Jumaat, 11 Januari 2013

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Langkawi Blaque Villa HomeStay: Tips parking kereta <b>di Kuala Kedah</b>.

Posted: 11 Jan 2013 01:39 AM PST



1-      Pada musim puncak seperti cuti sekolah dan cuti umum biasanya anda akan diekori oleh beberapa ejen parking kereta bermotosikal, jangan panic, ambil masa anda untuk buat keputusan. Turunkan dahulu penumpang/ahli keluarga dan luggage di terminal jeti.
2-      Setelah selesai urusan di atas, anda kini boleh membuat keputusan;
a-      Parking kereta di tempat letak kereta berhadapan jeti (kadar parking agak mahal –RM15 sehari, namun agak selamat kerana Ianya berpagar dan ditadbir urus oleh pihak berwajib)….* sangat sesuai untuk kunjungan sehari.
b-      Parking kereta di sekolah, masjid atau Koperasi nelayan ng berhampiran (RM10 sehari)…* sesuai untuk kunjungan lebih sehari.
c-       Paking kereta di tempat cadangan ejen parking kereta bermotosikal yang anda temui ketika memasuki Kuala kedah. (Park at your own risks. Namun setakat ini soal keselamatan masih belum menjadi masalah. Walaubagaimanapun secara peribadi saya kurang selesa). Biasanya anda akan membawa sendiri  kereta mengekori ejen ke tempat diarahkan, parking kereta anda, kunci kereta dan pastikan barang berharga tidak ditinggalkan. anda akan dihantar semula ke terminal jeti menaiki motosikal ejen. Jangan lupa untuk ambil nombor telefon ejen, jika tidak, sekembalinya anda, berjalan kakilah gamaknya  mengambil kereta.
d-      Parking di kawasan sekitar yang menawarkan tempat parking: rumah saudara mara, kawan-kawan.
3-      Selamat bercuti ke langkawi, permata Kedah.

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Kenali Diri Bina Identiti: Kisah <b>Di Baling</b> tahi

Posted: 06 Jan 2013 09:10 PM PST


Kebiasannya kami adik beradik akan keluar  tanpa membuat sebarang bunyi kerana khuatir jiran sebelah akan menyedari kami berada di luar dan akan  cuba untuk melihat apa yang sedang kami lakukan. Kisah ini bermula apabila saya diminta untuk menyapu halaman yg penuh dengan daun-daun kering. Sedang saya leka menyapu tiba-tiba seorang wanita datang dengan membawa penyedok yang penuh dengan tanah datang di hadapan pagar rumah kami dan melemparkannya ke arah saya.
Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu.Marah,geram,sedih dan takut semuanya bercampur baur. Bukan sekali dia berbuat begitu tapi berkali-kali sehingga yakin bahawa semua tanah yang bercampur tanah dan tahi itu sudah dilemparkan semuanya kearah saya,tidak cukup dengan itu dia juga turut menyumpah seranah keluarga kami terutamanya ibu saya. Mengenangkan bahawa dia adalah orang yang lebih tua dari saya maka tidaklah saya membalas kata-katanya sebaliknya hanya berdiam diri dan berharap bahawa dia segera pergi . Sejurus selepas itu saya membersihkan semua tanah dan tahi yang telah dilemparkan. Walaubagaimanapun, selepas beberapa minit dia kembali dan memohon maaf kepada saya dan menyatakan dia berhak berbuat demikian sebagai balasan kerana kucing kami berak di halaman rumahnya walupun ia tidak benar sama sekali kerana pada hari sebelumnya kucing kami itu telah dibawa pergi dari rumah bagi mengelakkan daripada dia terus mengamuk.
Namun saya tidak mampu menahan Perasaan marah yang membuak-buak walaupun setelah dia memohon maaf. Kata-katanya cukup memeritkan dan sangat pedih sehingga menusuk ke hati. Ketika itu juga saya hairan bagaimana kedua ibu bapa saya mampu menahan segala tomahan yang telah dilemparkan selama beberapa tahun. Saya sentiasa berdoa semoga saya diberi kekuatan seperti kedua ibu bapa saya. Ini adalah pengalaan yang saya tidak akan sesekali lupa kerana di saat itu saya belajar  untuk bersabar dan belajar cara menghadapi meraka yang sedang dirasuk amarah.
dipetik dari catatan Anis Najwa

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Inilah Ceritaku: Memenuhi Hajat Seseorang@<b>Tanjung Dawai</b>

Posted: 23 Dec 2012 06:49 PM PST

Semalam kami dikunjungi E l y n, mama dan ayahnya serta abang sulongnya yang bercuti (baru kerja di Petronas Kerteh). Depa dari kenduri kahwin di Gerik dan nak ke Alor Setar pula untuk satu lagi majlis kenduri sebelah mamanya. 2 Abdul cukup seronok bila dapat tau Elyn nak singgah. Suka layan Elyn yang speaking English memanjang. Cakap Melayunya pelat. Bukan diajar, tapi dek kerana dia ni sorang-sorang je kat rumah, rajin layan Barney's. (Mak sedara lahirkan Elyn sewaktu si kakak berusia 15 tahun ). Tahun ni Elyn bersekolah tadika di Cambridge Kids, Bukit Jelutong . Tahun depan, nak ditukarkan ke Tadika Islam pulak katanya. Pak sedara Anim ni teringin nak makan Ikan Bakar di Tanjung Dawai gara-gara "terpengaruh" dengan gambar dan cerita kawan-kawan di Facebooknya. Hahaha....kes terliur lah ni. Dek kerana Encik Suami ada meeting dan tak dapat bersama tetamu, Anim bawa depa ke s i n i sebab  Restoran Ikan Bakar Mak Njang yang popular tu dibuka petang sikit. Dah dekat 3 petang tiba Arked Mara, tak banyaklah yang tinggal. Sotong katak, udang besar habis dah. Namun rezeki orang jauh yang dok teringin tu tetap ada. 2 ekor ikan jenahak, 10 udang saiz kecil dan 4 ekor burung puyuh yang semuanya dibakar jadi hidangan kami. Lain kali habaqlah awal-awal...senang sikit atur plan makan-makan ni.  Tergelak kami semua bila Elyn bertanya, apa benda yang diletak atas pinggannya. Bila dikata "It's a bird"...spontan Elyn menjawab, "Poor bird!"

P/S Siapa yang teringin tu, habaqlah awal-awal no..


02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


5 perkara wajib <b>di langkawi</b> - majalahcuti

Posted: 11 Dec 2012 08:23 PM PST

Bila dah jejak kaki di Pulau Langkawi ada perkara yang anda wajib buat. Ada dikalangan mereka berpendapat kalau tak buat maka anda sebenarnya masih belum jejak di Bumi Langkawi atau bahasa mudahnya tak buat tak sah :) Ok tanpa buang masa lagi..Jom layan apa yang wajib anda buat bila mana kaki telah berpijak di Pulau Langkawi.

1#- BERGAMBAR DI DATARAN LANG

Pulau Langkawi

Sesi bergambar di Dataran Lang ini membuktikan anda telah sampai di Pulau lagenda ini. Satu-satunya Helang yang paling besar didunia yang tidak boleh terbang hanya berada di Langkawi. Dengan pelaburan melebihi RM1 Juta, Tugu Burung Helang ini menjadi salah satu tempat wajib untuk sesi bergambar ketika mengunjung ke Pulau Langkawi. Dataran Lang ini terletak bersebelahan dari Jeti Perlancongan Pekan Kuah dan disini juga anda mampu menjumpai Pokok Kelapa yang berbentuk huruf "Y" di jalan masuk dari jalan raya. Di Dataran Lang ini, anda juga boleh mendapatkan buah tangan untuk orang yang tersayang atau rakan-rakan anda.

 

#2- AKTIVITI ISLAND HOPPING

Pulau Langkawi2

Salah satu aktiviti paling popular di Langkawi adalah 'Island Hopping" iaitu aktiviti lawatan ke Tasik Dayang Bunting, Lawatan ke Pulau Beras Basah dan melawat sambil member makan kepada si Helang. Aktiviti ini memakan masa sehingga 4 jam dan terdapat 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Kos aktiviti ini dari RM35.00/Dewasa dan jika anda dating bersama keluarga melebihi dari 8 orang, anda boleh mengambil "Private Boat" dengan kos RM250.00 untuk 1 boat maksimum 8 orang.

 #3-CABLE CAR

Pulau Langkawi3

Terletak di Gunung yang ke dua tertinggi di Langkawi iaitu Gunung Mat Cincang. Lagi menarik jika anda mengetahu bagaimana gunung ini dinamakan Gunung Mat Cincang. Bagi aktiviti ini anda perlu menunjukan kad pengenalan anda untuk harga tiket bagi rakyat tempatan iaitu RM15.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak. "Cable Car" ini dibuka dari pukul 10.00 pagi sehingga 8 malam. Bagi mana yang gayat, anda perlu cuba bila dah turun sure nak naik lagi. Tidak cukup jika bertandang ke Langkawi tanpa menaiki kereta kabel ini. Berikut adalah info bagi yang berhasrat untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut:

Opening Hours: 10am – 8pm
Address: Jalan Telaga Tujuh Teluk Burau, Langkawi, Kedah 07000
Tel: (604) 959 4225

#4- MEMBELI BELAH

Pulau Langkawi4

Membeli belah amat sinonim dengan Pulau Langkawi, tidak hairan jika banyak rombongan "Cik Kiah" ke Pulau Lagenda ini. Mana tidaknya, di Pulau Langkawi ini anda boleh memborong pelbagai jenis dan jenama coklat serata dunia untuk pelbagai majlis dan kegunaan. Jika anda maklumkan kepada rakan terdekat atau ahli keluarga anda yang anda akan ke Pulau Langkawi, sudah tentu ayat pertama yang dikeluarkan adalah "Nak Coklat". Selain itu, "Syurga Suri Rumah" juga terdapat di Pulau Langkawi iaitu Idaman Suri. Tidak percaya? Sila lah ke Idaman Suri, sudah pasti tidak cukup masa dan tangan memilih pinggan mangkuk dan kaum bapa boleh minum-minum dulu di kedai yang bedekatan.

#5-BERIADAH DI PANTAI CHENANG

Pulau Langkawi5

Bermandi-manda di pantai chenang adalah salah satu perkara wajib yang perlu dilakukan jika bertandang ke Pulau Langkawi. Selain itu, permandangan matahari terbenam juga amat cantik dan romantic bagi pasangan yang berbulan madu. Di Pantai Chenang juga anda boleh melakukan aktiviti "Parasailing", "Jetski", "Banana Boat Ride" dan banyak lagi disamping menikmati permandangan yang indah. Selalunya pasangan akan berjalan-jalan ketika "sunset" dan melihat telatah pengunjung lain yang melakukan aktiviti di Pantai Chenang. Jika anda bersama keluarga, bawalah mereka ke Pantai Chenang kerana anda boleh melakukan aktiviti yang boleh merapatkan ruang kekeluargaan disamping bermandi-manda bersama orang tersayang.

Tags: , , , , , , ,

Category: artikel, Destinasi, Info Percutian