Sabtu, 14 Disember 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Finale #Super Spontan2013 <b>di Sungai Petani</b> #VMY2014

Posted: 27 Oct 2013 05:53 PM PDT



Super Spontan2013 merupakan sebuah rancangan improvisasi yang di ambil dari rancangan Spontan sebelum ini. Bezanya daripada Spontan, Super Spontan2013 menampilkan 2 kumpulan yang terdiri daripada pelawak dan selebriti.
Mereka akan bersaing bagi merebut gelaran juara setiap minggu yang ditentukan melalui undian SMS penonton. Pasukan yang tewas setiap minggu akan memasuki pusingan penyingkiran di mana salah seorang peserta dalam kumpulan yang tewas akan disingkirkan berdasarkan undian daripada setiap ahli kumpulan.

 Finale Super Spontan 2013 di Sungai Petani

 

 Buat julung-julung kalinya, finale Super Spontan2013 akan diadakan di Sungai Petani, Kedah. SuperSpontan2013 akan berlangsung di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani, Sungai Petani pada 1 November 2013 nanti.

Peminat-peminat Super Spontan2013 di kawasan utara khususnya penduduk Sungai Petani berpeluang melihat kehebatan Jep Sepahtu, Johan, Nabil, Yus Jambu, Tauke Jambu dan Rahim R2 bersaing di pentas akhir nanti. 


Program ini juga berpeluang memperkenalkan bandar Sungai Petani sebagai pusat pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 atau VMY2014. Marilah kita beramai-ramai memeriahkan acara yang pasti ditunggu-tunggu ini. 

Untuk keterangan lanjut tentang tiket boleh layari FB Super Spontan

Kepada mereka yang nak dapatkan tiket untuk menyaksikan #SuperSpontan2013 akhir boleh dapatkan secara percuma di Kaunter Jualan Astro di Perkarangan Dewan Kenanga MPSP, Sungai Petani, Kedah. Dari jam 10 pagi hingga 4 petang, Jumaat ini (1 November 2013). Tiket adalah terhad.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan