ads

Sabtu, 27 April 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


Restoran makanan segera <b>di Sungai Petani</b> dirompak - Gempak.Org

Posted: 05 Nov 2012 01:42 AM PST

SUNGAI PETANI: Sebuah restoran makanan segera di Kompleks Seri Temin, Jalan Ibrahim di sini mengalami kerugian kira-kira RM35,000 selepas dirompak empat lelaki padi tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kumpulan penjenayah yang bersenjatakan pistol dan parang itu melarikan wang hasil jualan restoran berkenaan sejak tiga hari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, tiada pelanggan dalam premis berkenaan sewaktu kejadian dan lima pekerja termasuk seorang penyelia yang bertugas ketika itu terselamat.

"Siasatan awal mendapati rompakan dilakukan empat lelaki, dua daripadanya bersenjatakan pistol manakala dua lagi bersenjatakan parang.

"Penjenayah masuk ke dalam kedai itu dan mengacukan pistol ke arah salah seorang pekerja dan menyuruh mangsa membuka peti besi," katanya kepada Bernama.

Mohd Zakaria berkata, setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kita terus menjalankan siasatan bagi mengesan suspek dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.
Difahamkan penjenayah turut mengambil pita rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum meninggalkan premis terbabit. - BERNAMA

sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/ar...ompak/Article/

02 di baling - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


Fyna Here!: MUA : makeup sanding farah 16.02.2013 <b>di baling</b> kedah

Posted: 20 Apr 2013 08:48 PM PDT

makeup kalini simple sahaja
sebab farah req soft makeup dari mata,pipi hingga ke lips
bulu mata pun nak yang nipis sahaja
tapi disebab kan majlis dibuat di dewan
fyna terangkan sikit di bahagian mata
tak nak nampak pucat sangat




http://www.facebook.com/KiddyKiddoKlik?fref=ts
untuk tengok my makeup job yang lain-lain atau sebarang pertanyaan/tempahan boleh ke
email : fynahere85@yahoo.com

02 di padang terap - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang terap - Google Blog Search


TEBAS: tamboq umno <b>di Padang Terap</b>.

Posted: 05 Apr 2013 07:37 AM PDT

Debaran untuk menghumbankan keluar umno be enddd dari putrajaya semakin memuncak...gelombang untuk terus mengekalkan PR menerajui Kedah.P.Pinang, Kelantan dan Selangor makin meningkat...umno semakin haru dengan biru.

Masalah calon umno di Kedah makin kronik...sebelum ni di dua bahagian Jerlun dan Kubang Pasu nampak dah jadi keleboq..ni cerita baru dengaq pula...hangpa pakat tengok sendiri la senarai bakal calon depa yang diatur oleh penganalisis teh tarik melalui jaringan kedai kopi depa...nampak gena.

1. Parlimen Padang Terap ; 
Ghazali Ibrahim vs Mahdzir khalid vs Ahmad Lateh.
wow 3 penjuru...belengas habeh.

2. DUN Kuala Nerang ..Syed Sobri..yg ni rasanya terpelanting...maka Shuhaimi Shoib lee yg berpeluang cerah.
3. DUN Pedu- Kama Noriah Ibrahim vs Badrol Hisham ,Ketua Pemuda ni vs Abd Khaffar Ahmad...3 penjuru juga..dengaq2 kata Badrol yg akan terpeleot..

Esok aku nak pi dengaq di Pokok Sena pula...geng aku disana kata bahagian ni pun macam yg lain juga..kena pi pekena kopi o kaw dekat pekan baru tu..
Kami nak TEBAS umno be enddddddd

02 di pendang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pendang - Google Blog Search


TERKINI : MAT SABU BERTEMU YB SURAYA <b>DI PENDANG</b>.. #GE13

Posted: 04 Apr 2013 06:34 AM PDT


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengesahkan akan bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Bagaimanapun beliau sendiri masih berteka-teki mengenai kerusi yang bakal ditandinginya nanti dan menyerahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membuat pengumuman mengenainya secara rasmi.
Ketika ditanya sama ada beliau memilih untuk bertanding di Parlimen Pendang, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan 'Mat Sabu' tidak menafikan atau mengiakannya.
"Ya saya bertanding...akan bertanding (di Kedah).
"Pendang? Ura-ura. Tunggu Presiden umum," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Khamis.
Sebelum ini kerusi Parlimen Pendang disandang Datuk Dr Mohd Hayati Othman juga daripada PAS.
Mohamad pernah menyandang kerusi Parlimen Kuala Kedah dari 1999 hingga 2004.
**Mat Sabu dah silap pilih  tempat...

02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


PANASS!! Wan Azizah di BOIKOT Jentera Pakatan <b>di Langkawi</b> <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2013 08:17 PM PDT

Semalam PKR Langkawi telah mengumumkan calonnya untuk kerusi Parlimen Langkawi yang dirasmikan oleh Wan Azizah. Kemudian Wan Azizah rasmi jentera PKR Langkawi untuk PRU kali ni, takpa kita layan gambar dulu..




Terkejut dengan jentera PKR Langkawi? Tak percaya, ni kat bawah ni ada satu lagi gambar!! Ramai woo..

Kalau ada cai pembangkang kata ini gambar sebelum majlis mula, Mc nak cakap jangan buat lawak la, ini hakikat sebenar jentera PKR. PKR mana ada jentera? Tukang tolong pacak bendera depa pun jentera Pas. Kalau takdak jentera Pas, tak hidup PKR di seluruh negeri Kedah ni.

Bab nak jadi calon, PKR memang laju, kerja tak buat, kebajikan ahli dan rakan parti macam Pas tak jaga. PKR punya Adun atau Ahli Parlimen jenis makan sorang, kalau dapat projek pun, bagi ahli keluarga depa saja. Masa kempen 'perkudakan' Pas, bila menang, kaya sorang-sorang la!!

Ini luahan dari jentera 'lama' Pas di seluruh Kedah. Mc dah jumpa dengan otai-otai jentera Pas ni. Depa kadang-kadang terpaksa 'pacak' bendera PKR disebabkan arahan 'dunggu' dari parti sendiri. Sekarang ni, markas Pas di kawasan bercampur, atau pekan diwajibkan letak bendera Dap sekali. Lagi la 'panas' puak jentera Pas ni.

Bab bendera Dap ni, ada diantara depa, rasa nak bakar dari nak pacak! he he.. Mc telah berjaya membuka pekung beberapa jentera konvesional diantara puak Pas. Lihatlah betapa rapuhnya Pakatan diantara puak pembangkang.

Paling kesian jentera bawah Pas ni la. Dikerah macam balaci, sampai ada yang beli buluh, jahit bendera sendiri kononnya perjuangan. Bila menang, YB pun haram tak nampak muka! he he he.. nasib-nasib. Mc memang tabik spring jentera 'lama' Pas, perjuangan depa dahsyat cuma depa kurang 'cerdik' sebab salah parti. he he..

Ok kita sambung balik kisah calon PKR di Langkawi dan seluruh Kedah,

Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ahmad Abdullah, 64, hari ini diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di sini, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menamakan penyandang kerusi Parlimen Kuala Kedah, Datuk Ahmad Kassim, 50, sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah.

Pakatan pembangkang memperuntukkan satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Langkawi iaitu Ayer Hangat, kepada PAS yang dijangka mempertaruhkan Yang Dipertua PAS Langkawi, Zubir Ahmad, 50.

Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Langkawi dan dua kerusi DUN pada PRU 2008.

Pada PRU 2008, PKR bertanding bagi tujuh kerusi dan menang lima kerusi.Mereka kalah di kawasan Parlimen Alor Setar dan Langkawi.

PKR sebelum ini mengumumkan nama calon bagi enam kerusi Parlimen yang mereka tandingi pada PRU 2008.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Machang, Kelantan, akan bertanding di kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu manakala Naib Presiden parti, N Surendran pula akan bertanding bagi kerusi Parlimen Padang Serai.

Calon lain ialah Ketua Wanita Cabang Sungai Petani, Nor Azrina Surip @ NurinAina Abdullah (Parlimen Merbok) dan Ketua PKR Cabang Kuala Kedah, Dr Azman Ismail(Kuala Kedah), manakala Datuk Johari Abdul kekal bagi mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Petani.

Ketua Biro Perundangan PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung pula sekali lagi akan bertanding bagi kerusi Parlimen Alor Setar selepas kalah pada 2008.

Ini bermakna misteri kerusi parlimen Sungai Petani bagi PKR dah terjawab, Joe Bedul aka P.Ramlee celup mengekalkan kerusi parlimennya. Muka taktau malu betul, kerja haram tak pernah buat, turun padang pun setakat berceramah, tiba-tiba nak kekal di Sungai Petani? Terima la balasan dari rakyat Sungai Petani nanti!

Insyallah, untuk PRU kali ini, ini janji Mc sebagai Ketua Jentera UMB Kedah, kita rampas semua kawasan PKR!! Moga dipermudahkan Allah dalam misi menyelamatkan Kedah dari bencana dan musuh negara! Aminn..


McTheory:
Kawasan PKR peluang untuk kita rampas 70-30.. kemenangan di tangan BN!

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved