ads

Jumaat, 25 Oktober 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pokok sena - Google Blog Search


Baling: Azeez kekal ketua, Ahmad Lebai tewas <b>di Pokok Sena</b>

Posted: 19 Oct 2013 09:01 PM PDT

ALOR SETAR 20 Okt. - Datuk Abdul Azeez Rahim mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Baling pada pemilihan kepemimpinan baharu parti itu semalam.

Dalam keputusan yang diperoleh kira-kira pukul 9 pagi ini, Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling mengekalkan jawatan berkenaan dalam saingan dua penjuru menewaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Datuk Azmi Che Husin.

Jawatan Timbalan Ketua bahagian itu pula diisi oleh ADUN Kupang, Harun Abdul Aziz manakala bekas Ketua Pemuda UMNO Baling, Mohd. Khairul Azhar Abdullah memenangi jawatan Naib Ketua.

Sementara itu, kejutan berlaku di UMNO Bahagian Pokok Sena apabila Datuk Ahmad Lebai Sudin yang juga ADUN Bukit Lada gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO bahagian setelah tewas kepada Said Ali Said Rastan yang sebelum ini timbalannya.

Bekas ADUN Bukit Lada, Datuk Ariffin Man membuat kemunculan semula apabila memenangi jawatan Timbalan Ketua Bahagian itu manakala jawatan Naib Ketua diisi oleh bekas Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena, Haris Che Mat. - UTUSAN

02 di kubang pasu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :- di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


Johari Optimis BN Dapat Pertahan <b>Kubang Pasu</b> - MyNewsHub

Posted: 26 Apr 2013 10:41 PM PDT


JITRA – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pokok Sena Datuk Mohd Johari Baharom merasa optimis BN mampu mempertahankan kerusi kawasan tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata berdasarkan sokongan yang ditunjukkan setiap kali beliau turun padang bertemu rakyat, beliau yakin usaha membangunkan kawasan itu selama ini tidak sia-sia.

"Sepanjang tempoh berkempen, saya telah turun melawat ke semua Pusat Daerah Mengundi dalam Parlimen Kubang Pasu dan gelombang yang dirasai meyakinkan saya BN akan terus bertahan di sini kerana ini adalah kubu kuat BN," katanya kepada Bernama.

Beliau yang akan bertanding buat kali ketiga di Kubang Pasu berkata sokongan masyarakat lain seperti Siam dan India juga sangat menggalakkan kerana kebanyakkan keperluan serta janji demi kesejahteraan mereka berjaya ditunaikan pemimpin BN.

"Contohnya tempat pembakaran mayat masyarakat Siam telah diadakan di sini dan kita juga melihat keperluan ain seperti membaik pulih dan naik taraf kuil Hindu," kata Mohd Johari.- Bernama

Johari Optimis BN Dapat Pertahan Kubang Pasuhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Datuk-Mohd-Johari-Baharom.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Datuk-Mohd-Johari-Baharom-150x150.jpgMyNewsHub Pilihan Raya Umum Ke 13Terkini

JITRA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pokok Sena Datuk Mohd Johari Baharom merasa optimis BN mampu mempertahankan kerusi kawasan tersebut. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata berdasarkan sokongan yang ditunjukkan setiap kali beliau turun padang bertemu rakyat, beliau yakin usaha membangunkan kawasan...

JITRA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pokok Sena Datuk Mohd Johari Baharom merasa optimis BN mampu mempertahankan kerusi kawasan tersebut. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata berdasarkan sokongan yang ditunjukkan setiap kali beliau turun padang bertemu rakyat, beliau yakin usaha membangunkan kawasan itu selama ini tidak sia-sia. "Sepanjang tempoh berkempen, saya telah turun melawat ke semua Pusat Daerah Mengundi dalam Parlimen Kubang Pasu dan gelombang yang dirasai meyakinkan saya BN akan terus bertahan di sini kerana ini adalah kubu kuat BN," katanya kepada Bernama. Beliau yang akan bertanding buat kali ketiga di Kubang Pasu berkata sokongan masyarakat lain seperti Siam dan India juga sangat menggalakkan kerana kebanyakkan keperluan serta janji demi kesejahteraan mereka berjaya ditunaikan pemimpin BN. "Contohnya tempat pembakaran mayat masyarakat Siam telah diadakan di sini dan kita juga melihat keperluan ain seperti membaik pulih dan naik taraf kuil Hindu," kata Mohd Johari.- Bernama

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved