ads

Jumaat, 1 Mac 2013

02 di changlun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di changlun - Google Blog Search


Hutan Kedah Terus Musnah | Kamaluddin's Blog

Posted: 24 Feb 2013 06:55 PM PST

- Feb 25, 2013 10:55:19.

Kesan pembalakan yang dilakukan di Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin, Changlun di Kedah.

Kesan pembalakan yang dilakukan di Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin, Changlun di Kedah.

JITRA: Walaupun isu aktiviti pembalakan secara meluas di Pedu dan Gunung Inas di Kedah banyak dilaporkan, namun didapati masih ada lagi bukit-bukit di negeri ini digondol bagi tujuan berkenaan.

Terbaru, didapati kawasan seluas kira-kira 180 padang bola sepak di Hutan Simpan Bukit Perangin dibersihkan untuk aktiviti pembalakan.

Kerajaan negeri pimpinan PASBantah Sekolah Agama Rakyat: PAS & PKR Memenuhi Ciri Bangkang Dari Longkang. Read more ... » itu dilaporkan meluluskan aktiviti penggondolan hutan di kawasan berkenaan lebih sebulan yang lalu.

Konsesi itu dipercayai dianugerahkan kepada pegawai berpangkat tinggi dalam Perkhidmatan Awam Kedah (KCS) dan tanah di kawasan itu akan ditanam semula dengan tanaman getah.

Difahamkan juga bahawa kerajaan negeri turut meluluskan kawasan seluas kira-kira 963 saiz padang bola di kawasan yang sama untuk tujuan serupa.

Datuk Johari Baharum bersama penduduk setempat ketika meninjau dengan lebih dekat kesan pembalakan yang di lakukankan di Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin, Changlun di Kedah.

Datuk Johari Baharum bersama penduduk setempat ketika meninjau dengan lebih dekat kesan pembalakan yang di lakukankan di Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin, Changlun di Kedah.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharom, yang melawat tapak berkenaan selepas dua hari dimaklumkan oleh penduduk tempatan terkejut melihat keadaan bukit yang digondolkan.

Mohd Johari yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu berkata, aktiviti pembalakan yang secara berlebihan dan berleluasa menyebabkan berlakunya pencemaran air di Sungai Kechik, Sungai Badak dan Sungai Wang Perah, yang digunakan oleh penduduk setempat.

Tiga sungai berkenaan mengalir ke Sungai Temin yang menyediakan bekalan air mentah kepada loji rawatan air Mukim Temin dan Jeragan.

"Hasil daripada aktiviti pembalakan ini juga menjejaskan aktiviti pertanian di Kubang Pasu, Temin, Hosba, Bukit Mertajam dan Malau, yang berada di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada)," katanya di sini, pada Sabtu.

Tambah beliau, walaupun aktiviti pembalakan tidak salah dari segi undang-undang, ia tidak seharusnya dilakukan sehingga menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar.

Selain itu Mohd Johari juga mempersoalkan sama ada kerajaan negeri melakukan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi tujuan pembersihan tanah di kawasan itu.

"Saya tidak fikir Jabatan Alam Sekitar akan memberi lampu hijau untuk pembalakan di kawasan itu.

"Walaupun ini bukan kawasan tadahan air, kerajaan mesti bertanggungjawab dan menjaga ekosistem," katanya.

Tambah Mohd Johari, beliau akan menulis surat kepada kerajaan negeri dengan segera bagi menghentikan aktiviti pembalakan di kawasan itu.

Malah beliau juga akan membangkitkan perkara itu kepada Kementerian Sumber Asli dan Jabatan Alam Sekitar.

02 di gurun kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di gurun kedah - Google Blog Search


bancuh: Penoreh getah maut ditembak - <b>Gurun</b>, <b>Kedah</b>

Posted: 17 Sep 2012 10:40 PM PDT

SUNGAI PETANI - Seorang wanita yang bekerja sebagai penoreh getah, maut terkena tembakan yang dilepaskan sekumpulan lelaki yang terlibat dalam satu pergaduhan berhampiran rumahnya di Ladang Bukit Lembu, Gurun dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, K. Kalyani, 57, dikatakan sedang berehat di hadapan rumahnya bersama suami dan anggota keluarganya yang lain.
Suami mangsa, M. Thannimalai, 63, berkata dia terdengar deruman enjin motosikal dan kereta memasuki kawasan rumah mereka dan kumpulan lelaki itu turut membuat bising di situ.
"Saya terdengar bunyi tembakan namun tidak menyangka salah satu tembakan itu mengenai isteri saya. Saya hanya menyedari apabila melihat isteri saya, yang berada tidak jauh dari saya, jatuh dan darah mengalir laju membasahi kawasan dia rebah," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, hari ini.
Katanya salah seorang anaknya, Kathiraven, 23, turut cedera akibat ditetak kumpulan itu dan kini masih dirawat di HSAH.
"Kami tiada bermusuhan atau berhutang dengan orang dan saya memang tidak menyangka kejadian ini akan berlaku sehingga menyebabkan kematian isteri saya.
Selain Kathiraven, kami ada tiga lagi anak berusia 15, 17 dan 18 tahun," katanya.
Dua lagi mangsa cedera akibat ditetak menggunakan senjata tajam dalam kejadian berkenaan, turut dirawat di HSAH.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung satu kejadian rusuhan melibatkan sekumpulan 15 hingga 20 individu di Ladang Bukit Lembu pada pukul 11.45 malam.
"Pergaduhan bermula di tepi jalan, dan salah seorang mangsa yang cedera, cuba membantu saudaranya yang terlibat dalam pergaduhan itu namun kereta yang dinaikinya terbabas dan dia ditetak selepas ditarik keluar dari kereta.
"Kumpulan terbabit kemudiannya memasuki kawasan perumahan dan melepaskan tembakan mengenai pipi seorang wanita yang tinggal di situ, selain turut mencederakan anaknya menggunakan senjata tajam," katanya.
Katanya mangsa yang terkena tembakan rebah dan maut di tempat kejadian manakala tiga lelaki yang cedera, dihantar ke HSAH untuk rawatan dengan dua daripadanya dilaporkan dalam keadaan stabil.
"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kita percaya, selain melibatkan kes dadah, ada beberapa perkara lain yang akan kita kenal pasti menerusi siasatan yang akan dibuat.
"Kita percaya ia kumpulan tempatan dan pada dasarnya, kita sudah mengenal pasti beberapa suspek dalam kes ini, berdasarkan keterangan yang diberikan saksi kejadian," katanya.- Bernama

02 di sik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sik - Google Blog Search


JOM JALAN-JALAN...: TASIK BERIS <b>SIK</b> KEDAH: Kemanisan <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2013 06:44 PM PST

JANUARI 2012

Lokasinya di Sik Kedah. Jauhnya dari Alor Setar lebih kurang 90km. Dari Lebuhraya Utara Selatan, keluar exit Gurun/Sik.Lebih kurang sejam gak sampai.Mungkin ramai yang terfikir, adakah berbaloi bercuti ke Tasik Beris...ermmm baca la post saya seterusnya.

Nak Cerita Sikit Sejarah Tentang Tasik Beris:
  • Bukan tasik semulajadi.Ianya tasik buatan hasil dari pembinaan empangan Beris pada Ogos 2010.Kawasannya berbukit,pemandangannya cukup cantik, udaranya segar dan sangat klasik.
  • Asal tempat ni adalah sebuah kampung yang bernama Kampung Sungai Batang.Dulu,sebelum dipindahkan, penduduk kampung menjadi pesawah dan penoreh getah.Sekarang mereka ditempatkan di Bandar Baru Beris Jaya.
  • Bagi pembinaan empangan ni, lebih seribu kubur dipindahkan dan ada sebuah sekolah terpaksa ditenggelami air empangan.
MULA-MULA SEKALI JOM PERGI : 

Tentang Ladang Anggur, saya dah cerita kat post ni : http://haizanrunsah.blogspot.com/2010/09/ladang-anggur-teka-la-kat-mana.html
Tapi, bila pergi sekali lagi ni, nampak dah banyak perubahan la.Tempatnya lebih menarik, fanoramanya pun semakin mengasyikan dan nampak diorang betul-betul serius untuk menjadikan kawasan pelancongan ladang anggur terbesar di Asia Tenggara.Masuk RM 4 je.Kalau nak petik anggur sendiri, kena bayar 1kg RM 50.












PASTU, JOM KITA PUSING-PUSING TASIK BERIS DENGAN BOT










MENGINAP DI D'PUNCAK BRIS LAKE RESORT SIK KEDAH
Tempat kami menginap ni, biliknya berharga RM70 semalam, takde aircond , guna kipas je, beratapkan rumbia,satu katil besar dan bilik air yang biasa-biasa je.Kat sini, memang ada nyamuk dan disediakan kelambu lagi tu.Kalau waktu malam, memang sejuk. rasa macam aircond je.Penginapan D'Puncak memang direkabentuk untuk orang yang meminati 'adventure'. Bilik kami siap ada spider besar lagi tu melekat kat dinding tapi kami relaks je, sebab spider tu tak kacau orang. Dengar cerita, resort D'Puncak Bris, asalnya adalah kawasan kampung, ada sekolah dan ada kubur-kubur yang telah dipindahkan. Jadi tauke resort ni beli dan jadikan resort. Mungkin kalau menyelam di tasik Beris ni boleh jumpa peninggalan tapak sekolah yang telah ditenggelami air.
Diceritakan oleh orang-orang tempatan, semasa memindahkan kubur, ada satu kubur tu yang mayatnya tidak reput. Dikhabarkan mayat tu adalah seorang guru agama yang alim di kampung tersebut satu ketika dulu.
Pemandangan di  resort ni betul-betul mendamaikan, di tepi tasik, boleh memancing di tasik atau memancing di  kolam memancing. Banyak pokok-pokok buah-buahan terutama pokok rambutan, kalau ada buah, petik je.Pokok-pokok pun rimbun menutupi cahaya matahari, redup kemudian disusuli angin tasik dengan udara yang menyegarkan.



Gambar : SEKITAR PEMANDANGAN DI RESORT D'PUNCAK BRIS 







02 di baling - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


Seharian <b>di Baling</b> | mknace unlimited™ | the colours of life

Posted: 24 Feb 2013 03:57 AM PST

Lama tul entry ni dok bersarang lam blogger. Tak post post jugak. Hari ni pun paksa diri untuk menulih dan tekan butang post pasai pekan rabu minggu lepaih kat baling. hahaha... tu yang dok kata dah lama bersarang lam blogger. tinggai nak tekn butang post ja.

So, rabu lepas pakat keluaq pi pekan rabu macam biasa la. ni ja hari yang ada untuk aku enjoy kat baling. khamihnya dah mula nak sibuk kat aloq setaq dah.

Macam besa, gambaq gunung belakang rumah aku memang tak lepaih dari lensa kamera henpon aku nih. Tapi sesambil tu ambik gak gambaq rumah aku ni.


macam besa, makan nasik lemak ikan masin dulu. tempat lain mana nak jumpa lagu ni

gambaq kucin meeting pun kena snap jugak. ketua dia kata nak boh lam laporan minit mesyuarat dia. kakaka.

jom kita merayau satu pekan. cari tudung budak.

dah nama cari tudung. kedai tudung ja la yang dia pi. muka tak puah hati ja. susah nak cari tudung budak yang lawa ni.





belacan pun dah tak tengok, tudung punya pasai




dah sampai destinasi tumpuan


sambil sambil dok tunggu, harusla ramai yang kena masuk blog aku ni. kekeke







sikat rambut seladang pun ada tu






ni pun satu lagi target nak beli. ikan bilih

sukanya muka mama. seronok pasai yang juai pun terkejut kami beli sekelo. ya la. orang setempat jarang beli banyak banyak kecuali nak buat kenuri.








lagi tak jumpa, lagi tu la dia dok cari
























Dah setel beli tudung semua kami pakat balik la. Sekali pastu, pakat keluaq balik pulak sebelah petang. merayap lagi. cari kuih kuih sikit. jalan jalan sikit.


















Pastu, siap pi berjalan melawat tadika asraf ngan asmah. boleh tahan gak la. kalau nak banding ngan johor, cam nuri la.









gunung baling lagi. tapi ni nak amik gambo burung pulang petang.


ziqri seronok dok kat baling sebab ada paksu.


Enjoice...Sharing is power!!!

02 di kuala ketil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala ketil - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Staf Kuin Dedah Isu <b>Di</b> &#39;Pentas Bersih Kuin 1.0&#39;

Posted: 28 Feb 2013 03:00 PM PST


ALOR SETAR: Staf Kolej Universiti Insaniah (KUIN) pada Khamis membuat pendedahan berhubung isu membabitkan institusi itu pada perhimpunan "Pentas Bersih Kuin 1.0" yang dihadiri lebih 200 orang awam, staf dan anggota badan bukan kerajaan (NGO).Tampil mendedahkan isu yang didakwa telah menjejaskan kebajikan warga kerja KUIN itu ialah Penolong Pendaftar Kanan Kuliah Usuluddin, Mohd Baihaqi Hassan; Ketua Program Kuliah Muamalat, Ahmad Faizal Asmy Mohd Yunus dan Pensyarah Kuliah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal, Mohd Farid Alias.

Pada perhimpunan lebih sejam yang diadakan di kawasan Jalan Suka Menanti di sini, mereka turut mendesak Rektor KUIN Prof Datuk Dr Jamil Osman supaya meletak jawatan.Antara isu didedahkan pada 'Pentas Bersih KUIN 1.0' itu ialah dakwaan salah laku Rektor seperti membuat dokumen palsu, lantikan kroni dalam pengurusan tertinggi KUIN, kegagalan pembayaran gaji mengikut waktu dan kelewatan bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).Mohd Baihaqi dalam ucapannya berkata pelajar KUIN turut teraniaya apabila diarah berpindah segera ke kampus induk di Kuala Ketil sedangkan kolej kediaman tidak disediakan oleh pihak pengurusan kolej universiti itu."Sebelum ini dijanjikan ada penginapan untuk tampung 7,000 pelajar di Kuala Ketil, tapi pembinaan dibatalkan sebab nak potong kos, masjid pun tidak dibina.

"Rumah sewa di Kuala Ketil yang dulunya hanya RM250 sebulan naik hingga RM1,500 dan pelajar terpaksa menyewa kerana tiada tempat tinggal selain harga roti canai (dan makanan lain) pun dah naik mendadak," kata Mohd Baihaqi.Ahmad Faizal Asmy pula berkata warga kerja KUIN terpaksa mengadakan perhimpunan seperti ini kerana pintu rundingan dengan kepimpinan tertinggi iaitu Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN yang juga Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah tertutup.
"Sebab itulah kami terpaksa memilih jalan ini (bertemu media dan mengadakan perhimpunan) bagi menegakkan kebenaran," katanya.

Mohd Farid pula berkata walaupun menerima tekanan daripada pihak pengurusan tertinggi KUIN kerana berjuang habis-habisan untuk menuntuk hak mereka, beliau tetap menjalankan tugas dengan baik kerana menyedari tanggungjawabnya sebagai pendidik."Kuliah Hospitaliti diletakkan di bawah Insaniah Holdings (anak syarikat KUIN) secara terpaksa namun kami tetap buat kerja...sepatutnya anak syarikat buat untung untuk KUIN tapi yang berlaku sebaliknya sebab Insaniah Holdings tak buat untung langsung," katanya.
Penolong Pendaftar Kanan Kuin Muhammad Azki Hafizi Ibrahim pula memberitahu sembilan warga kerja yang mendedahkan isu-isu KUIN sebelum ini telah diminta menyediakan surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari atau akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak pengurusan.

"Kami menerima surat itu sejak semalam dan hari ini dan jika gagal sediakan surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari kami akan menghadapi tindakan buang kerja atau digantung perkhidmatan."Perkara ini berlaku selepas kami mula membuat pendedahan kepada media secara lebih agresif baru-baru ini," katanya.
Muhammad Azki Hafizi berkata pihaknya akan menganjurkan 'Pentas Bersih KUI N2.0' dalam masa terdekat bagi mendesak Jamil dan Azizan berundur daripada KUIN.Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir turut hadir pada perhimpunan itu bagi menyatakan sokongan terhadap warga KUIN yang teraniaya. - BERNAMA

02 di yan kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di yan kedah - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Yan</b>, <b>Kedah</b> (MDYan) | Malaysia <b>...</b>

Posted: 25 May 2012 03:41 AM PDT



JAWATAN:
- Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa J29

IKLAN JAWATAN & CARA MEMOHON:
http://mdyan.gov.my/html/themes/kdh_yan/PDF/SKIMPERKHIDMATAN.pdf

TARIKH TUTUP : 28 Mei 2012

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved