Rabu, 27 Februari 2013

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


::ThE sTaNzA oF LiFe::: GFS <b>di Kulim</b>

Posted: 16 Jan 2013 02:22 AM PST

Assalamualaikum

Hai my sweeties!!

Kalau post sebelum ni,aku agak beremosi sikit,tapi post hari ni pasal lawatan dengan geng Environmental Health ke Kulim.Memang agak dekat dengan UiTM kami tapi tak kisah semua tu.Asal dapat keluar pi jalan-jalan.Hahaha

Kami kena pi Sedim untuk Gravity Feed System (GFS).Kat sini la tempat di mana keperluan air bersih disalurkan untuk penduduk kampung kat Sedim ni.Punca air ni kat atas bukit.Mesti la bersih kan.

*sori gambar banyak blurr..cilok pics dari kawan aku.Aku tertinggal kamera derr -_-" *



Lepas tu,kena daki bukit lagi.Serius la aku dah semput sekerat jalan -_-"




Tempat yang kami pi tu dipelihara dengan baik sebab air kat situ untuk kegunaan penduduk. Dah ditapis betul-betul,baru dialurkan ke rumah-rumah.Langkah utama yang perlu dibuat,mestilah kena masak dulu air tu. 

So sebab tu la kat sana,orang luaq tak boleh masuk.Takut water intake nanti tercemar. Jagalah alam sekitar kita ni baik-baik ye ^^,
Setakat tu ja aku boleh cerita pun.Sori gambar sikit.Nanti aku akan pastikan kamera tak tertinggal untuk lawatan akan datang. 

*dah la tertinggal kat rumah.tunggu balik rumah la jawabnya kalau nak amik kamera*

Esok,kami pi lawatan ke Ipoh,Perak pulak untuk ke Water Treatment Plant dan Jabatan Mineralogi. Sakan la kami ni.Untunglaa kos aku ni sebab kena banyak pi jalan-jalan :))

Sekian.. 

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


PKG BUJANG: Pengantian Komputer <b>Di</b> Makmal Sekolah <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2013 11:08 PM PST

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


<b>Kedah</b> Times: PAS <b>KEDAH</b> BERGOLAK, BN BAKAL TERAJUI <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2013 08:19 PM PST


Keadaan rumahtangga Pas bertambah gawat di Kedah apabila perbalahan beberapa anggota exco negeri itu dengan Menteri Besar tidak lagi mampu dibendung.
Usaha untuk menjatuhkan Azizan Abdul Razak yang dahulunya nampak sudah reda sedikit setelah campurtangan Pas Pusat kembali mengeruhkan landskap politik di Negeri Jelapang Padi itu.
Laporan media menyatakan 11  daripada 15 pas kawasan di Kedah telah memberi kata dua kepada Menteri Besar supaya meletak jawatan dan melepaskan kedudukannya sebagai pesuruhjaya negeri bagi parti itu.
Azizan dikatakan gagal menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar untuk memajukan negeri Kedah.
Sebaliknya sepanjang pentadbirannya, boleh dikatakan tidak ada langsung pembangunan yang ketara dilaksanakan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan ekonomi negeri.
Yang sering dipaparkan di dada-dada akhbar ialah bagaimana rakusnya kerajaan negeri Pas menggondolkan bukit bukau sehingga menjejaskan kawasan tadahan hujan di Tasik Pedu.
Seperti biasa apabila tidak pandai mentadbir dan menjana fikiran bernas untuk memajukan negeri, UMNO dan Barisan Nasional lah yang menjadi sasaran.
Apabila tidak berjaya memacu ekonomi Kedah menyebabkan kantong negeri hampir kosong, Azizan mengugut supaya kerajaan pusat memberinya RM100 juta jika ingin selamatkan hutan rimba negeri itu.
Itulah yang diperolehi oleh rakyat Kedah dalam keghairahan mereka untuk menukar kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu.
Kini mereka sudah sedar perubahan yang mereka impikan selama ini di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat bagaikan mengharap  panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.
Harapkan kerajaan negeri baru pada 2008 akan menunaikan semua janji-janji manis yang ditabur semasa kempen pilihan raya tetapi akhirnya jadi kaki kencing rakyat rupanya!
Disebabkan terlalu asyik berpolitik dan berceramah siang dan malam, inilah kualiti kerajaan negeri yang dinikmati oleh rakyat kedah di bawah Pas.
Yang dipentingkan oleh pemimpin-pemimpin pas ialah mengejar kuasa serta kedudukan bagi kepentingan diri sendiri dan keluarga masing-masing.
Inilah yang berlaku di Kedah apabila dua exco kanan, Phahrolrazi Nawawi dan Dr Ismail Salleh mengetuai kelompok untuk menjatuhkan Menteri Besar.
Selain faktor politik yang tidak 'ngam', antara alasan utama ialah faktor ekonomi.
Ini kerana Azizan hanya mengutamakan kroni-kroni terdekatnya sahaja dalam pengagihan projek-projek dengan menyisihkan kumpulan kedua-dua ahli exco itu.
Sudah tentu ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong-penyokong mereka lantas secara senyap mejalankan kempen halus untuk menurunkan Azizan daripada kedudukannya.
Sindrom penafian yang diamalkan oleh Pas Pusat juga bakal mengundang bencana bagi parti itu di Kedah.

Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali ingin menipu ahli Pas dan rakyat Kedah dengan mengatakan tidak ada pergolakan politik yang berlaku di negeri itu.
Ini sepertilah berkata bahawa tidak ada tsunami yang berlaku walhal separuh negeri sudah ranap.  
Cuba menutup kenyataan yang sudah terang lagi nyata tidak akan menyelesaikan masalah dalaman pas di Kedah yang sudah ke peringkat amat serius.
Sudah ada desas desus Azizan mendesak kepimpinan pusat parti terutamanya Presiden Pas Abdul Hadi Awang supaya menggugurkan nama Phahrolrazi, Dr Ismail serta beberapa orang kuat mereka daripada senarai calon parti itu pada PRU13 nanti.
Jika ini berlaku bukan sahaja Pas Kedah akan berpecah, kerajaan negeri pun akan terlepas ke tangan BN.
Kini pun gelombang sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN sudah meningkat sehingga menggerunkan Pas Kedah.
Kemungkinan besar Kedah akan ke pangkuan BN bukan sahaja kemelut yang membelenggu Pas Kedah tetapi kerana rakyat sudah cukup meluat dan marah kepada pentadbiran yang sama sekali tidak pro aktif dan membela kebajikan rakyat. 

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


MyPelangiSenja: Oghang <b>Kodiang</b> !!

Posted: 23 Jan 2013 02:42 AM PST


Wah,dah lama tak mengupdate my belog. OMG Sesungguh nya aku sangat busy. Ari ni bru ler berkesempatan nak buka.alhamdulillah semakin bertambah kan my follower. Tak de la banyak sangat,tapi syukur la.sebagai blogger baru,jumlah sebanyak itu dah memadai. Moga makin bertambah la nant kan. Thanks atas sokangan kowang sume taw.

Ari ni,baru sempat nak rehat-rehat. Bru sempat nak buka facebook,nak tdo lelama mean bangun lambat la tue. haha juga baru sempat nak buka belog yang dah berhabuk tahap maksima ni.
I is busy gegila last week taw x. Aku kan dah tamat study.yea! Merdeka! Merdeka! Suke suke suke busy wat pe taw x?busy ngemas rumah,packing2 barang,buang2 segala mende yang tak berguna. but now,, im free!! 
Dah dekat empat hari dah kat kampung... sonok ase bila boleh bersama family tercinta. maka berat badan juger semakin berplus2 okeh. sungguh bahaya. ni pun, malam japg ade makan2. celebrate my uncle besday. so memang bersepah-sepah la makanannya. wihuuuu heaven la. 
Eh nanty la sambung update semula ya, nanti aku update pic2 makanan jer. biar korang terliur hehehehe nak pergi sambung masak & bakar satay. diorang dah bising tue. see u okeh, lurve u ollss
eh terlupa lak. untuk pengetahuan korang aku dah jadik orang kedah dah! now i is akan bertapa di KEDAH a.k.a KODIANG. tau tak kat mana kodiang tue? huhuhu kampung aku ler. suker! suker! suker! dah 5 tahun jadik orang punchong, finally aku kembali kepada asal jadik OGHANG KODIANG semula. 
*entry ntah apa-apa sorry ya, blur maseh mengatasi diri. harap dimaaf kan hehehe ding ~~ ding ~~ ding ~~

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


Aj <b>Sik</b> Mitran <b>Di</b> by Fasih Uddin Soharwardi in Mp3 | Lashchannel.com

Posted: 16 Feb 2013 09:11 AM PST

Aj Sik Mitran Di by Fasih Uddin Soharwardi in Mp3

Listen online Free Naats of Faish Uddin .Fasih Uddin Soharwardi is one of the most popular Naat Khuwan in Muslim World and in Pakistan. has a great sweet voice. A huge collection of his Naats in our data base.

1

Listen Online Naats of Fasih Uddin Soharwardi, Without any Media Player Required. Fasih Uddin Soharwardi Naats play with a beautiful way of recite. Mohmmad Rashid Azam has a great Voice and have a great style to speak naats. You can easily Listen Naat and free Download Naats of Fasih Uddin Soharwardi in Mp3 Format.

click on below button for free Downloading

downloadbutton

more Study Links:

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


Ferntastic Fabric: Jualan langsung <b>di Jitra</b>!!

Posted: 20 Feb 2013 02:56 AM PST

Assalamualaikum
Buat pertama kalinya, Ferntastic Fabric akan mengadakan jualan langsung di Jitra, Kedah pada 23 Feb 2013..
Diskaun untuk setiap item..
Jom! Kita tengok poster.. :)

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Gieyana.Com ®: Sepetang bersama <b>di Tanjung Dawai</b>, Kedah

Posted: 07 Oct 2012 06:07 PM PDT




Best makan seafood kat sini. Nanti saya buat full review yer... ^_~

:: cemPedaK ka CemPeQha ::: Dari Kuala lumpur ke <b>Tanjung Dawai</b>

Posted: 13 Jan 2013 07:03 PM PST

 cuti semester yang lalu,  patik telah mengikuti program anak angkat yang bertempat di Tanjung Dawai ,Kedah.
walaupun patik sendiri  oqhang Kedah tapi sejujurnya patik pun tidak pernah menjejakkan kaki di perkampungan nelayan ini. Dan aku taktau pun tempat ini wujud selain dari restoran-restoran yang ada di tepi-tepi laut yang selalu mama bawak patik ketika nak celebrated sesuatu.
Pengalaman sengkak apabila makan ikan temenung   5-6 ekor sekali makan.
Yang untuk terkena landak tuh ! sudah-sudah la tuh mengaru kaki

Ikan belacak penuh kat bawah tuuu









didalam bot ketika perjalanan ke Pulau Telor.



ini adalah gamat laut yang belum matang,dan boleh dibuat kerabu.
macamna?  buang air dalam dia kemudian potong halus-halus kemudian campurkan dengan apa segala bahan yang kau nak dalam kerabu  kau. Limau ,bawang,cili dan ect .
SIAP ! makan! . Rasanya seperti r perut lembu yang liat2 dan macam jeli-jeli sikit.
*mohon jangan melihat gambar ini dari sudut lain okay!




Cuba teka ini permandangan waktu bila??





situasi kebiasaan bagi gadis-gadis pingitan dikampung selain dapat menjimatkan kos minyak moror :p
ketepikan muka burn yang macam udang kara panas tu
Alhamdullilahh masih bernafas dalam menikmati kebesaran-Mu ya Allah..

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Ikan Bakar <b>Di</b> Pulau <b>Langkawi</b> - Ema Blog

Posted: 04 Feb 2013 10:32 PM PST

Kalau pergi ke tempat orang dan lebih-lebih lagi tempat yang pergi dekat pula dengan laut memang tak sah kalau tak cari kedai makan bertemakan bakar membakar. 
Sudah pasti harganya berpatutan dan yang penting lauknya sangat FRESH. 
Antara restoran ikan bakar yang sudah kami pergi adalah Restoran Mesra, Port Dickson. Bila balik kampung di Kelantan  merasa ikan bakar di Tok Bali, Kelantan. Dalam negeri Selangor pun tidak kurang hebatnya iaitu di Bangi dan Dengkil tapi harga agak mahal sedikit. Malah tempat kegemaran orang semenanjung bila bercuti di Sabah akan merasai ikan bakar di sana.
Dan kali ini, ingin merasai masakan ikan bakar di Pulau Langkawi. pasti hebatkan. 
Ini dia restoran bertemakan bakar membakar di Pulau Langkawi iaitu Restoran Nelayan. Restoran yang terletak di kawasan yang agak sunyi..yang sunyi-sunyi itu bestkan...hehehehe..Ema dah lupa nama tempatnya, tapi simpang ke sana berdepan dengan Hospital Langkawi. Jika, dari Lapangan Terbang ia sebelah kanan dan dari Pekan Kuah ia sebelah kiri. Dari simpang besar hospital lebih kurang perjalanan 1KM dan mata perlu perhatikan betul-betul di sebelah kiri kerana jalannya agak gelap dan kecil.
Alhamdulillah, makan tidak membazir dan sangat SEDAP tanpa meninggalkan sisa kecuali tulang temulang.
Yang ada GPS cubalah GPS kerana masa kitaorang cari restoran ini dalam GPS tak dapat.