02 di sungai petani - Google Blog Search |
Ulat tiket bas express berleluasa <b>di Sungai Petani</b> | Aduan Rakyat <b>...</b> Posted: 18 Nov 2013 05:33 PM PST Semasa saya menulis aduan ini, saya sudah terkena dengan kesan pembelian tiket bas ekspres melalui 'ulat tiket' untuk kali yang ke-2. Yang pertama, perjalanan saya dari Hentian Duta menuju ke utara (Sg.Petani). Saya membeli tiket di 'kaunter' bas SHAMISHA memandangkan cara pengiklanan yang berkesan dan paparan gambar bas yang cantik dan menarik membuatkan saya tertarik dan terbayang keselesaan menggunakan perkidmatan syarikat tersebut. Tanpa saya sedari bahawa, penjaga kaunter juga adalah seorang 'ulat tiket'.saya membeli tiket untuk perjalanan 1.30 petang tapi malangnya saya dimasukkan ke dalam bas MARA Liner untuk perjalanan 3.00petang.saya telah kebaziran masa sebanyak 1jam setengah semata-mata menunggu mereka mencari pelanggan lain bagi memenuhi bas.maka, saya bersikap 'husnuzhon' (bersangka baik) bagi memujuk hati saya yang kecewa dan marah!! kejadian kedua, perjalanan pulang dari Utara ke Hentian Duta. Saya sudah serik untuk membeli tiket dari syarikat SHAMISA lalu saya beralih angin untuk menggunakan syarikat SHIRA untuk perjalanan jam 12.00 tengah malam. saya sudah menaiki bas dan mendapatkan tempat duduk di dalam bas yang menuju ke Kuala Lumpur/Shah Alam/Klang..sementara menunggu penumpang naik dan memenuhi bas, saya terdengar pemandu bas mengkritik syarikat bas SHAMISHA. Beliau menyatakan bas SHAMISHA melakukan perjalanan tanpa henti, bermakna bas yang mereka gunakan jarang diselenggara.Beliau juga mendakwa bas SHAMISHA banyak yang mengalami kerosakan dan syarikat tersebut sedang dilanda kerugian yang teruk. Hal ini membuatkan saya, terkejut dan bernekad tidak akan menggunakan perkidmatan syarikat SHAMISHA lagi pada masa akan datang. Sedang saya menunggu bas memulakan perjalanan, tiba-tiba saya diarahkan oleh 'ulat-ulat' tiket yang bermaharajalela di Stesen Bas Sg.Petani untuk menaiki bas lain.Perkara yang sama yang saya alami semasa di Hentian Duta telah berlaku sekali lagi. Saya dipaksa untuk menaiki bas lain yang pada ketika itu kelewatan akibat masalah brek, iaitu bas dari syarikat SHAMISHA. Saya merasa amat marah dan tertipu serta menimbulkan rasa tidak percaya kepada pihak berkuasa yang sepatutnya memantau dan membanteras perkara seperti ini berlaku."Ulat-ulat tiket' ini sesuka hati mengatur perjalanan tanpa mengambil kira keselesaan dan kepentingan penumpang yang membayar tiket yang agak mahal.MANA pihak SPAD??MANA pihak LPKP??Adakah mereka menganggap perkara seperti ini adalah perkara REMEH??Adakah setelah berlaku perkara yang tidak diingini sehingga meragut puluhan nyawa, baru mereka mahu bertindak?? Saya berharap aduan saya ini diambil berat dan semoga pihak yang berwajib bergerak menjalankan tugas mereka. sekian. By: Gibbs1985
|
You are subscribed to email updates from di sungai petani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan