Sabtu, 12 Januari 2013

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Mizsu Akanaba: Lot Tanah <b>di Merbok</b>, Kedah...

Posted: 12 Jan 2013 02:07 AM PST



TANAH LOT DI MERBOK,KEDAH
harga bermula dari RM24'000
keluasan tanah dari 5586 KPS


depan sikit.. pandang kanan.. nie view dia... 


nie view dari pintu masuk belah kiri...


ada sedikit lagi rumput belom di potong...


sudah ada space untuk jalan...


dan tanah sudah di tanda...
sebab-sebab anda perlu membeli tanah lot nie...
-berhadapan dengan gunung jerai
-mempunyai angin yang segar
-sesuai utk buat pertanian jugak kerana tanah yg subur
-sesuai utk buat kebun sendiri kerana privacy
-sesuai buat homestay kerana keindahan semula jadi
-tidak jauh dari pusat bandar sungai petani.. 
-tidak jauh dari pusat rekreasi tupah
-tidak jauh dari tg.dawai
-tidak jauh utk ke batu hampar, titi hayun, pantai murni
-berdekatan dengan pusat pengajian uitm dan mrsm
-sesuai utk jadi pembinaan burung walit kerana kawasan lapang dan sejuk
-berdekatan dengan balai polis, kem polis dan perpustakaan awam merbok.
-15 minit dari pusat bandar sungai petani
-2minit dari pusat rekreasi tupah
-2minit dari pusat kem polis merbok
-10 minit dari balai polis merbok, balai polis semeling dan muzium arkeologi merbok.
-30 minit dari tanjung dawai dan pantai murni
-35 minit dari batu hampar dan titi hayun
-25 minit dari tesco sungai petani utara, cmart@amanjaya mall, village mall, sp plaza.
-35minit dari giant sungai petani
-15414kp RM69,000.00 (RM69,363.00)
-6917kp RM31,000.00 (RM31,126.50)
-6000kp RM27,000.00(RM27,000)
-7607kp RM34,000.00 (RM34,231.50)
-10385kp RM46,500.00 (RM46,732.50)
-7782kp RM33,300.00 (RM33,462.60)
-5586kp RM24,000.00 (RM24,019.80) 
-7373kp RM31,600.00 (RM31,703.90) 
-7276kp RM30,500.00 (RM30,558.20) 
-8590kp RM36,800.00 (RM36,078.00) 
-10193kp RM42,500.00 (RM42,810.60)
*HARGA BOLEH DI RUNDING *
sebarang pertanyaan atau mahu melawat lokasi anda boleh menghubungi en.ishak 019-4416566 atau saya 0177713711
untuk melawat lokasi, boleh gtaw awal utk potong rumput untuk serius buyer . thank you :)

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


Gulai Itik dan Pak Loong <b>di Jitra</b> | Laman Artikel DBP

Posted: 24 Dec 2012 12:12 AM PST

Jitra, sebuah bandar dalam kawasan Parlimen Kubang Pasu terletak 20 kilometer ke utara Alor Setar. Kedudukan bandar Jitra lebih kurang 30 kilometer dari sempadan Malaysia – Thailand di Bukit Kayu Hitam. Oleh sebab kedudukannya yang hampir dengan sempadan Thailand, banyak penduduk Jitra berketurunan Siam dan dapat bertutur bahasa Siam. Nama Jitra juga berasal daripada bahasa Siam yang bermaksud "berhenti rehat". Selain Jitra, banyak nama tempat di Kedah berasal daripada bahasa Siam, umpamanya Kodiang (pulau merah), Changloon (gajah duduk), Bedong (riuh-rendah), Tokai (saudagar) dan Sik (empat).

Sewaktu Peperangan Dunia Kedua, Jitra ialah kubu pertahanan hadapan yang utama bagi Tanah Melayu. Pertempuran sengit antara tentera Jepun dengan tentera British yang dikenali sebagai "Pertempuran Jitra" berlaku pada 11 dan 12 Disember 1941. Jepun berjaya menduduki Bukit Jantan dan Bukit Alor, kubu yang strategik dan penting bagi pertahanan Jitra. Pasukan British berundur ke Sungai Bata dan Kelubi di selatan Jitra untuk memperkuatkan kedudukannya. Akhirnya, Jitra dapat ditawan oleh tentera Jepun pada 12 Disember 1941.

Di beberapa buah tempat di daerah Jitra, masih kedapatan kesan atau bekas kubu pertahanan tentera British. Bapa penulis menceritakan bahawa pada zaman kanak-kanak, dia dan kawan-kawannya selau juga terjumpa senapang dan peluru yang timbul ke permukaan tanah akibat hakisan hujan. Bahan atau belerang yang terdapat dalam peluru tersebut masih elok, walaupun telah tertimbus selama 50 tahun. Mereka mengeluarkan bahan tersebut dan apabila dibakar, ia masih berfungsi, terbakar seperti bunga api.

Sewaktu kunjungan ke Jitra baru-baru ini, penulis menyaksikan betapa pesatnya perkembangan dan pembangunan bandar ini. Jika dahulu Jitra hanyalah sebuah pekan kecil, kini daerahnya semakin luas. Pertambahan penduduk serta peningkatan taraf hidup menyebabkan sebuah lagi pekan dibangunkan, iaitu Pekan Jitra 2 atau lebih dikenali sebagai PJ2. Terdapat beberapa buah sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan serta dua buah sekolah berasrama penuh (SBP) di sini. Selain itu, beberapa buah institusi pendidikan terdapat di Jitra, iaitu Universiti Utara Malaysia, Institut Perguruan Darulaman, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, MRSM Kubang Pasu, Institut Latihan Perindustrian, Institut Aminudin Baki dan Institut Kemahiran Belia Negara.

Deretan bangunan perniagaan mencerminkan pembangunan Jitra. Pelbagai kemudahan ditawarkan dan banyak syarikat muncul menjalankan perniagaan. Walau bagaimanapun, terdapat pemilik syarikat perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan, lalu mengambil mudah tentang aspek kebahasaan.

"Shah's Butik" sepatutnya dinamakan "Butik Shah". "By'U Collection" sepatutnya "Koleksi By'U". "SNZ Indah Collection" sepatutnya dinamai "Koleksi SNZ Indah". Oleh sebab frasa penerangan di bawah nama kedai pada ketiga-tiga buah premis ini berbahasa Melayu, perkataan "blouse" pun perlulah ditulis dalam bahasa Melayu, iaitu "blaus".

Sekiranya "Noorle Collection" ditukarkan menjadi "Koleksi Noorle", tidak ada cacat celanya, malah lebih sedap dan pastinya difahami oleh semua orang.

"Pasaraya Ekonomi Indah Ceria" – memang sedap nama kedai ini. Sayangnya, terdapat kesalahan ejaan yang sepatutnya ditulis dalam dua perkataan, iaitu "pasar raya". Beberapa premis lain pun melakukan kesalahan yang sama pada perkataan pasar raya. Antaranya termasuklah "Pasaraya K Ceria", "Pasaraya SR Ceria" dan "Pasaraya Ekonomi Era Jaya".

Pujian harus diberikan kepada pemilik "Pusat Ekonomi BB". Bahasa Melayu ditulis dengan jelas dan besar, manakala bahasa Cina ditulis kecil sedikit pada bahagian bawah. Begitu juga dengan "Mahligai Cemara Enterprise". Sedap namanya apabila menggunakan bahasa Melayu yang indah. Terdapat juga perkataan bahasa Inggeris, tetapi ditulis kecil sedikit di bahagian bawah.

"Perniagaan Kain Lim" –  besar dan jelas sekali tulisan bahasa Melayu dan kecil sahaja tulisan dalam bahasa Cina. Lihat pula premis ini – "Pasar Raya Din Borong DM" dan "Pasar Raya Ekonomi Srijaya". Pemilik dua buah premis perniagaan ini menulis betul perkataan "pasar raya". Contohi juga "Kedai Kopi Teong Huat" yang mengutamakan bahasa Melayu daripada bahasa Cina. Tahniah kepada semua pemilik premis yang mengutamakan bahasa Melayu ini.

"Ryhan Raflesia – Butik & Cenderahati". Tiada masalah bagi nama premis ini. Indah namanya dan mudah pula untuk diingati.

"Suraya Beauty Shope – Kami Menjual Jenama Kosmetik …". Terdapat dua kesilapan di sini. Pertama, tidak menggunakan bahasa Melayu bagi nama kedai. Sepatutnya kedai ini dinamakan "Pusat Kecantikan Suraya". Kesilapan kedua adalah pada frasa "Kami Menjual Jenama Kosmetik …". Frasa ini bermaksud bahawa pemilik kedai ini menjual jenama kosmetik, bukan barangan kosmetik. Sudah tentulah jenama barangan tidak boleh dijual sesuka hati, sebaliknya barangan yang berjenamalah yang dijual di sini.

"Pusat Tuisyen Pintar Cerdas". Premis ini pastinya mengadakan kelas tambahan bagi para pelajar. Nama pusat ini pun sangat sesuai dan tidak ada kesalahan pada frasa namanya. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kecacatan apabila terdapat frasa bahasa Inggeris ditulis di bawah nama premis ini – "Smart Reader Programme is available here". Apa salahnya jika frasa tersebut dituliskan begini:  "Program Pembaca Pintar Terdapat di Sini".

Urusan pengambilan pelajar bagi kemasukan ke Kolej Legenda dilangsungkan di "pejabat urusetia". Kesalahan di sini adalah pada perkataan "urusetia" yang sepatutnya dieja dua perkataan, iaitu "urus setia".

"Desa Utara Electrical". Pemilihan nama "Desa Utara" memang sesuai, tetapi perkataan "Electrical" di hujungnya mencacatkan nama premis ini. Jadi, tukarlah kepada "Pusat Elektrik Desa Utara" – lebih sesuai dan sedap sebutannya.

Wah, ada masakan gulai itik dan ayam kampung di "Alesya's Corner"! Tentu berselera kalau dapat makan di sini.  Persoalannya, mengapa tidak menggunakan nama "Sudut Alesya", "Penjuru Alesya" atau "Bucu Alesya"?

"Restaurant D'Jitra Seafood" lebih sesuai jika ditukarkan menjadi "Restoran Makanan Laut D'Jitra". Sebuah restoran lagi dinamakan "Phoenix Gold Restaurant", diikuti tulisan Cina. Tidak menjadi masalah kalau dinamakan dalam bahasa Melayu, "Restoran Emas Phoenix".

"NCS Best Motors Sdn. Bhd."  Premis ini menjalankan perniagaan motosikal. Sama juga dengan premis yang menjalankan perniagaan ubat-ubatan ini – "Hucare Pharmacy Sdn. Bhd."  Begitu juga dengan kedai lampu hiasan ini – "Crystal Light Decor". Amat mengecewakan kerana tidak ada sepatah perkataan pun yang ditulis dalam bahasa Melayu pada tiga buah kedai ini.

Sebuah pasar raya mengadakan jualan ulang tahun. Di hadapan pasar raya itu terpampang iklan – "Anniversary Sale". Yang pasti, semua pembeli atau pelanggan pasar raya ini ialah masyarakat tempatan. Penduduk taman-taman perumahan yang baru muncul di persekitaran pasar raya ini juga adalah generasi muda yang hidup dalam era persekolahan yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu. Semuanya akan faham jika ditulis "Jualan Ulang Tahun".

"Kedai Carpet Batai Enterprise" – memang sakit mata melihat tulisan ini. Susah sangatkah hendak menggantikan perkataan "carpet" dengan perkataan "permaidani"? Kalau mahukan perkataan itu juga, betulkanlah ejaan menjadi "karpet". Di bawahnya pula ada perkataan "perabut" yang sepatutnya dieja "perabot".

"Pak Loong Enterprise" menarik perhatian saya. Tentu sahaja pemiliknya berbangsa Cina. Ia mudah diingat kerana hampir menyamai panggilan "pak long", iaitu bapa saudara bagi masyarakat Melayu. Nama "Kedai Emas Berseri Jaya" pun menarik juga. Pengunjung kedai ini pasti akan berseri-seri. Seri disinari kilauan emas dan berseri juga senyuman di bibir kerana badan disalut emas permata!

"Jitra Optical Centre – Pusat Optik". Tidak ada kesalahan di sini. Cuma, sebaik-baiknya "Pusat Optik Jitra" yang sepatutnya dibesarkan, bukan bahasa Inggeris yang lebih ditonjolkan.

Asyik dan menyeronokkan meninjau sebentar premis perniagaan sekitar Jitra. Alangkah baiknya jika para pengusaha premis perniagaan di sini, malah di mana-mana jua, merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sebelum menamakan premis masing-masing.  Sebagai makluman, DBP menerbitkan Siri Lembar Bahasa dan kini dapat dicapai melalui Laman sesawang DBP (http://www.dbp.gov.my) sebagai panduan bagi menamakan bangunan, syarikat, jalan, taman perumahan, perkhidmatan, pusat rekreasi, fesyen dan program media. Jadi, manfaatkanlah dan jangan sia-siakan teknologi di tangan anda!

Adnan Jamil

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


sector 66: Tanah <b>Di</b> Durian Burung Daerah <b>Padang Terap</b>

Posted: 08 Jan 2013 11:57 PM PST

nak jual tanah di Durian Burung, PT 1244 Daerah Padang Terap (tanah sendiri). luas tanah
1.3439 Hektar. tanah pertanian. tanah sesuai untuk tanaman getah. lokasi
terletak di belakang balai polis durian burung. 200 meter dari jalan utama,
ada jalan masuk dan 3km dari pintu masuk sempadan malaysia durian burung.
rezab melayu.

nak jual murah2 ja rm 105,000 (boleh runding) beminat atau ada sebarang
pertanyaan boleh call. nak tengok tanah pun boleh diuruskan.

POTENSI MASA AKAN DATANG DITUKAR KEPADA REZAB ANTARABANGSA SEPERTI TANAH DI BUKIT KAYU HITAM.

 HARGA RM 105,000 (BOLEH RUNDING)


02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


Pusat Pengajian Asasi KUIN: Lawatan <b>Kuala Ketil</b>....

Posted: 31 Dec 2012 01:31 AM PST

Assalamualaikum, semoga semua pengunjung sihat dan sentiasa menjalani kehidupan dengan penuh kecerian....Pada 24 december 2012 , satu lawatan Pusat Pengajian Asasi ke kampus induk KUIN di Kuala Ketil...Semua staff Asasi + staff KTSM + staff Kejuruteraan....
Barisan staf asasi dalam sesi lawatan ke kuala ketil
Staff asasi bersama Dekan Pusat Pengajian Asasi
Bilik pensyarah yang belum lengkap
Semoga dengan perpindahan kita ke kuala ketil akan menjamin kuantiti dan kualiti  serta keselesaaan pembelajaran di Kolej Universiti Insaniah bagi pelajar dan juga staf.Diharapkan dengan ini, kite semua dapat mengaplikasi segala objektif KUIN iaitu berjaya di dunia dan akhirat....amien....

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


PAS Sembah Patung Helang <b>di Langkawi</b> – Pribumi Perkasa Negara

Posted: 10 Jan 2013 02:22 AM PST

tobak
Umum sedia maklum bahawa orang-orang PAS menganggap parti mereka sebagai agama. Tetapi tahukah anda bahawa 'agama PAS' ini juga mempunyai berbagai mazhab? Ajaran mazhab-mazhab di dalam 'agama PAS' ini pula berbeza mengikut 'mood' pemimpin selain masa, tempat dan keadaan semasa.

Tidak dapat dipastikan ada berapakah mazhab di dalam PAS tetapi yang dapat dikenalpasti ialah 3 iaitu Mazhab Hadi, Mazhab Nik Aziz dan Mazhab Azizan.

Antara perbezaan ajaran mazhab-mazhab ini ialah mengenai binaan patung.

Mazhab Azizan nampaknya berpegang kepada binaan patung adalah tidak salah. Oleh itu, setelah mengambil-alih Kedah, PAS tidak pernah langsung menyentuh soal kewujudan patung helang bersaiz gergasi di Pulau Langkawi sebagai berunsur syirik. Ini amatlah berbeza dengan mazhab Nik Aziz dan mazhab Hadi yang mengambil soal patung sebagai sesuatu yang serius dan perlu dihapuskan dengan seberapa segera.

Kerana itu, sejarah pemerintahan PAS di Kelantan yang mengamalkan mazhab Nik Aziz, bermula dengan 'memancung' kepala patung-patung kijang di bulatan dekat jambatan Sultan Yahya sejurus selepas mengambil-alih negeri itu pada tahun 1990.

Pendirian yang sama dipegang oleh mazhab Hadi dimana pada 3 Mac 2000, selepas PAS mengambil-alih Terengganu, Exco Terengganu Wan Hassan Mohd Ramli telah membuat kenyataan berikut, "Terengganu akan roboh semua patung haiwan termasuk patung sotong dan udang di Bandar Marang. Tindakan meroboh itu dibuat sebagai mengikut langkah Kerajaan Pas Kelantan yang merobohkan replika Kijang di bulatan Tuan Padang,Kota Bharu sebaik sahaja memerintah negeri itu pada tahun 1990″.

Pendirian ini bagaimanapun semakin longgar kerana masih terdapat beberapa patung lain yang tidak dirobohkan di sekitar Terengganu. Justeru, pada 31 Mei 2000, iaitu tidak sampai pun dua bulan kemudian, Haji Hadi membuat kenyataan berikut, "patung-patung di kawasan lain akan dihapuskan secara berperingkat apabila masyarakat tempatan sudah mula faham mengenai hukum."

..selanjutnya baca disini..

Ps/– Tulisan asal untuk ob21.net

Kini Anda boleh memberi komen melalui akaun FaceBook..

Komen..

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


HARI KEDUA <b>DI</b> KEM KENARI , <b>YAN KEDAH</b> - cELotEh si GaDis <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2013 02:22 AM PST

hyep readers. . 
salam ahad. .salam hujung minggu. .
alhmdulillah. . cuaca yg cerah,,panas 
xda hujan lgi. . 

ptg2 mcm nieyh idea
datang utk update blog buad seketika. . 

dh lama mnyimpan hasrat trpendam 
utk update entry nieyh..
alhamdulillah. .trcapai hasratnya hri nieyh. .
utk di update
kenangan semasa berada di kem kenari yan kedah..

okeyh kembali kepada tjuk asal..
lepaz jew yana n mmber2
mghadapi trial exm stpm. . 

ckgu2 skolh yana dh plan mcm2 rncgn, , 
so. . sblum tue kiteorang
smua dh sedia brithu,,
yg ckgu2 akn buat
lwatan smbil belajar..

so pz trial exm jew..
ckgu2 dh buad kputusan utk buad kt kem kenari yan kedah..

oh my good ! !
masing2 pakat gelisah. . 
hari tue smua mmber2 fikir nk pe g ke x. . 
msing blur. . 

lawatan selama 4 hari 3 malam..

try tnya snior yg thun lepaz..
coz diorang pown dh pe g kem tue..
then senior2 ada lha cter serba sedikit. . 
tng keadaan kt situ. .

so..trus terang lha yana ckp ..
keadaan kt sana amat2 x selesa. . 
dgn air yg limit. . 
dorm pown agk x selesa. . 
tido atas ktil smpai skit blakang ooo..
sakit..sakit...


keperitan amat myeksaan. .
utk mnghadapi liku2 kehidupan di situ. . 
3 malam di situ..
keadaan agk trkongkong..

so,,jom lha
tgk pic2 yg yana sempat snap...
jom cuci mata..
scroll down..

sahabat yg dikira rapat jgk lha..
tyme nieyh 
bengkel sastera..


ha,,yana yg pakai bju hijau + kuning tue..
yg lain mmbe2 sekelas


yg lain sibuk belajar..
korang sibuk snap pic diam2 yer..


student ppu s2 bersama dgn ckgu mznah


brgambar dgn ckgu2..
selepas abiz bengkel sastera..
sbg kenangan..

ehh ! !
berhenti kejap nk snap pic..


alamak,,
tertekan pulak..
kesian korang xsedia ag nk bergambar..
tpi kwn kita berbaju merah kt belakang tue,,posing siap dh


4 org sahabat..
eyda,chah,yana,che wawa


wah,,,
aksi yg sempoi. . 
like pic nieyh byk2..


kiteorang berlima. .
gaya yg trsendiri..


prbezaan posing pic kt atas dgn kt bwh.


alahai, yana je yg brdiri kt depan..
diorg smua mghadap yana..
terasa mcm jdi ckgu pulak..dgn pegang buku 
kt tgn,,hehe


sahabat selamnya..


ketandusan idea utk
fikir gaya posing yg menarik..


che wawa...terpejam mata pulak..
ngntok ke?


smuanya molek belaka..
hehee,,tpi yana xda dlm nieyh..


posing gaya termenung..
menantikan sang putera yg ncem ke


eh..yg tgh tue 6pk over sgt lha..
anywhre,, photoghaper yg snap pic kteorg..
cntik sgt..


yana buad gaya posing gunting,,


eh,che wawa,, knapa tue..
tgk excited aje..


berjalan smbil discus something..
jln pown mua-muat utk 3 org je..


otw nk balik dorm..


bergambar dlm surau..


agak was-was..ble nk solat dlm surau..
sebab..lntai brlntaikan papan playwood yg tebal. . ada yg nipis..
so takut jgk nk pijak..
kt bwh pulak ada air..


beratur mgikut ketinggian ker?


bergambar kt depan dorm..


kiteorang bertiga..
athirah , amalina , yana


kegilaan utk fotogenik 
tidak habis lagi..


dari kiri..
che wawa,aten,kien,yana,amalina,
fas,eyda,iena,umie


posing gunting trsendiri


snap2 kt kolam renang..
boleyh buat cover majalah mngga


berseorangan aje dya..


5 org 
budax ppu..
sedang photoshoot kt kem kenari..


aksi kiteorang berlima...
kt depan dorm khas utk ckgu


1..2..3..
snap.. ! ! 


yana.che wawa , izzat


seorang lelaki..
dikelilingi 5 org perempuan..


trlebih kuota..


mcm2 posing,,
nmpak menarik..


tringin jgk nk bgi ucapan..


wah..
ape yg seronok sgt tue..


snap ktika pgg mic..


duduk atas kerusi...
buatan kayu..


korang x posing...
dh dh xde idea erk


senyum xperlu kata apa-apa


muat lgi,,kt sebelah yana boleyh duduk lgi..


nk buat love tpi x jadi..


nyanyi ke brcakap tue..


wawa vs yana


malu nk ckp sorang..ajk kwan buat peneman


bodyguard kiri kanan nmpaknya...


macam ahli panel je..


kt dewan,,org xde..
korang bpeluang utk brcakap guna mic..


fas dgn kien,,sama tinggi


photoshoot kt tmpt rehat..
brhampiran dorm kiteorang..


keadaan surau..


hello..photogpher kt depan korang nieyh..
tgk kamera mna tue..


xsedia lgi nk posing..


bgmbar kt tmpt pusaran air..


tyme nieyh smua budax lelaki kluar solat jumaat..
so ckgu xda..
kiteorang bebas skejap..
jalan2 mrata kwasan kem...


mmbe rapat yana , fas


kt blekang yana tue lha pusaran air..air
kt situ memang laju..


berehat sekejap..
penat snap2 pic..



klw mndy kt blkg tue best..
airnya sjuk..


brpakaian t-shirt. . 
mndi mnda kt situ..


snap2..selepas puas main air kt situ


aksi sempoi


maut je org utk rumah kecik nieyh..


ok..dh byk utk tatapan korang..
utk yg pertama,,nnti kan cerita kdua
kt kem kenari ok...



Tempat Penginapan <b>di Yan, Kedah</b> | utara dan selatan

Posted: 11 Jan 2013 07:46 AM PST


Ewah dah macam tahun melawat Kedah la pulak kan tiba-tiba buat entry berkaitan penginapan di daerah Yan, Kedah. Sebenarnya ni salah satu entry review berkaitan perkahwinan i november lepas. Memang semua sedia maklum kalau buat event kenduri mesti ramai saudara-mara, kawan-kawan dan family pengantin lelaki datang. Jadi tempat penginapan sampingan sangat diperlukan memandangkan rumah i agak sempit. 
Daerah Yan bukan lah maju macam bandar besar yang tersangat berlambak hotel berbintang, motel, resort dah sewilayah dengannya. Tapi bukanlah sampai tahap tak ada tempat penginapan langsung. Untuk pengetahuan semua, (hahaha.. tiba-tiba tergelak sendiri dengan ayat skema itu) daerah Yan adalah daerah pelancongan. walaupun tak ada hotel motel grand berbintang-bintang, tapi daerah Yan ada banyak homestay dan chalet. Masih mengekalkan budaya sopan santun kampung gitu. 
Kesuma Homestay ni terletak di Taman Pantai Murni yang berdekatan dengan Pantai Murni. Jadi pagi petang siang malam boleh dengar ombak menderu. I booking Kesuma Homestay ni untuk family in law.   
Kesuma Homestay ni ada sediakan tiga rumah tapi i cuma  booking dua rumah sahaja. Kesuma 1 dan 2 . Untuk Kesuma 1 ada lima bilik (RM350) dan Kesuma 2 ada tiga bilik (RM180).  Selain menyewa secara sebuah rumah, perkhidmatan menyewa bilik sahaja pun disediakan. harganya lebih kurang RM70 semalaman. Perkhidmatan menyewa rumah dan tapak untuk dijadikan rumah kenduri pun disediakan juga. Senang kan tak payah nak leceh mengemas rumah sendiri. 
Feedback dari family in law kedua-dua homestay ni selesa, bersih, ada kemudahan penghawa dingin dan televisyen. KESUMA HOMESTAY - 0124310685 . 
Juga terletak di kawasan Pantai Murni. Homestay ni i booking untuk  saudara dari Pahang. Alasan utama i pilih homestay di kawasan Pantai Murni sebab dekat dengan rumah i. tak sampai 5 minit perjalanan pun :)
Walaupun rupa paras dari luar nampak kurang cun, tapi kemudahan di dalam homestay ni sangat memuaskan. Terdapat 3 bilik dan 2 bilik air. Lengkap dengan semua kemudahan seperti dapur, televisyen, perabot dan penghawa dingin. Rate untuk 1 malam adalah RM150. 
Pemandangan dari luar tingkap dan pintu. Angin sepoi-sepoi bahasa yang sangat ohsem! HOMESTAY PANTAI MURNI -0194938466 / 01114710424
D'Yan Chalet adalah milik Majlis Daerah Yan. Terletak di Air Terjun Titi Hayun. Memang syok tidur sambil dengar bunyi air terjun. Lepas bangun tidur terus boleh terjun ke dalam air. sangat nikmat! haha. 
I booking 3 chalet untuk kawan-kawan dari Johor. Rate untuk 1 malam adalah RM70. Pemandangan dan suasana memang dijamin sangat tenang. Cuma lokasinya agak  gelap pada waktu malam. Jarak dari rumah i lebihkurang 8kilometer sahaja. untuk maklumat lanjut lagi boleh visit website MDY.
sekian review tempat penginapan . daaa :) 

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


siaran lansung merdeka rakyat <b>di padang serai</b> - gedung rakyat

Posted: 06 Dec 2012 06:07 AM PST