Khamis, 12 Disember 2013

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Black 505 <b>di</b> Padang <b>Merbok</b>, bukan Masjid Ar Rahman – Peguam <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2013 04:47 AM PST

(Ainuddin Othman)

KUALA LUMPUR 11 DIS: Peguam Eric Paulsen berkata, lima aktivis mahasiswa dan tiga pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak melakukan kesalahan kerana himpunan diadakan di Padang Merbok dan bukannya di perkarangan Masjid Ar Rahman, Universiti Malaya.

"Tiada kesalahan yang dilakukan kerana perhimpunan di Padang Merbuk dan bukannya di masjid.

"Pihak pendakwaan salah faham kerana masjid itu adalah salah satu daripada berpuluh-puluh tempat pertemuan sebelum perhimpunan tersebut," kata Eric Paulsen (gambar).Eric

Beliau berkata demikian ketika ditemui Keadilandaily selepas perbicaraan kes peserta himpunan Black 505 di bawah Seksyen 4(2b) Akta Perhimpunan Aman (PAA).

Antara didakwa termasuk Timbalan Ketua AMK Malaysia, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohd Nazree Yunus, Ketua AMK Terengganu, Al Faizal Amjed dan aktivis mahasiswa Adam Adli.

yusmadi yusofSeorang lagi peguam mereka, Yusmadi Yusoff (kiri) memberitahu, kes itu penting untuk menilai Akta Perhimpunan Aman yang baru diwujudkan pada 2012.

"Mahkamah sendiri hari ini secara terbuka mengakui tidak begitu mahir dengan akta ini.

"Apa yang lebih penting kita hendak lihat pihak bertanggungjawab mengemukakan bukti-bukti yang kukuh sama ada menggalakkan perhimpunan ataupun mengekang perhimpunan.

Tambah Yusmadi, keputusan mahkamah terutamanya berkaitan larangan 50 meter had larangan himpunan penting kerana Seksyen 4(2b) PAA pertama kali dibawa ke mahkamah.

"Keputusan yang dibuat nanti akan jadi panduan untuk himpunan seterusnya pada masa akan datang," katanya.

Hakim Mahkamah Kuala Lumpur, Mat Ghani Abdullah menetapkan perbicaraan disambung pada Jumaat, 13 Disember ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57151

Tiada ulasan:

Catat Ulasan