Ahad, 10 Mac 2013

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


Kursus AMT ~ Noh Is Me

Posted: 10 Mar 2013 04:57 AM PDT

Minggu lepas aku baru jer abis berkursus AMT (ak mlas na taw apa benda tu) kat hotel seri malaysia, sepang. Best la kursus tu. 4/5 ak bg kat kursus tersebut. Ak mlas jgak na cerita. Ak letak gambar je la k.

Di hari pertama, kitorang berjalan-jalan kat pantai bagan lalang. Luas pantai ni. Memang best ntuk mandi manda. Walaupun kotor sket la.

Inilah bebola ketam. original punya.

Ini pulak makan malam aku. Cuba bayangkan lima hari makan camni tgahari n malam. Gemok?...tak diusah ditanya lagi. huhuhu... 

Ni lak salah satu game. Kitorang kena wat kapal yang perfect. Setiap kapal yang perfect akan dipilih oleh vendor dan dikira berjaya dibeli. (stylo lah men game camni. walaupun sorg2 da abeh blaja.)

Ni salah satu game jugak. Membuat pakaian yang akan dibeli syarikat jepun. Pakai kertas je beb. N ni calon model lelaki tunggal yang ada. Pakaian orang kadazan.

 Tender game. Tower kumpulan kitorang. Walaupun kalah, tapi still berasa bangga dengan usaha yang telah dicurahkan.


Anda Rasa Nak Like? Silakan.

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


Isu STDC: Pemuda PAS <b>Padang Terap</b> lapor polis - Rakyat Marhaen

Posted: 07 Dec 2012 05:12 PM PST


PADANG TERAP: Pemuda PAS Padang Terap meminta pihak polis menyiasat pemimpin tertinggi dalam Anak Syarikat Negeri Kedah, Seri Temin Developement Corporation (STDC) yang didakwa menyalahgunakan wang syarikat untuk kepentingan Umno.

Ketuanya, Nasir Zakaria membuat laporan polis terhadap Pengerusi Lembaga Pengarah (STDC), Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Adun Pedu di Balai Polis Kuala Nerang, kelmarin.

Dalam persidangan Dun Kedah pada 20 hingga 22 November lalu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah mendedahkan, dari tahun 2003 hingga 2008, STDC mengeluarkan duit untuk membiayai parti politik Umno.

Duit itu antaranya digunakan untuk memberi sumbangan tunai kepada 15 kawasan parlimen menjelang pilihan raya umum ke-12 sebanyak RM1.7 juta.

Selain itu, duit STDC juga digunakan untuk membeli kereta Proton Gen 2 kepada penasihat CEO STDC berjumlah RM42,431,64.

Duit syarikat turut digunakan bagi membeli cenderahati sempena mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap sebanyak RM26,150.

Selain itu duit turut digunakan untuk:

1) Membeli kemeja T dan wang saguhati kepada aktiviti konvoi Pemuda Umno padang Terap sbeanyak RM4 ribu.

2) Meberi sumbangan RM5 ribu kepada Umno Cawangan Padang Kerasak

3) Menaja kalendar Datuk Seri Mahadzir Khalid sebanyak RM8 ribu

4) Pemasangan billboard mesyuarat Umno Padang Terap sebanyak RM10 ribu

5) Sebanyak RM10 ribu dikeluarkan untuk membiayai lawatan sambil belajar Pemuda Umno KEdah

6) Lawatan sambil belajar Puteri Umno Kedah sebanyak RM5 ribu

7) Menyumbang sebanyak RM200 ribu kepada Umno negeri

8) Membayar sewa khemah dan meja untuk mesyuarat Umno Padang Terap sebanyak RM10 ribu

9) Membeli tudung untuk Puteri Umno RM20 ribu

10) Membayar sebanyak RM21,700 untuk tujuan makan minum mesyuarat Umno Padang Terap

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Mat Sabu Tersenarai Tanding <b>Di Pendang</b> | Detik Perubahan

Posted: 10 Oct 2012 01:16 AM PDT

ALOR SETAR – Pas Pendang tidak menafikan nama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu tersenarai antara calon layak bertanding kerusi Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Yang Dipertuanya, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, Pas kawasan itu tiada halangan sekiranya Mat Sabu berminat menjadi calon PRU13 di Pendang, asalkan mendapat persetujuan semua pihak.

"Kita tiada masalah bagi laluan pada Mat Sabu. Jika Pusat memberi amanat supaya beliau bertanding sebagai Ahli Parlimen Pendang, kami terima dengan hati terbuka. Perkara ini diputuskan di peringkat Pusat dan negeri harus akur," katanya.

Mengulas kedudukan penyandangnya, Datuk Dr Mohd Hayati Othman sekiranya kerusi itu diwakili Mat Sabu, Mohamed Taulan berkata, Pas kawasan itu bersedia menerima sesiapa sahaja calon yang layak dan diyakini boleh menang.

"Siapa jadi calon bukan keutamaan, yang penting boleh beri kemenangan pada Pas," katanya.

Menurutnya, perkara itu tidak pernah dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat Pas kawasan, sebaliknya pernah diusulkan di peringkat bawahan.

"Kami capai persetujuan dan beri tiga nama calon yang layak kepada Pas negeri yang seterusnya memanjangkan perkara itu ke Pusat. Nama Mat Sabu dan Mohd Hayati antara tiga calon itu," katanya.

Mohamed Taulan mengakui senarai calon itu sudah lama dipersetujui Pusat, dan hanya akan dimuktamad selepas mengetahui tarikh PRU13.

Mengulas desas-desus kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tokai yang disandangnya bakal diserahkan kepada Mohd Hayati yang memberi laluan kepada Mat Sabu, Mohamed Taulan berkata, beliau bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Saya tiada masalah jika ada calon lain lebih layak bertanding di Tokai, yang penting calon Pas itu boleh kalahkan calon BN," katanya.

Sementara Mohd Hayati menyerahkan kedudukannya sebagai calon PRU13 kepada kebijaksanaan negeri dan Pusat.

"Semuanya bergantung pada keputusan Pas negeri dan Pusat. Itu kerja Pesuruhjaya Pas negeri yang akan rujuk pada Pusat. Sebagai calon, saya bersedia diletakkan di mana-mana kawasan sekalipun," katanya.

Ditanya sama ada kehadiran Mat Sabu kelak boleh menjejaskan peluangnya bertanding semula sebagai calon Parlimen Pendang, Mohd Hayati berkata, ia bukan suatu masalah.

"Saya tiada masalah bertanding di mana-mana, saya akur arahan, selebihnya saya tidak boleh komen," katanya kepada Sinar Harian.

Sabtu lalu, Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi membayangkan kemungkinan besar Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bertanding sebagai calon PRU13 di Kedah, memandangkan sebelum ini beliau pernah menang dalam PRU 1999 di negeri ini.

Nama Mat Sabu kembali diperkatakan sebagai calon PRU13 di Kedah, berikutan ramalan pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat. Selain ura-ura mendakwa bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah (1999-2004) itu berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen Pendang.- Sinar Harian