ads

Khamis, 4 Julai 2013

02 di merbok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di merbok - Google Blog Search


Himpunan 22 Jun tetap <b>di</b> Padang <b>Merbok</b> – Rafizi | KeadilanDaily <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2013 04:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Himpunan Black 505 tetap diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 22 Jun ini bermula jam 12 tengah hari, tegas Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Kata Rafizi, pandangan Datuk Bandar Ahmad Phesal Talib bahawa himpunan perlu diadakan di tempat tertutup seperti stadium tidak berbangkit.Rafizi

"Kita takkan berganjak dari tarikh 22 Jun. Semakan kita mendapati pada tarikh itu Padang Merbok kosong," katanya kepada Keadilandaily.

Petang tadi, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ahmad Phesal, menolak permohonan kebenaran mengadakan himpunan di Padang Merbok atas alasan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menempah tempat itu sejak tahun lalu untuk acara mereka pada 23 Jun.

Rafizi turut menyatakan rasa hairan apabila DBKL secara tiba-tiba memaklumkan MOM akan mengadakan program di Padang Merbok pada 23 Jun.

"Kita dah umumkan dan tetapkan rancangan. Alasan-alasan ini tak masuk akal," katanya.

Justeru, Rafizi menggesa DBKL tidak mengheret pihak lain dalam keputusan mereka. Beliau tidak menyalahkan Datuk Bandar kerana terpaksa mengikut arahan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan.

"Kita dah aturkan yang terbaik dan mengambil pandangan semua pihak. Kita dah berkompromi, menerima pandangan polis, menukar tarikh dan mengelak menggunakan Dataran Merdeka.

"Jika pandangan mereka bahawa setiap kawasan yang terbuka tidak boleh dibuat himpunan, ia bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman (PAA) itu sendiri," tegas Rafizi.

"Saya kira pendirian yang diambil munasabah. KEADILAN sudah bertinbang rasa sepenuhnya. Kita akan teruskan pada 22 Jun," tegasnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53258

02 di gurun kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di gurun kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Mar 2013 03:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BAB 1 | APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Posted: 14 Mar 2013 06:58 AM PDT

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1              PENGENALAN

Kajian ini merupakan satu kajian yang mengkaji dialek sesuatu masyarakat. Dialek merupakan bahasa pertuturan seharian dan berbeza-beza mengikut sesuatu tempat atau daerah. Beberapa aspek akan dilihat melalui kajian ini antaranya ialah fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik

Bahasa Melayu Kedah merupakan salah satu dialek yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Perlis. Bahasa Melayu Kedah juga dipertuturkan di Wilayah Selatan Thailand iaitu Satun. Penduduk di Trang, Thailand juga menuturkan bahasa Melayu Kedah dengan pengaruh bahasa Thailand. Penutur dialek Melayu ini keseluruhannya dianggarkan lebih 4 juta (sekitar 3,1 juta penutur bahasa ibunda dan selebihnya digunakan sebagai bahasa kedua).

Selain negeri-negeri tersebut, dialek ini juga dituturkan di selatan Myanmar dan sebuah tempat di utara Sumatera. Masyarakat setempat merujuk kepada Bahasa Melayu Kedah ini sebagai loghat utara (dialek Utara-oleh Malaysia) dan pelat Kedah (dialek Kedah di Negeri Kedah). Bahasa Melayu Dialek Kedah juga boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek yang diterdiri daripada Kedah Persisiran (standard), Baling ataupun Kedah Hulu, Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang dan lain – lain (Luar Malaysia).

Terdapat beberapa aplikasi komputer yang akan digunakan seperti antconc, survey monkey dan soundcloud supaya hasil dapatan kajian tepat. Akhir sekali, dapatan kajian akan dipaparkan dalam youtube dan wordpress sebagai pembuktian dan akan dinilai oleh penilai melalui aplikasi ini.

1.2              PERNYATAAN MASALAH

Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti aspek-aspek linguistik yang terdapat semasa sampel kajian bercakap dengan menggunakan dialek Kedah daerah Gurun. Kajian yang dilakukan secara komprehensif dan betul akan dapat menghasilkan sebuah dapatan kajian yang baik. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui perbezaan yang terdapat dalam dialek Kedah Gurun dengan bahasa Melayu baku berdasarkan aspek-aspek linguistik seperti aspek dari segi sebutan, pembentukan kata, penggunaan ayat, makna kata dan juga pemilihan kata.

Kajian ini akan menggunakan pelbagai alatan bagi memudahkan lagi pengkaji untuk mendapatkan data. Antaranya ialah perisian AntConc, Survey Monkey dan lain-lain lagi. Perisian AntConc digunakan untuk mengira kekerapan sampel kajian atau responden menuturkan perkataan manakala Survey Monkey pula digunakan untuk mendapatkan butir-butir peribadi sampel kajian.

1.3              SOALAN KAJIAN

Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah seperti berikut:

1.    Apakah perbezaan sebutan kata yang terhasil bagi sesuatu perkataan antara dialek Kedah Gurun dengan bahasa Melayu baku?

2.   Apakah perbezaan pembentukan kata antara dialek Kedah Gurun dengan bahasa Melayu baku?

3.   Apakah perbezaan pembentukan ayat yang digunakan dalam dialek Kedah Gurun dengan bahasa Melayu baku?

4.   Apakah perbezaan makna dalam dialek Kedah Gurun dengan bahasa Melayu baku?

5.   Apakah perbezaan pemilihan kata mengikut situasi yang berbeza di antara dialek Kedah Gurun dengan bahasa Melayu baku?

1.4              OBJEKTIF KAJIAN

1.    Mengenal pasti perbezaan sebutan antara dialek Kedah Gurun dengan bahasa Melayu baku.

2.    Mengenal pasti aspek pembentukan kata yang hadir dalam dialek Kedah Gurun dengan bahasa Melayu baku.

3.    Mengenal pasti aspek pembentukan ayat atau tatabahasa dalam dialek Kedah Gurun dengan bahasa Melayu baku.

4.    Mengenal pasti perbezaan makna kata yang berlaku antara dialek  Kedah Gurun dengan bahasa Melayu baku.

5.    Mengenal pasti perbezaan pemilihan kata yang terdapat dalam penggunaan bahasa mengikut situasi yang berbeza  antara dialek    Kedah Gurun dengan bahasa Melayu baku daripada aspek formal dan tidak formal.

1.5    SKOP KAJIAN

Skop kajian ini adalah di Gurun yang merupakan salah satu tempat yang terletak di negeri Kedah Darul Aman. Skop kajian ini dipilih kerana berdasarkan latar belakang responden yang lahir di negeri Kedah, anak jati dan menetap di Gurun, Kedah. Responden merupakan salah seorang mahasiswa yang belajar di UKM, Bangi, Selangor.

1.6    KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji diharapkan dapat memenuhi objektif yang sebenar. Hasil yang baik akan diperoleh sekiranya kajian ini mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Kajian ini juga dapat meletakkan dialek Kedah Gurun sebagai suatu bahasa yang paling unik berbanding dengan dialek-dialek yang terdapat di negeri lain. Oleh sebab itu, diharapkan kajian ini dapat memberikan hasil yang terbaik dalam merungkai masalah tersebut.

02 di kodiang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kodiang - Google Blog Search


DUNIA ITU: 63 rumah <b>di Kodiang</b> rosak akibat ribut

Posted: 02 Apr 2013 02:44 AM PDT

Pelatih Giatmara membantu mengalihkan zink yang rosak di Kampung Paya Pida 1. - Foto Shahrizal Md Noor/bh]


 JITRA - Sebanyak 63 rumah di tiga kampung di Kodiang dekat sini rosak teruk terutama di bahagian bumbung selepas dilanda ribut petang semalam.

Kejadian kira-kira 6 petang itu melibatkan 45 rumah di Kampung Paya Pida Satu, 13 di Kampung Pida Empat dan lima di Kampung Kandis dengan jumlah kerugian keseluruhan hampir RM1 juta.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

Seorang mangsa kejadian itu, Habsah Ahmad, 69, dari Kampung Paya Pida Satu berkata ketika kejadian, dia bersama tiga anak dan menantu serta tiga cucunya berusia antara tiga bulan dan lima tahun berada di rumah.

Katanya dia yang terdengar bunyi deruman angin kencang sehingga bumbung rumahnya diterbangkan angin melarikan diri dengan menaiki kereta milik anaknya bersama keluarganya untuk mencari tempat selamat.

"Masa tu makcik lihat zink terbang. Makcik jadi takut dan bawa cucu berusia lima tahun selamatkan diri. Makcik syukur semua anggota keluarga makcik termasuk cucu berusia tiga bulan selamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Abdullah Awang, 68, dari Kampung Paya Pida Satu berkata dia kerugian kira-kira RM100,000 setelah bumbung rumahnya serta barangan elektrik di dalam rumahnya rosak.

Dia yang menceritakan detik-detik cemas kepada pemberita bersama isterinya Hasma Hussin, 64, berkata kejadian berlaku dengan pantas sehingga tidak sempat untuk menyelamatkan barangan berharga.

Katanya dia bersama isteri cuba keluar rumah dan melihat bumbung rumah terbang seperti burung dan masuk semula ke dalam rumah sehingga keadaan kembali normal.

"Saya hanya mampu melaungkan azan sahaja. Kami cuba nak selamatkan diri dengan keluar rumah dan bila lihat zink berterbangan kami masuk semula ke dalam rumah. Bila angin dah habis saya lihat semua bumbung rumah saya dan jiran habis (diterbangkan)," katanya.

Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang turun padang melawat mangsa kejadian turut menyalurkan bantuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meringankan beban yang dialami mereka.

Mukhriz berkata buat sementara ini anggota keluarga yang terlibat ditempatkan di tiga pusat penempatan termasuk di Dewan Orang Ramai Batu 1 sebelum bantuan susulan daripada kerajaan pusat untuk memperbaiki rumah dibuat dalam tempoh terdekat.

"Ada antara anggota keluarga mereka tinggal di rumah bagi menjaga keselamatan barangan di dalam rumah. Kita juga minta anggota Rela menjaga kawasan rumah yang rosak," katanya. - Bernama

2 Apr 2013

02 di kuala kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala kedah - Google Blog Search


[DEDAH] 43 pengundi hantu di 6 rumah <b>di Kuala Kedah</b>

Posted: 27 May 2013 11:30 PM PDT

Harakahdaily, 27 Mei 2013
PETALING JAYA: Kewujudan pengundi hantu menjadi isu paling utama yang mempersoalkan perjalanan PRU13, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) dalam kenyataannya.
Menurut laporan-laporan yang telah dibuat sebelum, semasa dan selepas hari mengundi, pengundi hantu ini dipercayai didatangkan dalam dua bentuk; iaitu rakyat asing yang diberikan kad pengenalan dan mengundi; serta pengundi rakyat Malaysia yang mengundi lebih dari sekali kerana didaftarkan di beberapa tempat.
Beberapa hari sebelum hari pengundian, jentera Barisan Nasional di seluruh negara giat mengedarkan slip-slip mengundi yang menyatakan tempat dan saluran mengundi dari rumah ke rumah. Slip-slip ini diambil dari daftar undi induk yang dikeluarkan oleh SPR.
Menurut Rafizi, di seluruh negara, banyak berlaku kejadian slip undi yang diedarkan oleh Barisan Nasional itu menunjukkan wujudnya pengundi-pengundi tidak dikenali yang didaftarkan di alamat-alamat dalam kawasan tertentu.
Banyak pemilik dan pengundi asal di alamat-alamat tersebut telah tampil membuat laporan polis mempersoalkan kenapa ada pengundi lain yang didaftar dengan ramai di alamat mereka, sedangkan mereka telah tinggal di alamat itu dari awal dan tidak pernah mengenali nama-nama yang didaftarkan, kata Rafizi.
"Saya sendiri membantu membuat 2 laporan polis di Pandan berhubung kejadian ini pada hari pengundian.

"Hari ini, saya tampilkan 5 laporan polis yang dibuat berasingan di Parlimen Kuala Kedah yang menunjukkan bahawa 43 orang yang tidak dikenali telah didaftarkan di 6 buah rumah di dalam satu taman, iaitu Taman Sri Putra," kata Rafizi dalam kenyataannya.
Beliau juga sertakan satu salinan Borang 10A yang dikeluarkan oleh SPR sendiri di Parlimen Kuala Kedah, yang mengesahkan bahawa seorang pengundi iaitu Lim Tiek Hong dinafikan hak mengundi kerana ada orang lain telah mengundi bagi dirinya.
Laporan-laporan polis dan Borang 10A yang dikeluarkan sendiri oleh SPR mengesahkan bahawa keraguan wujudnya pengundi hantu yang didaftarkan berkali-kali ada asasnya.
Kejadian seperti ini di seluruh negara memperkukuhkan persepsi rakyat bahawa PRU13 penuh dengan penipuan dan SPR tidak mempunyai kewibawaan untuk mempertahankan satu proses pilihanraya yang adil, bersih dan telus.
"Oleh yang demikian, saya menyeru kepimpinan SPR untuk memberikan penjelasan yang masuk akal mengenai kejadian-kejadian ini kerana ada laporan polis khusus yang dibuat mengenainya.
"Saya juga menyeru supaya pasukan polis mula membuat kenyataan mengenai pelbagai laporan polis mengenai penyelewengan pilihanraya yang telah dibuat selama ini," seru beliau.
Jika 43 pengundi yang diragui boleh wujud di satu taman di Parlimen Kuala Kedah hanya di 6 buah rumah, bayangkan berapa banyak pengundi hantu yang sebegini yang boleh didaftarkan di seluruh negara, tambah beliau.

02 di sik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sik - Google Blog Search


Jalan-jalan <b>di Sik</b>,Kedah. | Silampuneon

Posted: 29 Jun 2013 02:47 AM PDT

Assalamualaikum..
Harini pagi pagi maen beskal, lepas main basikla terus duduk dapur tak keluar keluar. Sekarang ni tengah tunggu biskut siap masak sebenarnya. So sambil sambil tu tangan ringan je nak update benda yang dah basi :p
Gambar gambar ni diambil masa saya jalan jalan kat kampung kawan saya, Aqilah bulan lepas. Lokasi rumah dia kat Sik, Kedah. Inilah rumah kawan yang paling jauh saya penah datang. Siyesly..jauh gila. Walau jauh tapi hati tetap excited. (maklumlah nak lari dari hiruk pikuk KL)
Sebenarnya niat hati nak ke sana pun nak relek relk je. bukan nak jalan sangat. Penat tuan rumah layan saya..naik segan kawan saya sebab kat situ mmg takde tempat menarik sangat...tapi tak kesah la, Alhamdulillah, dapat jugak hirup udara segar kat Sik ni kan ? :)

Dapat la singgah isi petrol paling popular kat kedah tu, BuroqOil
dapat tengok hutan
tengok rusa,
tengok tasik pedu,
tengok ladang anggur
tengok ladang strawberry
pergi pasar malam sik
pergi pekan sik
makan kuey tiow thing
makan karipap inti anggur !
dapat minum air anggur fresh dari ladang anggur hahaha.
haha
paling best
tengah musim buah kuinin !
makan buah kuinin :)

Terima kasih sangat sangat aqilah and family sebab sudi bagi saya tumpang sekejap dan layan kerenah saya :) Hehehe..Alhamdulillah moga Allah sentiasa memberkati kita semua ye :)










thaks to all. alhamdulillah.
jom, saya nak pi shah alam ni.. nak tengok anak buah baru lahir :) ni yang keempat !

02 di kuala ketil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala ketil - Google Blog Search


KedahLanie.info: KUIN : strategi menjadikan <b>Kuala Ketil</b> “Madinatul <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2013 02:30 AM PDT

Sebagai termaklum, dalam akhbar Sinar edisi Utara hari ini ada laporan sidang media 1hb Julai 2013, wakil Insaniah Holding serta anak-anak syarikat Insan Medic, Insan Maya, Insan Fasih, Insan System dan juga beberapa keluhan2 kakitangan yang tidak mendapat gaji sejak 2, 3 bulan.
Malam tadi juga telah berlansung solat hajat dan bacaan yassin di Masjid Madinatul Ilmi Kuala Ketil, dan juga akan di adakan pada malam Jumaat dan Sabtu ini. Masjid lain juga dilaporkan akan menjalankan doa dan solat hajat di Merbau Pulas, Parit Panjang dan beberapa masjid berdekatan. Mereka berharapan tinggi dengan kehadiran kampus Insaniah di Kuala Ketil dan strategi menjadikan Kuala Ketil "Madinatul Ilmi''. 

Masjid di tukar nama kepada Madinatul Ilmi kerana hasrat tadi. Olih itu desas desus perpindahan balik ke Mergong atau penutupan Kulliyyah di Kuala Ketil sangat lah mendukacitakan mereka. Keadaan sekarang berkemungkinan besar beberapa Kulliyyah akan di korbankan atau di letakkan ke tempat atau Kulliyyah lain yang tiada kena mengena. Sehingga ada ura-ura mereka penuduk2 k.ketil akan melancarkan demonstrasi bantahan pemindahan ini atau penutupan kulliyyah yang sedia ada.
Selain penamatan kontrak Dato' Latifah (Pendaftar), pemangku bendehari (Puan Kartina) telah berlaku penamatan perkhimatan walaupun beliau berjawatan tetap (tanpa alasan yang menasabah), Ustaz Ghani Shamsuddin, seorang ulama bertaraf nasional di tamatkan dengan kasar sehingga fail2 dan barang2 peribadi di letakkan di luar bilik nya sebelum hari akhir, serta di fitnahkan berfahaman syiah berdasar kepada gambar lawatan beliau ke Iran. Sehingga ada pelajar tidak mahu berma'mum dengan beliau.
Ini lah dendam kesumat mereka terhadap Bekas Rektor Dato Jamil dan mantan MB Kedah. Biar hancur lebur apa-apa legasi mereka.
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved