ads

Rabu, 19 Jun 2013

02 di merbok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di merbok - Google Blog Search


Himpunan 15 Jun kekal <b>di</b> Padang <b>Merbok</b> – Rafizi | KeadilanDaily <b>...</b>

Posted: 09 Jun 2013 12:36 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 Jun: Perhimpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 15 Jun ini kekal sebagaimana dirancang, kata Pengarah Stratgei KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, himpunan itu tetap diteruskan meskipun Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan tiada kebenaran diberi kepada Pakatan Rakyat.

"Setakat ini, rancangan berhimpun itu diteruskan. Kenyataan Tengku Adnan bukan penghalang," katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka akan membuat beberapa perbincangan dengan pihak polis, tetapi mengulangi pendirian lokasi asal dikekalkan.

"Kami akan mengambil berat tentang maklum balas dan konsultansi dengan PDRM setakat ini. Dan kami akan buat beberapa perubahan ke atas rancangan awal kami, tapi lokasi kekal di Padang Merbok," tambah Rafizi, dilapor The Malaysian Insider.

Sementara itu, Timbalan presiden Pas Mohamad Sabu berkata parti itu memutuskan untuk menyertai perhimpunan 'Black 505′ anjuran Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada 15 Jun ini.

Malaysiakini melaporkan Mohamad sebagai berkata, jawatankuasa Pas pusat hari ini sebulat suara bersetuju agar parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Perhimpunan tersebut antara lainnya dirancang sebagai kemuuncak bagi siri perhimpunan untuk membantah penipuan dalam pilihan raya 5 Mei.

"Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di ibu pejabat Pas di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataannya itu menjawab teka-teki ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib bahawa parti itu tidak menganjur atau mengambil bahagian secara sukarela dalam himpunan berkenaan.

Turut hadir dalam mesyuarat hari ini ialah presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53206

02 di pendang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pendang - Google Blog Search


gagal <b>di pendang</b>, syiah mula nak rapat dengan <b>...</b> - Pena Minang

Posted: 24 May 2013 09:13 PM PDT

Oleh : Jebat

Musibah!!! Musibah!!! Musibah!!!

Ini adalah satu malapetaka yang paling besar di Malaysia apabila seorang negarawan boleh bersama-sama dengan mantan presiden negara pengkafir sahabat nabi telah mula masuk dan merapati bekas pemimpin tertinggi Malaysia.

Terbaru, pada 22 May 2013, satu program telah diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana dengan nama "Media Conference On A Joint Appeal To Sunni And Shi'a Muslims by Tun Dr. Mahathir Mohamad (Former Malaysian Prime Minister and Sayyid Muhammad Khatami (Former Iranian President)"

Kami secara keras lagi tegas menolak segala rayuan yang dibaca dan dibicarakan oleh Tun Dr. Mahathir dengan Khatami mengenai 'perdamaian SYIAH dan SUNNI'.

Ini kerana SYIAH dan SUNNI tidak akan boleh berdamai dan tidak akan berdamai selagi mana SYIAH terus dengan MAZHAB SYIAHNYA dan berterusan mempertahankan AQIDAH SYIAHNYA.


Kami juga menolak suara dan saranan International Movement for a JUST World!!! Ini kerana organisasi berkenaan tidak mempunyai autoriti dalam mengeluarkan pandangan dan saranan yang melibatkan soal-soal kepentingan dan keselamatan Aqidah orang Islam. Malahan organisasi berkenaan itu juga tidak mempunyai sebarang ahli yang mempunyai kepakaran dalam soal-soal aqidah. Maka dengan itu amatlah janggal bilamana soal aqidah dibicarakan oleh mereka yang bukan ahlinya.

Dari itu kami menggesa Tun Dr. Mahathir dan JUST menarik balik kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 22 May 2013 yang lalu. Serahkan urusan ini kepada mereka yang ahlinya, dan hormatilah keputusan Jabatan Kemajuan ISLAM Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri di seluruh Malaysia yang mewartakan SYIAH SEBAGAI SATU ALIRAN YANG SESAT!!!

02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


my Secret: ada apa <b>di Langkawi</b>..

Posted: 30 May 2013 07:41 AM PDT

hallopp.. hehehe mood cuti masih ada tau.. aku baru balik dari cuti2 Malaysia.. hehehehe... tempat kali ni dekat Langkawi... so kali ni no more HIG (Haji Ismail Group) Idamansuri n what so ever.... heehhe tukar selera sikit gi langkawi.. asik shopping jee ko ye! kali ni trip aku ke Langkawi agak menarik sebab ada aktiviti yang lebih menyeronokkan...

tujuan bercuti aku dan family kali ni lebih nak merasa menjadi seorang pelancong.. yelah sebelum nak kagum tempat org kita kena kagum tempat sendiri kan... perjalanan sebagai pelancong bermula pada hari kedua sebenarnya.. actually memang aku teringin sangat nak pergi island hoping.. jadi kali ni impian termakbul... sebelum island hoping....

CABLE CAR

dulu aku gayat sekarang tidak lagi. aku naik atas tu dengan ayah aku.. mak taknak naik takut pengsan katanya... hehhee.. memang le takut sebab tinggi oii.. cane aku atasi  masalah gayat.. hehehe senang je jangan pandang bawah... aku pandang atas je .. kekonon sedang menghayati alam semula jadila kannnnn.. tapi rasanya yang paling mendebarkan bila nak turun bawah... huhuhu takut OIIII!!!! nasib baik jambatan gantung rosak.. mau merangkak aku berjalan ...


perjalanan seterusnya....

ISLAND HOPING

kitorang naik kat tanjung rhu... mula2 takut termasuk la makcik2 aku n sepupu yang kecik2 tu...dah lama naik syok pulak... yang si kecik sekali (adam) boleh bantai tido pulak kena angin katanyeeee

memula dia bawak kitorang gi gua buaya.. sebabkan air pasang jadi tak dapat la masuk.. kitorang tanye kenapa nama gua buaya.. adakah ni sememangnya lubuk buayaaa??? haaaaa jawapannya korang tgk gambar kat bawah:

dah dapat jawapan? puas ati x?? hahahaha mampuih semua kena tipu.. situ takde buaya pun laaaa.... aiyoooo.. jgn takut sangat laaaahh... hihihi.. seterusnya kitorang pergi ke port Eagle feeding (sori takde gambar) .. pemandu pelancong tu kata nak suruh helang datang kena panggil ... panggil cam ni ke ? EAA MENATANG MARI, EEAA MENATANG MARI...... atau ..... OOOOOOOOO (Ala tarzan gitu) hehehe jawapan dia kena panggil dengan bunyi enjin moto bot... PRENGGG... PRENGGGG... PRENGGG... kaaan kelas tak? tak perlu suara tarzan, tak perlu panggil ala labu labi.. hehehe terus datang dalam 6-7 ekor helang gitu.. memang best view dia...

perjalanan diteruskan ke gua kelawar.. tak singgah sebab jambatan rosak sambil2 dalam perjalanan tu berceritalah si pemandu pelancong tu ... bagitau nama bukit tu bukit ni.. ada bukit kasut la bukit kingkong laa.. tak caya ada bukit king kong?? betoi la ingat aku tipu kee???
haaa nampak?? king kong x?? hehehehe... kitorang ada jugak singgah sangkar ikan atau dlm bhasa mat sallehnye fish farm... kenapa bukan fish pond eh??? hehehe ah lantak!!! ikan menarik perhatian dah tentulah si pari dan si buntal yang comel!!! ala tomey2..... hehehe si pari tu kocak2 air dia boleh datang... ayah aku bagi makan.. heeee aku taknak bagi kang tekejut mau aku kasutkan kepala dia nanti abes mata pencarian tokey sangkar ikan tu nanti hahahahaa!!! maapkan sayeeeeee agak dalam dua jam jugak lah naik bot tu.. tapi memang best.. next time aku nak pegi snorkeling n pulau payar nak bagi makan ikan jerung.. haa lagi satu tasik dayang bunting .. minum air tu orng kata boleh bunting.. kalau bujang boleh bunting jugak ke? ehh!! wooppsss

selain dari islad hoping tu aku singgah makan laksa.. laksa terbaik laksa ikan rebus sekoq kat jalan airport.. haa gile.. laksa pastu letak ikan rebus pulak sekor dalam laksa.. kucing tengok dia pun nak makan laksa sekaki.. lagi satu rojak singapore.. emm murah aku rasa sebab aku amek banyak tapi harga rm 15 aku bajet mau kna 20-30 jugak laaa...

jadi untuuk mereka2 yang kaki shopping bila gi langkawi ape kata kali ni tukar pulak.. pegi tempat mcam2 ni.. aku rasa lagi banyak benda nak di kenang dari shopping je memanjang.. barang korang bawak balik pun tak banyak.. coklat utk aku pinggan mangkuk utk mak aku tu je... org lain berbondong2 troli.. huhuhu tak kuasa....

NEXT >>>> GENTING HIGHLAND dengan kengkawan!!!!!!

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved