Selasa, 10 September 2013

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


<b>JITRA</b> NOTATAKAI (Battle of <b>Jitra</b>) | Military of Malaysia

Posted: 01 Aug 2013 07:20 AM PDT

banzai

Lt. Kolonel Saeki Shizuo : Wareware no chīmu wa kotabaru ni jōriku shita.
Jeneral Tomoyuki Yamashita : Omedetōgozaimasu, ima, soreha watashitachi no bandesu.
Lt. Kolonel Saeki Shizuo : Tashika ni, soreha tsuyu ga kite iru imadesuga, watashitachiha jinsokudenakereba naranai.
Jeneral Tomoyuki Yamashita : Moshi sōnara, karera wa hirō o tsukaihatashi hakai, kōgekide wa naku, sorera no kikai o kaishi..
Lt. Kolonel Saeki Shizuo : Guddo-nushi, jushin sa reta meirei wa, watashi wa, sore jitai ga tanku o ken'in suru… Jitra wareware wa seifuku sa remasu…
………………………………………………………………………………………………………………………

1. Salam bahagia, bertemu lagi kita di ruangan lipatan sejarah negara bangsa kita yang semakin lama semakin pupus ditelan zaman dek kerana kelalaian kita menghayati erti kemerdekaan. Sekali lagi saya faisal 9w2wbt merakamkan setinggi tinggi penghargaan jutaan terima kasih kepada Shah Paskal kerana kesudian menerbitkan artikel ini di dalam blog yang sentiasa mendapat perhatian dari ramai pihak pihak yang cintakan tanah air dan semangat patriotisme yang tinggi di dalam jati diri tuan puan sekalian.

2. Artikel ini agak panjang saya huraikan mengikut kefahaman pembacaan saya terhadap rencana rencana yang menjadi kajian oleh pengkaji pengkaji sejarah Tanah Melayu. Artikel ini bermotifkan tentang kajian kegagalan British mempertahankan barisan hadapan Tanah Melayu ketika itu dan taktik kemaraan tentera Jepun ketika mengasak pertahanan paling utara tanah air kita. Ia sepatutnya dipertahankan selama 3 bulan tetapi Jepun hanya memerlukan 3 hari sahaja untuk menawannya.

3. 4 Disember 1941, Lt. Jen Yamashita, selaku panglima 25 pemerintahan medan tentera darat Jepun berkekuatan 25,000 anggota telah berlepas menaiki kapal dari Vietnam menuju ke Thailand. 7 Disember 1941, armada tersebut berpecah dan mendarat di Singgora dan Pattani. Semasa di Singgora, pihak polis Thailand telah berjaya menghalang pendaratan tersebut dan setelah berunding, mereka akirnya mendarat dengan selamat dan bersiap menuju ke Tanah Melayu untuk bertempur dengan sejumlah 88,000 trup termasuk 9 dan 11 Divisyen Tentera Darat India dan 8 Div Tentera Australia.

4. Tengahhari 8 Disember 1941, Singgora di pijak oleh Jepun. 6 Briged dan 15 Briged British bergerak ke Jitra untuk ambil kedudukan. Mereka telah menanam periuk api dan menggali kubu kubu yang kesemuanya di penuhi air. Maklumlah waktu tersebut merupakan musim hujan dan hujan turun sehingga 4 hari menyebabkan persiapan tempur agak terbatas.

5. British cuba melambatkan kemaraan Jepun memasuki sempadan dengan cara mengamalkan pre emptive strike iaitu memasuki kawasan Thailand dan menggempur dari kawasan Thailand. Namun Jepun melalui Detachment hadapan diketuai oleh Lt. Kol Saeki Shizuo mendapat mesej dari pasukan peninjau udara yang telah mengugurkan mesej memberitahu bahawa pasukan 'mechanised' British bergerak melalui Changlun menuju ke utara.

6. Pasukan British yang menuju ke Thailand adalah dari kompeni 1/8 Regiment Punjab yang merupakan pasukan simpanan sahaja! Waktu itu, British juga menghantar pasukan pengebom udara bagi mengebom pasukan Jepun yang mendarat.
Jepun tidak membalas serangan itu, hanya memastikan kesemua anggota dan peralatan selamat mendarat. Setelah semua selamat mendarat, barulah serangan dari Jepun dilakukan. Jepun telah menghantar 3 buah kereta kebal sederhana (medium tank) 1 unit kereta perisai, 2 skuadron 'mechanised cavalry', meriam dan 300 anggota.

7. 9 Disember 1941, Lt. Jen. Sugawara dari grup 3 Tentera Udara mengetuai 500 pesawat Jepun jenis pejuang dan pengebom yang berpangkalan di Vietnam berlepas ke Tanah Melayu. Mereka telah menyerang semua pengkalan udara British termasuk Alor Setar sehingga menyebabkan pengkalan itu terpaksa ditutup dan kesemua tentera British lari bertempiaran menyelamatkan diri.

8. Serangan ini menyebabkan bangunan terbakar dan memberikan tekanan psikologi kepada trup 11 Divisyen yang bertanggungjawab menjaga keselamatan pengkalan itu. Pesawat Mitsubishi Zero bukanlah saingan pesawat Buffalo British yang amat daif. Maka, ruang udara telah dikuasai sepenuhnya oleh Jepun.

9. Kita berbalik kepada keadaan di sempadan pula, Lt. Kol. Saeki telah memandu sendiri kereta kebal diikuti oleh 300 anggotanya dan bersama pasukan peninjau dan dengan gagah beraninya tidak sabar ingin bertempur dengan British.
10 Disember 1941, Mereka bertempur buat pertama kalinya di dalam kawasan Tanah Melayu.

10.Ketika inilah Jepun mendapat kemenangan yang pertama! Brtitish seperti biasa melarikan diri dan berundur. Hasil dari pertempuran ini, Jepun berjaya memiliki sebuah peta lengkap mengenai pertahanan British di kawasan Changlun dan Jitra.
Tetapi sebelum serangan itu, serangan udara di pengkalan Kepala Batas telah dilakukan. Sewaktu kereta kebal Saeki berada di sempadan dan bertempur, trup yang tewas berundur dalam keadaan yang amat daif dan bergerak berundur ke Changlun sementara itu trup di kawasan Perlis (sebelah kiri) juga berundur ke Kodiang. Dengan ini amatlah mudah Jepun memasuki Tanah Melayu pada 10 Disember 1941.

 
KUPASAN PERTAHANAN UTARA TANAH MELAYU. (KEGAGALAN OPS MATADOR)

11.British pada mulanya hanya menumpukan kekuatan pada 2 buah jalan yang menuju ke Thailand. Pada waktu itu, tumpuan pertahanan terjejas kerana musim hujan dan menyebabkan kenderaan berat gagal bergerak di atas jalan yang becak, maklumlah tiada turapan bitumen / minyak tar.

peta

12.Oleh sebab keadaan kawasan Jitra yang rata ratanya adalah kawasan tanah rata dan sawah padi yang bertali air, menyebabkan kubu parit (Trenches) yang dikorek menjadi tidak sesuai untuk bertempur. Ia dipenuhi air!. Dinding struktur kubu parit telah di cerucuk dengan batang buluh. Tinggi dinding mencecah sehingga 6 kaki ke atas dan lebar hampir 7 kaki. Jepun telah menganggap kubu ini sebagai ' JITRA LINE'.

13.Jitra Line juga di perkukuhkan dengan 'pillbox' dan serentak dengan pembinaan ini, semua anggota sibuk dengan latihan persediaan Ops Matador. Semua ini berlaku pada awal Disember 1941. Panglima Tentera Udara British di Timur Jauh Marshall Udara Brooke-Popham telah mengizinkan Jen. A.Percivel memasuki wilayah Thailand apabila Kota Baharu diserang. Maka Panglima Pemerintah Kor, Jen. Heath diarahkan bersiap sedia menggerakkan trup Ops Matador.

14.British membuat tinjauan udara dan mendapati pendaratan besar besaran Jepun di Singgora dan Pattani. Berita ini disampaikan ke kota Baharu pada jam 0915. Pada jam 1100, barulah Percival dapat maklumat ini di markas Malaya Command setelah kembali dari menghadiri mesyuarat Majlis Perundangan Negeri Selat. Pembaca ingin tahu apa alasan Jen. Percivel?

15."Apa yang berlaku antara 3 Corps dan 11 Indian Divisyen saya tidak tahu. Tapi saya masih mempertahankan bahawa hanya ada satu sahaja talian telefon awam yang mana kita semua menggunanya, dan khidmatnya hanya khas untuk mereka yang mempunyai keistimewaan terhad. Ia tidak dijangka berlaku, itu fasal la saya tidak dapat maklumat awal bro…" :D
Dalam masa yang sama, 11 Div yang hendak menyerang pelabuhan Singgora diarahkan agar menyerang Jepun yang telah mendarat mudah. Ia telah memberikan impak kepada persiapan 11 Div ini.

tank

16.11 Disember 1941 : Jam 0800 bermula serangan Jepun terhadap 1/14 Regimen Punjab dan mereka tewas. 2 penangkis kereta kebal Breda di tawan Jepun. Askar Punjab seperti biasa lari lintang pukang. Kol. Saeki memeriksa kawasan Punjab itu dan menjumpai 10 senjata berat dihala ke arah Jepun tapi tiada yang mengoperasikannya. Beliau yakin bahawa semua askar Punjab berlindung daripada hujan di kawasan pokok pokok getah di kiri kanan jalan Changlun itu.

17.Kol. Saeki bertindak bijak, mengarahkan serangan dilakukan secara berdepan melalui jalan utama dan asakan dari kiri dan kanan jalan Changlun itu. Maka bertempiaran lagi askar Punjab menyelamatkan diri di dalam keadaan hujan lebat itu.

Tragedi Jambatan Manggol.

18.British di bawah 15 Briged berundur ke Jitra. Trup 6 Briged dari Perlis juga berundur. Sesampainya di Manggol, ada sebuah jambatan merentasi sungai. Kawasan itu dijaga oleh 15 Briged dan di perintah oleh 1 Regimen Leicester. Jambatan tersebut telah dipasang bom bagi menyekat Jepun dari mara ke arah Jitra.

bridge

19.Apa yang terjadi ialah, 6 Briged telah diarah berundur ke Jitra, disinilah kesilapan paling ketara British. Pertahanan British diseberang sungai telah meletupkan jambatan itu kerana menyangka bahawa trup yang sedang mara itu ialah Jepun. Akibatnya sejumlah pengangkut anggota, empat laras meriam dan 7 meriam Breda terpaksa ditinggalkan di seberang sungai.

20.Banzaiiii………….Jepun terus mengasak sehingga petang. Mereka bertempur dengan 2/9 Jats dan mula mengasak sebelah kanan. Disamping itu, peluru cahaya dilepaskan sebagai bantuan dan tembakan bermula. Jam 2030, kereta kebal Jepun mengasak lagi dengan bantuan spotlight besar dan menumpaskan 1 peronda 1 Leicestershire. Dalam pada itu, 2 kereta kebal Jepun terbakar akibat terkena peluru meriam pasukan 125 anti kereta kebal British.

21.Markas 15 Briged menerima laporan. Dikatakan bahawa Jepun telah menduduki Bukit Jantan dan Bukit Alor. Brig Carpendale berasa terancam dan lantas tanpa merujuk kepada Panglima Div, ia meminta bantuan Brig Lay, Panglima 6 Briged agar dapat membantu dengan memberikan 2 kompeni dari 2/2 Refal Gurkha (simpanan). Mereka mengambil lokasi arah ke timur dan satu lagi 2/16 Punjab di letakkan di Kelubi untuk menyokong pertahanan belakang.

22.12 Disember 1941-Tepat jam 0300, Jepun mula menyerang kembali menerusi jalan raya utama dan mengasak sehingga ke kawasan belakang sebelah kanan kompeni 1 Leicestershire. Jepun dapat diundurkan setelah bantuan dari Bren Carrier diatur gerak kembali hampir waktu subuh. Hujan mencurah curah tidak berhenti, jam menunjukkan 0600, Jepun mengarahkan satu kompeni yang dibantu oleh kereta kebal menyerang secara berdepan di bahagian timur jalan yang memisahkan pasukan 1 Leicestershire dan 2/9 Jats. Serangan itu berjaya dan Jepun menawan pos pemerhati meriam. British menyerang balas tetapi hampa.

23.Brig Carpendale lagi sekali meminta bantuan Brig Lay 6 Briged. Ia telah diberi 1 markas briged dan 2 kompeni 1/8 Punjab. Lantas mereka diarahkan melancarkan serangan besar besaran dengan dibantu oleh meriam untuk merampas semula kedudukan tadi. Pasukan ini menyerang melalui kawasan Jats yang menyangka tembakan itu dari Jepun. Serangan balas ini gagal lagi! Jam 1000 menunjukkan tewasnya British dan pegawai pemerintah juga terbunuh.

24.Pada 12 Disember, Jeneral Murray Lyon meninjau markas Briged 15, Jam 0900 beliau diberitahu telah kehilangan 2 batalion dan kemarahannya memuncak apabila mendapati Brig Carpendale telah mengguna sepenuhnya kekuatan anggota sehingga kepada pasukan simpanan!. Trupnya keletihan yang amat sangat dan hilang semangat. Lantas Jen. Murray Lyon memohon izin Panglima Malaya Command memalui markas 3 Kor untuk berundur dari Jitra ke kawasan Gurun dan membuat pertahanan di sana.

25.Sementara itu, di pihak Jepun pula, Mejar Jen. Kawamura (Panglima Briged ke 9 Infantri telah membuat tinjauan di hadapan. Beliau memerintahkan agar pegawal hadapan Infantri yang telah bertempur berundur dan digantikan dengan Regimen 41. Arahan dikeluarkan untuk menyerang pada waktu malam di kawasan sebelah timur jalan raya itu. Regimen 11 pula diperintahkan menerang di sebelah barat serentak.

26.Jepun berjaya mengucar kacirkan pertahanan tengah British dan menumpaskan kompeni Jats di sebelah kiri sehingga memaksa kompeni Jats berundur ke tenggara kawasan. Sebelah kanan pula milik Leicestershire juga diasak. Jam menunjukkan 1430, Jepun akhirnya bertembung dengan 2/2 Gurkha di Sungai Bata. British menyerang balas melalui platun bergerak dari 2 East Surrey yang dihantar oleh 6 Briged. Tindakan ini telah menyebabkan kawasan kanan Leicestershire berjaya diselamatkan dari di kepung Jepun. Pertempuran berehat pada jam 1500.

27.Brig. Carpendale tersedar dari lamunannya, dia telah melakukan beberapa kesilapan. Pertahanan Jats dan Leicestershire dalam keadan yang amat kritikal. Arahan dikeluarkan kepada Leicestershire dan Jats. Jats ditugaskan untuk bertahan di kawasan Kelubi dan dibantu oleh kompeni Punjab di sungai Bata. Manakala Leicestershire di arahkan untuk bertahan di kawasan barat dan utara sungai itu. Tujuannya ialah untuk menyerang kawasan timur pada keesokan harinya.
Cadangan Brig. Carpendale..

28.Mencadangkan Brig.Lay agar pasukan East Surreys menyerang balas kawasan kiri dan utara Leicestershire. Ia dipersetujui oleh Jen. Murray Lyon. Kecuali…Pasukan East Surreys di tetapkan sebagai pasukan simpanan. Brig. Lay di arahkan mengundurkan dua kompeni East Surreys ke Kepala Batas untuk melindungi jambatan Sungai Kedah. Setelah Leicestershire dan 2/2 Gurkha bergabung dan berundur ke kawasan pengkalan udara.

29.Ternyata Brig.Carpendale ini lidah bercabang… lain yang dirancang, lain pula yang disuruh. Tiba tiba sahaja Brig. Carpendale membatalkan cadangannya itu. Ia bertujuan untuk Leicestershire menumpukan kepada tugas bertahan. Jam 1515, mereka diperintahkan berundur dari kawasan hutan di sepanjang Sungai Jitra ke jalan raya utama dan menuju ke selatan melalui Padang ke Sungai Bata. Disamping itu Jats juga berjaya diundurkan kecuali pertahanan kanan mereka yang gagal dihubungi.

30.Jam 1800, Jen. Murray Lyon tiba di Tanjong Pauh, beliau mendapat berita keadaan kelam kabut di jalan raya kerana dikatakan bahawa kereta kebal Jepun berjaya menyeberangi Sungai Bata. Beliau tiba di markas Divisyen jam 1830 dan satu laporan telah menantinya. Laporan mengatakan bahawa Leicestershire telah diserang dan Jats telah di tewaskan. Dikatakan juga Jepun telah menyerang 2/16 Punjab di Kelubi. Kajian beberapa pengkaji sejarah mengatakan bahawa laporan ini tidak benar sama sekali.

31.Dalam pada ketika itu, 3/16 Regimen Punjab dalam keadaan kritikal. Mereka tidak mampu bertahan lebih dari 3 hari. Jen. Murray Lyon berpendapat mereka patut diundurkan dari Jitra. Keputusan berundur itu dibuat pada malam itu juga ke seberang Sungai Kedah. Jam 1930, Panglima 11 Divisyen memohon permisi berundur dan membuat perlindungan di Gurun. Jam 2200 12 Disember, Jen. Murray Lyon memerintahkan agar 11 Divisyen berundur Ke Alor Setar.

32. Pada malam itu juga semua diarahkan berundur dari Jitra ke Alor Setar sejauh 15 batu dalam keadaan cuaca yang amat buruk melalui jalan utama. Penunduran yang amat perit ini dirasai oleh askar askar yang sudah hilang semangat dan keletihan. Tambahan pula mereka tidak terlatih dan terlalu muda.

33.Dalam pada itu juga, ada pasukan yang tidak menerima perintah berundur dan bertahan di kawasan mereka sehingga esok pagi. Mereka terpaksa bergerak dalam pasukan kecil dan banyak kehilangan kelengkapan perang. Ada yang berundur meredah sawah padi, paya, jalan kereta api ke Alor Setar dan ada juga melalui pantai Kedah.

Jepun di Jitra.

34.Disember 12, 1941. Jatuhnya Jitra. Malam 12 Disember.. serbuan Jepun terhadap jambatan Sungai Bata. Ia berjaya diusir semula oleh 2/2 Regimen Rifle Gurkha. Kemudian Gurkha ini meletupkan jambatan itu pada jam 0200 13 Disember. Kemudian mereka berundur ke pertahanan belakang oleh 2/9 Gurkha. Jam 0430, mereka semua berundur. Pasukan 2/6 Regimen Rifle Gurkha inilah yang terakhir meniggalkan Jitra.

tank

35.Subuh berlalu, Jepun menakluki Jitra. British telah meninggalkan 50 field gun, 50 heavy machine gun, 300 trak dan kereta perisai. Peluru dan makanan juga dirampas oleh Jepun yang mencukupi untuk satu divisyen selama 3 bulan!. Manakala askar India seramai 3000 orang menyerah diri kepada Detachment Saeki.

KESIMPULAN..

Jepun telah berjaya memalukan British. British banyak berdolak dalik dalam soal pertahanan. Pembatalan Ops Matador merupakan satu kesilapan yang amat besar.
Salam dan tabik hormat saya kepada semua warga warga veteran Kedah, datuk datuk dan nenek nenek yang masih hidup yang merasai keperitan hidup di serang dan hidup pada zaman perang. Ada antara mereka yang menjadi wira wira mempertahankan tanah Kedah bersama Malay Regiment.
Artikel akan bersambung lagi nanti. Saksikan episod akan datang.. SERANGAN KAMPAR.
Sekali lagi jutaan terima kasih kepada admin Tn Hj. Shah Paskal. Sebagai memperkayakan lagi bahan bacaan Blog MOM ini. Saya buka perbincangan kepada forumer forumer sekalian…
Sekian.

NOTA SHAHPASKAL : TERIMA KASIH FAISAL, BULAN POSA NI DEN LEBIH SUKA TIDOR DARI MENULIS

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Gambar Kes Pergaduhan <b>di Sungai Petani</b> ? - Berita Semasa

Posted: 18 Dec 2012 08:04 PM PST

Kes Gaduh Sungai petani

Pergaduhan di Sungai Petani : Ada yang mengatakan yang kami tidak prihatin dengan isu yang berlaku di Sungai Petani, Kedah yang dikatakan berlakunya baru-baru ini rusuhan kaum antara Melayu VS India yang berlanjutan berhari-hari di sana. Kata "mereka". Melayu jenis apa kamu ini Berita Semasa? Adakah kamu tidak sayang bangsa kamu sendiri?

Ha….benarkah? Kalau begitu kami daripada pasukan Berita Semasa akan menghantar satu bas untuk mempertahankan agama & Islam di Kedah, Malaysia sekarang ini juga. Allahuakhbar!!

Macam-macam versi cerita yang keluar mengenai insiden pergaduhan yang berlaku di Kampung Nahu, Sungai Petani Kedah baru-baru ini….Ini beberapa kemaskini yang dilakukan oleh segelintir individu yang sempat kami rakamkan untuk dikongsikan bersama anda di sini….

  1. Ada yang mengatakan kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
  2. Khabar angin kononnya ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat
  3. Dan macam-macam lagilah……

pergaduhan di sungai petani

"Ada yang mudah terpengaruh dan ada juga yang melakukan analisa berita terlebih dahulu sebelum membuat pertimbangan untuk terus mempercayainya"

Paya Nahu Sungai Petani Kedah

Erm…..Beginilah. Mengapa…..

Mengapa hati kita mudah tercuit & melatah dengan isu yang kadangkala diri sendiri tidak tahu pun hujung pangkalnya tetapi "semangatnya" melebihi daripada kalangan yang terlibat dalam kejadian tersebut?

Sepatutnya, biarlah polis atau pihak berkuasa kendalikan kes pergaduhan di Sungai Petani seperti ini. Yang sampai nak panggil gangster lain mengapa? Sejak bila pula golongan gangster ini jadi pelindung rakyat? Ada termaktub dalam perundangan? Bukankah sudah terang lagi bersuluh pergaduhan di Sungai Petani bermula melibatkan gangster & samseng. Selesaikan masalah ini dengan menghapuskan semua gangster dan kongsi gelap di Malaysia. Boleh?

Kami melihatkan ada segelintir pihak menangguk dalam air keruh apabila melibatkan insiden pergaduhan samseng sehingga seperti mahu melihatkan rusuhan di Sungai Petani benar-benar terjadi. Jadi besarlah harapan kami agar, rakyat marhean tidak perlulah terlalu mengikut emosi mempercayai rusuhan di Sungai Petani, Kedah benar-benarterjadi dan biarkan polis menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya….

"Tidak perlulah melibatkan kaum dan agama dalam isu-isu seperti ini semata-mata mahu menghalalkan tindakan daripada segelintir pihak seperti _____ & _______"

Ayahanda Cik Joe Sungai Petani

Hakikatnya, insiden pergaduhan di Sungai Petani awal pagi 16 Disember 2012 di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu yang lalu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya ataupun melibatkan Islam. Siapa kata? PDRM kata!

pergaduhan di sungai petani

Bagaimana Isu Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Boleh Timbul? (Terkini)

  • Sebenarnya, kes pergaduhan di Sungai Petani berpunca daripada kes lumba motor, masing-masing mahu tunjuk hebat antara satu sama lain. Apabila tidak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu
  • Pihak polis sudah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar
  • 13 suspek telah ditahan reman dan 5 yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana 4 daripadanya sudah dibenarkan pulang
  • Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan

Rusuhan Kaum Sungai Petani

P/S : Kadang kala sesuatu masalah dan isu boleh diselesaikan dengan baik, tetapi disebabkan segelintir pihak inilah yang kerapkali bertindak mengikut emosi boleh menyebabkan keadaan boleh bertambah menjadi lebih teruk sebenarnya…

PP/S : Harapan kami, hentikanlah menyebarkan berita palsu ini (kes pergaduhan di Sungai Petani contohnya) tidak kira melalui Facebook, Twitter atau SMS yang mendorong kepada perkara tidak sihat. Lebih banyak keburukan kepada masyarakat kita sebenarnya…

Tempat-tempat untuk membeli belah <b>di Sungai Petani</b> ( Shopping <b>...</b>

Posted: 21 Aug 2013 11:16 AM PDT


Kali ini sesaja nak tulis and share tentang tempat-tempat untuk membeli belah khususnya bagi kaum wanita melepaskan gian jika berkunjung ke sini.

1. Amanjaya Mall

 Lokasinya yang strategik iaitu berhampiran susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dan berdekatan dengan Lot 88. Selain itu terdapat banyak pusat perniagaan yang baru dibuka di sekitar kawasan ini.

2. Tesco Sungai Petani (U)

Tesco Sg Petani utara terletak di kawasan Lagenda Heights, berdekatan dengan kawasan perumahan Taman Ria. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan seperti tempat makan, petrol station,bank, kedai buku, kedai roti dan juga kedai 24 jam Seven Eleven serta kedai mamak Nasmir dan Restoran Makbul.

 

3. Village Mall

Village Mall antara yang mendapat tempat dihati anak-anak muda untuk menonton wayang serta membeli belah.  Terletak berdekatan dan bersebelahan dengan Tesco Utara. Bolehlah singgah kalau datang area sini.

4. SP Plaza

 Bangunan membeli belah ini terletak di tengah pusat bandar Sungai Petani berhampiran dengan landmark Sungai Petani iaitu Menara Jam Besar dan Dataran Zero Kilometer.

5. Central Square Sungai Petani

Pusat membeli Central Square Sungai Petani antara destinasi membeli belah yang popular bagi remaja dan orang muda di sini.Pelbagai barangan boleh didapati disini seperti alat telekomunikasi, kedai komputer, pejabat pos, farmasi, kedai emas, kedai makanan segera KFC, McD dan PizzaHut.

6. Tesco Sungai Petani Selatan

Tesco Sungai Petani Selatan terletak dekat di kawasan perindustrian Bakar Arang berhadapan dengan Kilang Sharp Bakar Arang. Pusat membeli belah ini berdekatan dengan Tol Sungai Petani Selatan.

                                                
 

7. Giant Hypermarket Sungai Petani

Pasaraya Giant terletak di persimpangan lampu isyarat susur keluar dari Lebuhraya PLUS exit Sg Petani Selatan.  Lokasi strategik bagi penduduk di kawasan sekitarnya seperti Tikam Batu, Taman Sejati, Taman Semarak, Batu Lintang dan Bakar Arang

8. Parkson Sungai Petani
Pasaraya ini terletak berdekatan dengan Hotel Emerald Puteri, Park Avenue Hotel dan Northern Loddge .

Selain dari itu jugak terdapat lain-lain tempat membeli belah yang terdapat di Sungai Petani seperti
Gmart, Pasaraya Billion dan Econsave.

Jika inginkan suasana membeli belah disebelah malam bolehlah singgah di Uptown Sungai Petani yang dibuka pada hujung minggu. Uptown ini terletak ditengah-tengah pekan Sungai Petani berdekatan dengan Bank Rakyat/Telekom dan Pejabat Agama Sungai Petani. Harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan dan terdapat pelbagai barangan yang boleh dibeli disini.

Datang jangan tak datang....

TV9 - Lagi Kes Kejadian Tembak <b>Di Sungai Petani</b>

Posted: 26 Aug 2013 09:55 PM PDT

27 Aug 2013, 12:55pm by Syuhada Rais


Lagi kejadian kes tembak.

Kali ini berlaku di Sungai Petani, Kedah.

Seorang penternak lembu berusia 30-an cedera apabila ditembak ketika sedang memandu lori yang membawa muatan makanan lembu, lewat petang semalam.

Ketika kejadian mangsa sedang memandu lori berkenaan dari arah padang serai menghala ke Kampung Sentero, Bukit Selambau, Sungai Petani.

Suspek yang menunggang motosikal datang dari arah belakang;

Melepaskan beberapa das tembakan rambang ke arah mangsa.

Suspek kemudiannya terus melarikan diri dengan memecut motosikal sejurus kejadian.

Mangsa yang terkejut dengan insiden tembakan itu gagal mengawal lorinya dan terbabas ke dalam longkang.

Mangsa yang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim,  Sungai Petani dilaporkan stabil.

Dan hanya mengalami kecederaan di dua jari sebelah kanan akibat terkena tembakan yang dilepaskan susupek.


02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


BN kekal kemenangan <b>di</b> Parlimen <b>Merbok</b> – Perak Today

Posted: 19 Aug 2013 05:00 AM PDT

MAHKAMAH

ALOR SETAR – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di kawasan Parlimen Merbok selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen difailkan calon PKR Nor Azrina Surip yang mempertikai keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 bagi kawasan itu.

Hakim Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen difailkan Nor Azrina 'cacat' kerana pempetisyen gagal mengemukakan fakta penting untuk menunjukkan tindakan boleh diambil terhadap responden.

"Petisyen ini cacat, fakta tidak lengkap. Saya juga tidak berhasrat membazirkan masa mahkamah untuk perbicaraan penuh. Pempetisyen juga tidak menyatakan responden pertama, kedua dan ketiga tidak mematuhi undang-undang pilihan raya yang mana?.

"Mesti ada kaitan dengan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, Akta Kesalahan Pilihan Raya. Mesti datang dengan fakta dan alasan yang lengkap," katanya.

Dalam petisyen itu, Nor Azrina menamakan anggota Parlimen Merbok Dr Ismail Daut dari BN sebagai responden pertama manakala Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Merbok sebagai responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) responden ketiga.

Hadhariah memerintahkan pempetisyen membayar kos RM30,000 kepada Ismail dan RM15,000 masing-masing kepada responden kedua dan responden ketiga.

Nor Azrina diwakili peguam Gooi Hsiao Leung, Ismail diwakili peguam Datuk Hashim Jahaya manakala responden kedua dan ketiga diwakili peguam persekutuan L.Chandra Devi, Nurulhuda Nur'Aini Mohd Nor, Nik Mohd Noor Nik Kar dan Farah Azlina Latif.

- BERNAMA

Munajat Membantah Kekejaman Kudeta Mesir <b>di</b> Padang <b>Merbok</b>

Posted: 18 Aug 2013 10:19 PM PDT

Selamat Datang ke Blog Cahaya Kehidupan Tauhid kepada seluruh yang mencintai Perjuangan Islam , Perjuang Ahli Sunnah Wal Jamaah . Harap kita menjadi rakan bersama untuk bekerja untuk Islam secara sukarela dan Ikhlas semata kerana Allah , bukan atas kepentinggan nama, harta , pangkat dan keduniaan . Saya Muhammad Fazilul Helmi Bin Raidzan menjemput seluruh saudara Islam ke blog ini dan saya harap kita bersangka baik sesama saudara Islam , biar kita beradab dalam perbezaan pendapat . Saya harap seluruh saudara Islam dapat berkongsi Ilmu dan pandangan bersama

Diharapkan kita dapat menafaatkan medan ini sebagai medan untuk berbakti dan memberi sumbangan kepada Islam , moga kita dapat berjasa untuk Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk di Internet

TEL: 013-4044259

#Blackout505 : Gambar Sekitar DEMO <b>Di</b> Padang <b>Merbok</b>, Kuala <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2013 06:35 AM PDT

Walau berdepan kesulitan dan amaran keras pihak berkuasa, Pakatan Rakyat meneruskan acara kemuncak perhimpunan 'Black 505' di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini.

Kumpulan perserta berkenaan dijadualkan berhimpun di tujuh lokasi utama yang ditetapkan dan akan berarak dari lokasi masing-masing ke padang itu - sebagai tanda bantahan mereka terhadap dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu.

Tujuh lokasi tersebut adalah di Jalan Pekeliling, ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, kawasan sekitar Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan, Brickfields, Universiti Malaya dan Masjid Negara.

Wakil parti politik dan NGO akan mengetuai peserta perhimpunan yang bakal memenuhi padang tersebut petang ini.

NONEPenganjur berkali-kali menegaskan bahawa perhimpunan hari ini akan berlangsung dengan aman, walau polismendakwa peserta akan menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa dan mencetuskan huru-hara.
Kumpulan peserta ini membawa tiga tuntutan utama - menuntut kepimpinan SPR meletak jawatan, mengadakan pilihan raya semula bagi 30 kawasan, dan menghentikan persempadanan semula sehingga kepimpinan SPR baru dilantik.

Cuaca di Kuala Lumpur hari ini cerah, namun agak berjerebu.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan terus ke Padang Merbok dan tidak menyertai perarakan.


Setakat jam 2 petang ini, dianggarkan seramai 10,000 orang telahpun berhimpun di lokasi berasingan dan akan bergabung di Padang Merbok.

LAPORAN LANGSUNG

5.50pm: Padang Merbok - Sebanyak 30 buah khemah  telah didirikan di atas Padang  Merbok.

Jurucakap SMM, Ehsan berkata, mereka menjangkakan seramai  100 orang  yang akan berkhemah pada hari ini.

Pada ketika ini juga orang ramai mula bersurai dari Padang Merbok.


5.30pm: Padang Merbok -Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya mendesak kepimpinan SPR meletak jawatan.

Katanya, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf secara khususnya perlu meletak jawatan berhubung kegagalannya dalam isu penggunaan dakwat kekal.kl black505 event 220613Katanya lagi, timbalan Abdul Aziz pula, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula bersikap sombong.
"Kamu tidak layak (memimpin SPR). Kamu bicara dengan sombong. Orang ini sepatutnya didakwa di mahkamah," katanya.

Beliau juga memberi amaran kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar tidak mempertahankan SPR.



"Kamu dah hilang mandat. Kamu tak sanggup ambil tindakan kepada mereka sebab mereka berjasa kepada Umno," katanya.NONEAnwar juga menyatakan alasan di sebalik usul Pakatan untuk melantik Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai speaker Dewan Rakyat.

"Kita ketengahkan beliau kerana, kita tidak mahu jadi alat pekakas Umno.

"Kedua, kita tidak mahu disalahtafsir sebagai menghina Yang di-Pertuan Agong memandangkan keesokan hari, Tuanku akan merasmikan sidang parlimen.

Dalam ucapan selepas itu, pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin pula berkata NGO berkenaan serta pergerakan siswa SMM akan terus berkhemah di Padang Merbok.

5.10pm: Padang Merbok - Salahudin Ayub berkata walaupun beliau kalah dalam pilihan raya, tetapi beliau telah berjanji akan teruskan perjuangan 'Black 505'.

NONE"Saya tak akan lari dan berundur, selagi BN tidak undur dan tersungkur dari bumi Malaysia.

"Kawan Tiong chua kata, kalau saya tak menang pilihan raya boleh pergi Hong Kong, boleh berlakon filem sebab muka saya macam Jackie Chan. Tapi itu bukan pilihan saya,

"Saya di sini untuk tumbangkan mereka tak lama lagi. Kita perlu berjuang hari ini, esok, bulan depan, selagi tak selesai.Kita berjuang atas nama kebenaran," katanya.

Dalam ucapan sebelum itu, aktivis mahasiswa Adam Ali merayu rakyat supaya keluar daripada zon selesa dan merayu supaya pertahankan Dataran Merbok sehingga kepimpinan SPR letak jawatan.

"Mahu seluruh turun ke Dataran Merbok perlu pertahan, jangan dirampas kembali kepada kuasa yang angkuh.

"Jangan sia-sia perjuangan ini. Nak menang perlu perjuang terlebih dahulu. Kita datang untuk menang bukan untuk pulang. Kita akan robek kekuasaan BN," katanya.

4.50pm: Padang Merbok - Aktivis Hishamuddin Rais dalam ucapannya berkata beliau sering berpendapat bahawa usaha untuk menukar kerajaan melalui pilihan raya adalah jalan yang mustahil.



"Saya sering katakan, mustahil.

"(Caranya) Jalan raya, jalan raya," katanya berulang kali.

Beliau memberi amaran bahawa golongan anak muda akan terus berkhemah di Padang Merbok sekiranya pemimpin SPR tidak meletak jawatan pada hari Isnin.

4.40pm: Padang Merbok - Dua orang pegawai penguatkuasa DBKL tiba ke kawasan  khemah yang didirikan dan meminta para peserta untuk merobohkan struktur tersebut.

kl black505 event 220613Seramai 20 orang peserta yang tidak berpuas hati dengan amaran itu kemudiannya mengerumuni dan mengasak pegawai tersebut.

Salah seorang daripada pegawai tersebut kemudiannya beredar dari kawasan tersebut.

Namun rakannya membalas asakan para peserta dan menolak salah seorang dari anggota kumpulan terbabit sehingga individu tersebut terjatuh.

Susulan itu, pegawai terbabit terpaksa diiring oleh sekumpulan kira-kira 10 orang pegawai DBKL lain serta unit amal PAS sehingga ke satu van milik DBKL.

Van tersebut kemudiannya dikerumun oleh sekumpulan 50 orang lagi peserta himpunan yang kelihatan marah dengan tindakan pegawai tersebut sebelum itu.

Pegawai tersebut kemudiannya dibawa meninggalkan kawasan itu dengan satu kenderaan lain, dengan iringan polis

4:35pm: Padang Merbok - Beberapa orang peserta dari kalangan aktivis SAMM, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan NGO Suara Rakyat 505 mendirikan lima buah khemah di bahagian tengah Padang Merbok.

NONEMenurut jurucakap SMM, Ehsan Bukharee berkata, lebih banyak lagi khemah akan didirikan selepas ini.

4.30pm: Padang Merbok - Pengerusi majlis Badrul Hisham Shaharin mengumumkan bahawa perhimpunan hari ini berjaya mengumpul kehadiran lebih 55,000 orang.

Beliau juga meminta para peserta agar tidak bersurai sehingga polis membebaskan naib presiden PAS Datuk Husam Musa.

4.00pm: Ampang - Naib presiden PAS Husam Musa dalam satu kiriman SMS berkata beliau ditahan dan dibawa ke balai polis Ampang.

Katanya, beliau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.



Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dijangka mempunyai kaitan dengan kenyataannya beberapa hari lalu berhubung kehadiran ke perhimpunan 'Black 505' hari ini.

NONESementara itu di Padang Merbok, bekas MB Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam ucapannya berkata Pakatan Rakyat memenangi undi sebanyak 55 peratus di Perak, manakala BN hanya 44 peratus.

Katanya, Ini membuktikan rakyat tolak BN, dan mahu pr terajui kerajaan.

Katanya, peguam PAS telah hantar lapan petisyen pilihan raya bagi membukti segala salah laku yang didakwa yang dibuat oleh BN.

"Kalau dua petisyen kalah, dia akan tumbang di Perak. Tuan-tuan nak tgk BN tumbang di Perak? Jadi doa terus.

"Dari lapan, kita mohon dua utk menyebelahi kita dan tumbang bn dan zambry. Itu permintaan drpd Pakatan Perak," katanya.



3.23pm: Padang Merbok - Timbalan Speaker Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kehadiran orang ramai ke perhimpunan itu membuktikan semua ancaman oleh Umno dan BN tidak berkesan.

Katanya, ini kerana orang ramai mempunyai pesanan yang jelas iaitu "pilihan raya pada 5 Mei dimenangi rakyat dan Umno-BN ditewaskan".

NONE3.37pm: Padang Merbok - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga mula berucap dengan menegaskan bahawa gabungan itu menyokong Black 505 untuk mendesak pengerusi SPR meletakkan jawatan.

3.25pm: Padang Merbok - Pemimpin PKR Datuk Johari Abdul umumkan jumlah peserta di Padang Merbok cecah 30,000.

Beberapa pemimpin utama Pakatan akan berucap tidak lama lagi. Pemimpin NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard sedang mempengerusikan majlis.

3pm: Padang Merbok - Bekas speaker DUN Perak V Sivakumar berkata, pembangkang mendapat 118,000 undi lebih banyak daripada BN di negeri itu.

Oleh itu, katanya, Pakatan sebenarnya "tidak kalah" di Perak.

Beliau juga berkata akan mencalonkan dirinya sendiri untuk menjadi speaker dewan sekali lagi.

NONEBeliau juga mengingatkan, BN juga boleh menjadi mangsa pertukaran kerajaan menggunakan kaedah sama yang berlaku secara kontroversi pada 2009.

Beliau bercakap kepada kira-kira 20,000 peserta di Padang Merbok.

Sementara itu, di tempat sama, pengarah Perhimpunan Black 505 Rafizi Ramli ketika ditemui sejurus tiba di Padang Merbok berkata, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka tiba pada jam 4 petang untuk memberikan ucapan.

Beliau juga turut memberi jaminan bahawa perhimpunan pada hari ini juga akan berakhir pada kira-kira jam 7 petang.

"Kita jangka menjelang Maghrib perhimpunan ini dah bersurai," katanya.

2:45pm: Jalan Parlimen - Peserta dari Jalan Sultan kini tiba di Padang Merbok. Di sepanjangJalan Parlimen kira-kira 500 orang sedang menunggu di tepi jalan untuk menyertai perarakan itu.

Peserta kini sedang memenuhkan Padang Merbok.

Di sekitar Padang Merbok kelihatan anggota polis di beberapa penjuru padang bagi memerhati perhimpunan.


NONE2.45pm: Jalan Parlimen - Kumpulan peserta yang berarak dari ibu pejabat PAS, Sogo dan Brickfields kini bergabung di Jalan Parlimen dan seterusnya bergerak ke Padang Merbok.

Sementara itu di Padang Merbok, sejumlah kira-kira 3,000 orang sudahpun berkumpul dan mendengar ucapan dari MP Sungai Petani Johari Abdul.

Beliau menasihati para peserta agar tidak memusnahkan harta awam, menjaga kebersihan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

2.42pm: Jalan Parlimen - Lebih 5,000 peserta yang bergerak dari Sogo di Jalan TAR memasuki Jalan Parlimen dan menuju ke Padang Merbok.



Sebahagian dari peserta berkenaan yang terdiri daripada golongan muda menyanyi 'anak muda tolak BN" sambil bertepuk tangan.

2.30pm: Jalan TAR - Kumpulan peserta dari ibu pejabat PAS bergabung dengan peserta di hadapan kompleks membeii-belah Sogo dan bersedia untuk meneruskan perjalanan.



NONEKumpulan berkenaan turut melaungkan takbir serta slogan "Tumbang SPR", "SPR penipu" dan "Reformasi".

2.20pm: Jalan Parlimen - Tren komuter KTMB yang sepatutnya bergerak melalui jambatan, yang merentasi Jalan Parlimen berhampiran Bank Rakyat, terpaksa berhenti seketika kerana terdapat peserta himpunan yang berdiri di atas landasan.

Peserta berkenaan memenuhi kawasan landasan itu untuk merakam video dan gambar perarakan peserta lain yang menuju ke Padang Merbok.



NONE2.12 pm: Jalan Raja Laut - Sekumpulan 2,000 orang yang diketuai naib presiden PAS Salahuddin Ayub berjalan melawan arus kenderaan menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Mereka akan bergabung dengan kumpulan yang menunggu di hadapan kompleks membeli belah Sogo.

2.10pm: Jalan TAR - Sejumlah 2,000 orang menunggu ketibaan satu lagi kumpulan yang berarak dari ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Mereka seterusnya akan meneruskan perarakan ke Padang Merbok.

2pm: Brickfields - Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengetuai 1,000 orang berarak ke Padang Merbok.


NONEDalam ucapannya sebelum itu, Nurul menangkis kenyataan polis bahawa peserta perhimpunan akan melakukan provokaasi ke atas pasukan keselamatan.

"Kenyataan itu tidak berasas," katanya yang turut meminta para peserta agar menjaga keselamatan anak-anak, terutama dalam keadaan cuaca berjerebu.

Sementara itu di Jalan Sultan, seramai kira-kira 2000 peserta yang berkumpul juga mula berarak ke Padang Merbo.

Mereka akan melalui Jalan Hang Kasturi, Jalan Tan Cheng Lock,  Jalan Tun H.S Lee, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Parlimen dan seterusnya menuju ke Padang Merbok.

Pergerakan kumpulan berkenaan dibantu oleh anggota polis trafik yang membantu mengawal lalu lintas.



1.55pm: Masjid Negara - Sekumpulan 5,000 orang yang berhimpun di Masjid Negara mula berarak ke Dataran Merdeka selepas menunaikan fardu Zohor.

Kumpuian berkenaan dikawal oleh unit amal PAS, dan diketuai timbalan presiden PKR Azmin Ali.

1.20 pm: Dataran Merdeka - Seramai kira-kira 150 orang yang rata-rata berpakaian baju-T hitam sedang duduk-duduk berhampiran Dataran DBKL bersebelahan Dataran Merdeka.

Kumpulan ini menunggu untuk menyertai perarakan kumpulan lain dan seterusnya menuju ke Padang Merbok.


Selain itu, terdapat juga beberapa individu yang mengambil peluang untuk menjual kain selempang dan ikat kepala dengan yang mempromosi perhimpunan 'Blackout 505'.

1.12pm: Jalan Raja Laut - Salahuddin Ayub yang hadir bersama kira-kira 500 orang penyokong berkata PAS kesal dengan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Saleh yang mendakwa peserta akan melakukan kekecohan dalam perhimpunan ini.

NONE"Kita kesal dengan kenyataan ketua polis Kuala Lumpur yang dengan sengaja mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, provokasi, bahawa peserta mahu pertempuran.

"Kita yakin, kita adakan secara aman, kita ada rekod cemerlang dalam Bersih dan siri Blackout, terbukti aman, dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan tak cetus provokasi... Itu komiten kita, kita tak bawa senjata," katanya.

Turut hadir di perkarangan bangunan ibu pejabat PAS itu ialah ahli parlimen Kuala Terengganu Raja Bahrin.

1:10pm: Jalan Sultan – Jumlah peserta kini bertambah kepada seramai kira-kira 1,500 orang, yang dipimpin pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.

NONEBadrul Hisham dalam ucapannya dari atas sebuah lori di kawasan berkenaan memimpin peserta untuk melaungkan slogan "SPR Penipu", "Jahanam SPR" dan "Bangkit rakyat".

Turut hadir di perhimpunan itu ialah seorang peserta Orang Kurang Upaya (OKU)  yang menggunakan kerusi roda, Fennix Lim, 25.

Katanya, beliau datang dari Kluang Johor dengan menaiki van bersama rakannya, semata-mata untuk menyertai perhimpunan ;Black 505'.

Menurutnya, beliau ingin menuunjukkan kepada kerajaan bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menolakkan keputusan pilihan raya umum yang lalu.

"Sebagai rakyat Malaysia saya nak tunjuk pasa kerajaan dan SPR yang kita semua menolak SPR. Saya datang demi demokrasi," katanya.

1.10pm: Masjid Negara - Naib presiden PKR Azmin Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman disambut oleh para peserta sebaik tiba di kawasan masjid.



Kumpulan penyokong ini akan menunaikan fardu Zohor sebelum memulakan perarakan ke Padang Merbok.NONE1pm: Universiti Malaya - Seramai kira-kira 100 orang berhimpun di kawasan Masjid Ar-Rahman, di kampus ini.
Kebanyakan daripada peserta tersebut terdiri dari golongan muda dan aktivis siswa, yang akan berarak ke arah Brickfields dan bergabung dengan satu lagi kumpulan di situ.

Beberapa orang pemimpin parti turut menyampaikan ucapan, termasuk MP Bukit Katil Shamsul iskandar Md Akin dan aktivis siswa Adam Adli.

12.30pm: Brickfields - Kumpulan pendesak Justice for Beng Hock muncul di satu kawasan berhimpun – Brickfields – untuk membangkitkan mengenai kes kematian K Murugan, yang merupakan pembantu politik kepada calon parlimen Tapah, K Vasantha Kumar.

Jurucakap kumpulan tersebut, Ng Yap Hwa berkata beliau dan Vasantha akan menyerahkan satu memorandum kepada ahli Parlimen pada 27 Jun bagi menggesa agar siasatan dijalankan ke atas kes berkenaan.

Kumpulan yang berhimpun di kawasan berkenaan, sementara menunggu untuk memulakan perarakan ke Padang Merbok, memenuhi kawasan gerai berdekatan.

12.28pm: Jalan Raja Laut - Ketika ditemui pemberita di luar ibu pejabat PAS, ahli parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berkata perhimpunan kali ini sebagai menunjukkan rasa tidak puas hati interaktif SPR dengan perjalanan PRU- 13.

NONE"Mereka sering mendakwa kalau tak telus, bagaimana boleh menang tiga negeri menang.

"Kita kata, sebab tak telus, kita menang tiga negeri. Kalau telus, 13 negeri kita menang," katanya.

Katanya, beliau melihat kehadiran anak-anak muda daripada pelbagai kaum, datang sukarela dan mereka mahu tadbir urus SPR berjalan dengan baik.

Mengulas andaian bahawa peserta akan melakukan kekecohan sewaktu perhimpunan ini, Idris berkata ia hanya andaian sahaja.

Sedangkan sebelum ini banyak perhimpunan dianjurkan oleh pembangkang dan NGO seperti Bersih, Himpunan Kebangkitan Rakyat, mansuhkan Felda Global Venture berjalan dengan aman.

"Semuanya aman elok. Tak ada provokasi. Kalau Bersih 1, sebiji pasu bunga tak pecah," katanya sambil menegaskan bahawa perhimpunan ini akan berjalan aman

"Insya-Allah. Kita disiplin. Kita ada trek rekod. Kita cakap berdasarkan," katanya.

Kira-kira 250 peserta telah mula berada di ibu pejabat PAS, ketika ini.

12.24am: Jalan Sultan - Memandangkan cuaca jerebu, terdapat peserta yang kelihatan memakai topeng muka. Penjual topeng muka juga mengambil kesempatan menjual di tepi Jalan Sultan kepada peserta perhimpunan.

1205am: Masjid Negara - Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian dan pemerhati Majlis Peguam yang juga anggota jawatankuasa BERSIH Andrew Khoo kelihatan tiba.


NONE12:00pm: Jalan Sultan - Seramai kira-kira 200 orang peserta mula membanjiri satu kawasan kaki lima di Jalan Sultan.

Kegiatan kumpulan berkenaan, yang turut mengumpul tandatangan untuk satu petisyen bagi membantah satu projek pembinaan di kawasan terbabit, diawasi beberapa orang anggota polis berpakaian seragam.

Turut kelihatan tiga anggota polis trafik bagi membantu melancarkan aliran lalu lintas di jalan itu. NONE12pm: Brickfields - Ratusan sudah berkumpul di Tun Sambathan. Suasana juga mula bingit dengan sorakan dan bunyi vuvuzela.

Mereka juga memaparkan kain rentang memuatkan tiga tuntutan, antaranya supaya pengerusi SPR dan timbalannya berundur dengan segera.

Secara kreatif, seorang peserta hadir dengan pakaian dan solekan ala-hantu, sebagai langkah sinis terhadap dakwaan wujudnya pengundi hantu dalam pilihan raya umum lalu.

Penampilannya itu menarik perhatian pelbagai pihak. 'Hantu' itu juga membawa kota bertulis SPR.

11.45am: Sogo - Sebuah kedai roti dekat pintu masuk di kompleks membeli belah itu mungkin ditutup separuh hari. Pelanggannya sudah mencecah 200 orang.

Pekerjanya memberitahu, mereka masih menunggu "arahan" untuk itu. Mereka juga mengambil gambar pelanggannya bagi membantu atasan mereka membuat keputusan.

Bagaimanapun, perniagaan mereka nampak menguntungkan hari ini apabila ia menjadi tempat peserta perhimpunan dan wartawan bersarapan.

11.35am: Masjid Negara - Anggota PKR Tan Teck Huang, 47, antara yang berkumpul di Masjid Negara. Beliau bertolak dari Muar, Johor bersama saudaranya dan tiga lagi untuk ke perhimpunan hari ini.

Katanya, ekoran cuaca di Muar teruk dicemari jerebu,menyertai perhimpunan di Kuala Lumpur hari ini amat dinikmati.

"Pada mulanya saya jangkakan tidak ramai orang akan hadir kerana ia dibuat selepas pilihan raya. Saya terkejut dengan jumlah orang ramai yang berkumpul di sini," kata pekerja separuh masa dalam sektor pendidikan itu.

11.30am: Padang Merbok – Keadaan di kawasan utama perhimpunan masih tenang dan para peniaga dilihat mula membuka gerai di kawasan letak kereta berhampiran padang tersebut, dan juga di sepanjang Jalan Parlimen.

Dianggarkan, seramai 200 orang peserta berada di kawasan tepi padang yang diteduhi pokok sementara menunggu acara kemuncak – dijangka bermula pada jam 3 petang.



NONE11.05am: Masjid Negara - Sejumlah 14 buah bas yang membawa peserta perhimpunan dari Pulau Pinang, Kedah, Johor, Pahang dan Terengganu diparkir di kawasan berhampiran Masjid Negara.

Sebanyak 50 buah kereta juga diparkir di bahu jalan di hadapan masjid dan kawasan ini mula mula dipenuhi orang ramai.

Gerai yang dibuka di kawasan masjid menjual barangan seperti baju-T dan makanan manakala para peserta dilihar berlegar di sekitar kawasan berkenaan.

Antaranya, Mazlan Mukhtar, 47, dari Nibong Tebal, Penang yang berkata beliau memandu sejak tengah malam tadi dan tiba pada jam 5 pagi.

"Saya menyertai kesemua perhimpunan termasuk di Kelana Jaya, Petaling Jaya dan himpunan BERSIH," katanya.

NONE10.50am: Jalan TAR - Sekumpulan kira-kira 100 orang peserta perhimpunan dilihat berkumpul di kawasan pintu masuk ke pusat membeli belah Sogo.

Naib presiden PKR Tian Chua dijangka akan menyertai kumpulan berkenaan dan seterusnya berarak ke Padang Merbok.

Kebanyakan para peserta merupakan kelompok penyokong PAS yang memakai baju berwarna hitam.

10.40am: Jalan Raja Laut - Seramai empat orang peguam daripada Majlis Peguam hadir sebagai pemerhati kepada perhimpunan Black 505.

Kawasan itu juga dipantau sepasukan lima orang anggota polis, yang tiba dengan sebuah kenderaan peronda.

NONE10.30am: Jalan Sultan - Seramai kira-kira 30 orang mula berkumpul di kaki lima Jalan Sultan sambil memegang bendera PAS DAP dan PKR.

Mereka turut meniupkan wisel meminta pemandu yang melalui jalan itu membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Seorang peniaga, Abdul Kader Mydin, 50, yang telah berniaga selama 40 tahun di kaki lima Jalan Sultan berkata, kehadiran peserta himpunan Black 505 tidak mengganggu perniagaannya.

NONE"Tak adalah. Mana ada ganggu. Buat apa saya mahu tutup (kedai). Tak bahaya pun," katanya.

Seorang pemilik hotel murah pula, Steven Yong, 70, juga berkata  perhimpunan yang diadakan pada hari ini tidak menganggu peniaga.

Beliau yang membuka hotel berkenaan sejak tahun 1973 di Jalan Sultan, berkata peserta pehimpunan kini bijak dan tidak akan menyebabkan peniaga kerugian.

"Mereka ini ada baca punya orang (orang berpelajaran). Mereka takkan ganggu dan buat kacau. Bila polis datang kacau baru jadi lain. Baru kita tutup," katanya.

10.20am: Dataran Merdeka - Laluan dari Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka dihalang oleh penghadang besi yang dipassang oleh petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.



Pasukan polis pula dilihat meletakkan kon di sepanjang Jalan Parlimen untuk menghalang pemandu meletakkan kenderaan di jalan berkenaan.

Anggota polis dan penguatkuasa DBKL dilihat berkawal di Jalan Parlimen.

10.00am: Jalan Raja Laut - Kira-kira 80 penyokong peserta Black 505 berada di perkarangan pejabat PAS untuk bersama kepimpinan PAS, yang akan berarak ke Padang Merbok.

NONEMereka merupakan antara yang tiba dengan dua buah bas dari Alor Setar, pada pagi ini di pejabat parti berkenaan.
Antaranya, Abdullah Abdul Rahman, 42, bekerja swasta yang berkata beliau cukup bersemangat untuk menyertai perhimpunan hari ini.

"Kita desak habis-habis untuk kepimpinan SPR letak jawatan. Kalau tidak sampai kiamat macam ni (tak ada perubahan)," katanya yang berasal dari Alor Setar.

Kumpulan peserta berkenaan dibekalkan dengan air minuman, yang disediakan di hadapan bangunan pejabat parti tersebut.



Selain itu, terdapat juga individu yang mengambil kesempatan untuk menjual baju-T dengan slogan 'Black 505' di kawasan berhampiran ibu pejabat PAS.

Pergerakan lalu lintas dilihat lancar, tanpa sebarang sekatan di sepanjang jalan berkenaan.