:43 AM PDT

KULIM, 20 Okt (Bernama). Semakin ramai mangsa banjir kira-kira 500 orang di daerah ini dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat,Pertanian dan Asas Tani serta Pembangunan Usahawan Negeri Kedah Datuk Suraya Yaacob berkata angka tersebut pada malam tadi dan pagi ini hanya mencecah kira-kira 200 orang. "Ini berikutan air banjir dari Sungai Muda dalam daerah Baling telah sampai sekitar kawasan Mukim Padang Meha, khususnya Merbau Pulas. "Ini menyebabkan semakin banyak kampung dinaiki air dan terdapat beberapa buah rumah yang ditenggelami air banjir sehingga petang ini," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa pusat pemindahan di sekitar Mukim Bagan Senadan Padang Meha petang ini.

Hadir sama menziarahi mangsa-mangsa banjir ialah Ketua Umno Bahagian Padang Serai yang baharu Asmadi Abdul Talib dan Timbalannya Bakti Hashim serta Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim Rohana Mohd Yusuff.

Suraya menyampaikan bantuan berupa "Banjir Kit" yang mengandungi peralatan persediaan banjir serta barang-barang keperluan dapur kepada mangsa-mangsa banjir di Surau Kampung Bikan Atas, Kampung Padang Katong dalam Mukim Labu Besar serta beberapa kawasan sekitar Pekan Merbau Pulas.

Katanya bantuan untuk mereka di pusat-pusat pemindahan akan dinilai pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam masa terdekat.

Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved