ads

Sabtu, 20 April 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pokok sena - Google Blog Search


PRU-13: Sokongan pengundi petanda BN sapu bersih <b>di Pokok Sena</b>

Posted: 20 Apr 2013 05:00 AM PDT


ALOR SETAR 20 April - Sokongan luar biasa pengundi terhadap calon-calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Pokok Sena dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada serta Bukit Pinang menjadi petanda BN bakal menyapu bersih kesemua tiga kerusi itu.

Calon BN di kerusi Parlimen Pokok Sena, Datuk Shahlan Ismail berkata, beliau baru sahaja selesai menghadiri majlis memperkenalkan calon BN di Hutan Kampung di sini dan sambutan yang diterima daripada para pengundi amat memberangsangkan.

''Lebih 3,000 orang pengundi menyambut calon-calon BN dan kita dapati ada satu gelombang baru di kalangan pengundi di Pokok Sena.

''Saya juga mengikuti program-program lawatan dari rumah ke rumah dan memang sokongan terhadap BN semakin kuat dan kita yakin BN boleh merampas kembali kerusi Parlimen dan DUN di sini,'' katanya di sini hari ini.

Pada PRU-12 yang lalu kerusi Parlimen Pokok Sena dan kerusi DUN Bukit Lada serta Bukit Pinang dimenangi Pas manakala BN hanya menang kerusi DUN Derga.

02 di gurun kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di gurun kedah - Google Blog Search


KedahLanie.info: Driver treler jelajah PAS teruja <b>di</b> beri peluang <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2013 10:30 PM PST

Jasri kongsi pengalaman pandu treler jelajah PAS
PULAU PINANG: Jasri Abdul Wahab, 45, tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya apabila dipilih untuk memandu rasmi traler Jelajah Negara Berkebajikan yang baru dilancarkan oleh Presiden PAS semalam..

Beliau yang berasal dari Gurun Kedah itu menyatakan, peluang yang diberikan ini adalah satu yang amat berharga bagi dirinya dalam usaha membantu PAS dalam pilihan raya umum ke-13 ini.

Jasri yang merupakan seorang pesara askar sebelum ini pernah menjadi pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Beliau juga pernah bekerja sebagai pemandu lori lebih 3 tahun.

"Peluang yang ditawarkan pada saya ini walaupun sebagai pemandu amat bermakna dan tidak akan saya lepaskan.

"Memandu traler jelajah PAS ini memberi peluang kepada saya untuk melihat sendiri secara dekat terhadap sokongan dan sambutan yang diberikan kepada jelajah PAS kali ini," jelas beliau yang tiba di Kuala Lumpur semalam.

Tambahnya lagi, sepanjang pemanduan di lebuhraya menghala ke utara, pemandu-pemandu yang sehala dengannya sentiasa memberikan sokongan dengan membunyikan hon.

Malah katanya lagi, ini sesuatu pengalaman yang luar biasa dialaminya berbanding sebelum ini ketika beliau hanya memandu lori syarikat majikannya.

"Hilang kesunyian sepanjang saya memandu di lebuhraya apabila kebanyakan pemandu membunyikan hon dan mengangkat tangan tanda sokongan.

"Malah perjalanan terasa dekat apabila situasi sebegini berlaku, ini merupakan pengalaman yang sukar untuk saya lupakan," tambah beliau lagi.

Beliau juga teruja dengan sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terutamanya ditempat-tempat persinggahan yang telah menyenangkan laluan perjalanan.

Dalam pada itu, beliau merasakan sambutan dan sokongan orang ramai terhadap kehadiran treler tersebut sebagai peluang cerah buat PAS berdepan pilihan raya nanti.

Jasri yang mempunyai enam orang cahaya mata itu berjanji akan memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan ikhlas.

"Saya akan tunaikan sepenuhnya amanah yang diberikan, saya akan pastikan segalanya berjalan dengan lancar dan tiba di destinasi mengikut masa yang ditetapkan.

"Ini merupakan sebahagian dari sumbangan saya untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional pada pilihanraya nanti, tak ada duit kita tolong cara lagu ni la," sambung beliau lagi.

Harapan beliau agar satu perubahan dilakukan oleh rakyat demi mewujudkan satu suasana baru yang lebih menjamin kemakmuran rakyat.

02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


*Ini Belog Kami Aje*: Makanan paling femes <b>di Langkawi</b>, BRONOK

Posted: 17 Apr 2013 12:41 AM PDT

Cuba teka ape ke benda ni???
masih mentah (gambor from FB)
Pestime aku tahu pasal ni and aku sure ramai gak yang tak tahu cam aku kan?? namanya adalah BRONOK, paling femes dan terdapat di Langkawi... sape yang pernah gi Langkawi tahu kot makanan ni... kalo korunk tengok yang masih hidup cam ni , rasa nak makan tak??
Lepas godek-godek makcik ngan pakcik google, dapatlah sikit info pasal bronok ni... selalunya bronok ni dibuat kerabu mentah-mentah... korunk basuh bersih-bersih,hiris besar mana yang korunk nak dan campur la apa yang patut nak buat kerabu... bronok ni memang tak perlu dimasak sebab ianya akan cair sekiranya terkena panas okey... jangan ngada-ngada nak buat sup la, paprik la, sweet n sour ke hape k... memang takkan menjadi tapi kalo berjaya jangan lupa anto kat aku skit... ngeh ngeh
Bronok ni after dicuci, akan nampak seakan-akan gamat tapi bukan gamat okey (eee gamat pon aku geli nak telan)... dari review beberapa blog lain, ada yang kata kerabu bronok ni paling sedap diantara semua kerabu... betul ke?? rasanya kenyal-kenyal skit, isinya lembut dan ada rasa masin..
Dah tengok siap jadi kerabu ni, cam tak berapa geli la pulak... kalo tak tahu cara, harus aku makan ni... apepon, nak tahu betul ke sedap, kena la cuba...
Kalu kat ganu, Bronok ni sejenis kuih ye... haa jangan korang silap lak... kang gi ganu mintak kerabu bronok dapat kuih sagu, terkebil-kebil lak bijik mata tu... heran gak aku kenapa kat ganu panggil kuih sagu ni bronok erkk?? setahu aku, kat mana-mana pon panggil kuih sagu je, dah sah-sah buat ngan biji sagu... ke ada yang panggil ngan nama lain selain ni??
Kepada kawan-kawan yang ade planning nak bercuti kat langkawi tu, jangan lupa ye cuba kerabu bronok ni... balik nanti up entry... kalo leh buat air liyorr aku ni kecur, kompem sedap la tu... hehe... kata sharing is caringgg... :p

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved