Jumaat, 13 September 2013

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Jun 2013 11:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Homestay <b>Changlun</b>, Kedah.: Homestay <b>Changlun di</b> Pekan <b>Changlun</b>

Posted: 27 May 2013 12:58 AM PDT

Apa kabar pengunjung homestaychanglun.com? Anda sedang mencari penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan ketika berada di Utara Tanah Air? Jangan risau, Homestay Changlun menyediakan perkhidmatan homestay di sekitar Pekan Changlun a.k.a Changloon. Untuk pengetahuan anda, Homestay Changlun kini terdiri daripada 4 unit homestay di Taman Mahogany yang terletak di tengah - tengah pekan Changlun, Kedah. Dengan lokasinya yang sangat strategik, dan berdekatan dengan prasarana, menjadikan Homestay Changlun tempat penginapan yang paling sesuai dan selesa untuk anda sekeluarga ketika:-
i)   bercuti bersama keluarga di sekitar utara tanah air (Kedah dan Perlis)

ii)  menghadiri majlis perkahwinan dan kenduri - kendara,

iii) menghadiri majlis konvokesyen di IPTA berdekatan. ((UNIMAP, UUM, PTSS, KMK, POLIMAS, IPDA, UITM Arau, Kolej Komuniti Arau, MRSM Arau)

iv) majlis pendaftaran pelajar di IPTA berdekatan. (UNIMAP, UUM, PTSS, KMK, POLIMAS, IPDA, UITM Arau, Kolej Komuniti Arau, MRSM Arau)

v) menghadiri seminar atau aktiviti di IPTA berdekatan. (UNIMAP, UUM, PTSS, KMK, POLIMAS, IPDA, UITM Arau, Kolej Komuniti Arau, MRSM Arau)

vi) terkandas atau terlepas feri ke Pulau Langkawi.

vii) jalan - jalan di Kuala Perlis, Bukit Kayu Hitam, Padang Besar, Bukit Tangga dan Jitra.



Bagi menjamin keselesaan penginap - penginap di Kedah Homestay, kami melengkapkan homestay ini dengan kelengkapan berikut:-


  •     3 bilik tidur yang luas dan selesa. (Semua bilik dilengkapi penghawa dingin)
  •     2 tandas dan bilik mandi.
  •     3 katil queen berset comforter.
  •     3 penghawa dingin.
  •     1 Mesin basuh automatik.
  •     2 Toto tambahan dan 4 unit bantal tambahan.
  •     Dapur dan perkakas memasak.
  •     Iron dan iron board.

Kadar Sewaan dan Pakej Homestay Changlun:-
Untuk tempahan sila hubungi saya di talian 013-4884421 (Yusri)


  •     Kadar sewa Homestay Changlun pada hari biasa adalah RM150 per malam

  •     Kadar sewa Homestay Changlun pada hari pendaftaran pelajar IPTA adalah RM 170 per malam

  •     Kadar sewa Homestay Changlun pada hari konvokesyen adalah RM200 per malam

Deposit RM50 per malam diperlukan untuk tempahan. Kami menerima bayaran secara tunai, cash deposit, kredit kad dan paypa.

Lokasi tumpuan di sekitar Homestay Changlun:-


Antara tempat - tempat tumpuan yang berdekatan dengan Kedah Homestay adalah seperti:-
1. Universiti Utara Malaysia (UUM) - 10minit
2. Universiti Malaysia Perlis (Unimap) - 10minit
3. Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) - 1minit
4. Universiti Teknologi MARA Arau (Uitm Arau) - 20 minit
5. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) - 10 minit
6. Kolej Komuniti Arau - 20minit
7. Sekolah Integrasi Bukit Kayu Hitam - 10minit
8. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) - 25minit
9. Kolej Komuniti Bandar Darul Aman -25minit
10. Bukit Kayu Hitam - 10minit
11. Pekan Kuala Perlis -  30 minit
12. Pekan Jitra - 15 minit



Antara kemudahan - kemudahan di Pekan Changlun adalah:-
12. Restoran Nasi Kandar (Yasmeen)

Gambar 1: Ruang tamu (Homestay Changlun 1)
Gambar 2: Bilik Tidur 1 (Homestay Changlun 1)

Gambar 3: Bilik Tidur 2 (Homestay Changlun 1)
Gambar 4: Bilik Tidur 3 (Homestay Changlun 1)
Gambar 5: Ruang tamu (Homestay Changlun 2)
Gambar 6: Bilik Tidur 1 (Homestay Changlun 2)
Gambar 7: Bilik Tidur 2 (Homestay Changlun 2)
Gambar 8: Bilik Tidur 3 (Homestay Changlun 2)

Gambar kemudahan - kemudahan di sekitar bandar Changlun
Gambar 9: CIMB Bank Changlun, Kedah.


Gambar 10: Maybank Changlun, Kedah.
Gambar 11: Bank BSN Changlun, Kedah.
Gambar 12: Public Bank Changlun, Kedah.
Gambar13: Shopping Complex C-Mart Changlun, Kedah.


Gambar 14: KFC Changlun, Kedah.


Gambar 15: C-Kopitiam Changlun, Kedah.
Gambar 16: Marrybrown Changlun, Kedah.
Gambar 17: Pejabat Pos Changlun, Kedah.
Gambar 18: Restoran Yasmeen Changlun, Kedah.

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Rian Azianti: Today Last Day <b>di Sungai Petani</b>

Posted: 07 Sep 2013 06:35 AM PDT

Esok dah nak balik Araustralia. Wuhuuu. Malas pun ada bila fikir nak kena bangun awal pagi bersiap dengan mata merah konon mengantok lepas tu pergi kelas and so on. -.- Rasa macam nak pegang pen pun tak larat. Sebelum ni kemain rajin beli macam-macam buku nota sebab fikir "bila study nak tulis short note kat mana?" Cis. Padahal bila hujung sem belek balik buku, ada la kot dua tiga muka surat je yang bertulis.
Setiap semester pada mulanya mesti semangat "nak bergaya sikit, nak belajar rajin-rajin" sebab nak bagi nampak "cantik cerdik" tapi mai tengah semester or hujung-hujung semester mesti.... -.-" nak bangun pun malas, hentam pakai Tshirt sudah laaa. Buku? Alaaa, catat dalam handphone dah laaa. Nampak tak semangat tu dah takda. Dah hilang. Normal la tu kan.
Ahh. Malas nak bebel panjang-panjang.
Esok akan start gerak ke Arau. So, wish me luck untuk semester ke-4. Pejam celik pejam celik kejap je kan dah semester 4. Lagi 1 semester kat Arau lepas tu praktikal. Wuhuuu. Tak sabar rasanya nak habiskan. Tak mudah nak belajar sebenarnya *geleng kepala* stress tekanan semua ada. Anyway, semoga Allah permudahkan everything. Thank you Allah sebab bantu saya sampai tahap ni.
Nota ringkas: Good luck for me and my friends :)

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


DUNIA ITU: 63 rumah <b>di Kodiang</b> rosak akibat ribut

Posted: 02 Apr 2013 02:44 AM PDT

Pelatih Giatmara membantu mengalihkan zink yang rosak di Kampung Paya Pida 1. - Foto Shahrizal Md Noor/bh]


 JITRA - Sebanyak 63 rumah di tiga kampung di Kodiang dekat sini rosak teruk terutama di bahagian bumbung selepas dilanda ribut petang semalam.

Kejadian kira-kira 6 petang itu melibatkan 45 rumah di Kampung Paya Pida Satu, 13 di Kampung Pida Empat dan lima di Kampung Kandis dengan jumlah kerugian keseluruhan hampir RM1 juta.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

Seorang mangsa kejadian itu, Habsah Ahmad, 69, dari Kampung Paya Pida Satu berkata ketika kejadian, dia bersama tiga anak dan menantu serta tiga cucunya berusia antara tiga bulan dan lima tahun berada di rumah.

Katanya dia yang terdengar bunyi deruman angin kencang sehingga bumbung rumahnya diterbangkan angin melarikan diri dengan menaiki kereta milik anaknya bersama keluarganya untuk mencari tempat selamat.

"Masa tu makcik lihat zink terbang. Makcik jadi takut dan bawa cucu berusia lima tahun selamatkan diri. Makcik syukur semua anggota keluarga makcik termasuk cucu berusia tiga bulan selamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Abdullah Awang, 68, dari Kampung Paya Pida Satu berkata dia kerugian kira-kira RM100,000 setelah bumbung rumahnya serta barangan elektrik di dalam rumahnya rosak.

Dia yang menceritakan detik-detik cemas kepada pemberita bersama isterinya Hasma Hussin, 64, berkata kejadian berlaku dengan pantas sehingga tidak sempat untuk menyelamatkan barangan berharga.

Katanya dia bersama isteri cuba keluar rumah dan melihat bumbung rumah terbang seperti burung dan masuk semula ke dalam rumah sehingga keadaan kembali normal.

"Saya hanya mampu melaungkan azan sahaja. Kami cuba nak selamatkan diri dengan keluar rumah dan bila lihat zink berterbangan kami masuk semula ke dalam rumah. Bila angin dah habis saya lihat semua bumbung rumah saya dan jiran habis (diterbangkan)," katanya.

Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang turun padang melawat mangsa kejadian turut menyalurkan bantuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meringankan beban yang dialami mereka.

Mukhriz berkata buat sementara ini anggota keluarga yang terlibat ditempatkan di tiga pusat penempatan termasuk di Dewan Orang Ramai Batu 1 sebelum bantuan susulan daripada kerajaan pusat untuk memperbaiki rumah dibuat dalam tempoh terdekat.

"Ada antara anggota keluarga mereka tinggal di rumah bagi menjaga keselamatan barangan di dalam rumah. Kita juga minta anggota Rela menjaga kawasan rumah yang rosak," katanya. - Bernama

2 Apr 2013

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


kamera kupang: Panas !! Lebai #Syiah buat kecoh <b>di Kuala Kedah</b> <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2013 11:38 PM PDT


Mudah sangat kah bangsa melayu terpesong? Andai hal aqidah yg mnjadi prioriti dlm hidup pn bole terpesong apa pula hal2 kecil sperti kedaulatan negara? Umum mgetahui ujudnya fahaman syiah adalah gara2 mulut celupar seorang yahudi yg mggelar saidina Ali sbgai tuhan, umum juga mgetahui kbangkitan dajal adalah di Iran, ibunegara bg syiah. [KOMEN BLOG]
Maklumat dari Medan Tempur bahawa pengikut Syiah yang meninggal dunia itu adalah ahli Pas dan pernah menjawat jawatan dalam Pas Kuala Kedah..Menurut sumber, si mati telah mewasiatkan secara bertulis kepada ketua Syiah Kedah dan kepada keluarga si mati secara lisan supaya berbuat demikian(kebumikan mengikut fahaman Syiah)ketika sedang sakit di sebuah hospital.
Malaysiakini Pertahan Syiah Sesat:-

Malaysiakini memang sengaja cari pasat. Itu Syiah sudah lama fatwa Sesat lagi Haram di Malaysia. Semua 14 negeri sudah pun mengharamkan Syiah. Tetapi Malaysiakini yang diwakili oleh Director Malaysiakini.tv Syufiyan Shukur pergi jumpa ketua Syiah Malaysia Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz mengadakan sesi interview dan mempertikaikan hak kebebasan penganut agama Syiah Sesat ini. 


Apa sudah jadi dengan ini Melayu Syufiyan Shukur ni..? Dia agama apa..? Kenapa dia pertahankan Syiah Sesat ini..? 
KK : Jangan sangka orang biasa jer yang mudah terpengaruh.. Pak lemai Malang pun join sekali.

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


PANASS!! Lagi Kisah Jemaah Cium Khatib <b>di Pendang</b> <b>...</b>

Posted: 14 Aug 2013 06:13 PM PDT


Semalam Mc ada membuat entri dan mengambil video dari blog MTK berkenaan jemaah cium khatib selepas khutbah. Entri semalam boleh baca kat SINI.

Disini Mc nak buat pembetulan selepas Mc meminta rakan dari Pendang untuk menghubungi Ketua UMNO Bahagian Pendang Datuk Othman Abdul, atau yang lebih dikenali sebagai Tok Man Bedui. Mc meminta penjelasan beliau mengenai perkara cium khatib tu.

Mengikut apa yang dikatakan oleh Tok Man, amalan cium khatib ni menjadi satu turun-temurun di Pondok Chegar, malah ianya menjadi 'adat' wajib apabila raya. Tapi bukan seluruh Pendang amalkan perbuatan begitu, hanya disesetengah tempat saja.

 Mc terima kata-kata Tok Man tu sebagai satu pengalaman Mc baru mengenai 'adat' di Pendang.

Mc juga pernah dengar mengenai amalan-amalan kumpulan 'Tarekat' yang mencium Tok Guru selepas khutbah, tazkirah atau bila berjumpa. Kononnya itu menjadi satu 'adat' atau amalan yang semestinya dilakukan. Kalau tak buat bermakna kita tak menghormati tok guru kita.

Mc tak pertikaikan semua tu, maklumlah Mc pun agama tak tinggi tapi cukup hanya untuk bekalan diri dan family.

Adat tak itu bukan agama, adat tak semestinya berdosa jika tidak dilakukan. Cuma gambaran dalam video itu yang merisaukan kita, tak bolehkah tunggu si Khatib turun dulu sebelum nak cium dan peluk puas-puas. Kenapa perlu panjat, dan tunggu macam harimau nak terkam mangsa?

Pada sesiapa yang pernah lihat video tu pasti berasa amat pelik dan hairan dengan apa yang berlaku. Tak pernah pula tengok Imam besar masjid negara di Putrajaya sana diperlakukan demikian, apakah 'ilmu'  Imam masjid negara tak sehebat tok guru di pondok Chegar tu?

Tolonglah umat Islam Malaysia, banyak sangat rencah tambahan dalam agama kita sekarang ni. Pegang pada Al-Quran dan Hadis sahih, buat apa yang disuruh dan tak perlu memandai atau menambah apa yang tak pernah disuruh.

Ahlul sunnah wal jemaah patuh pada ulul amri, tapi bukan taksub!

McTheory:
Hanya pandangan peribadi..maaf atas kesilapan..