ads

Selasa, 10 Disember 2013

02 di kulim - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


INFO! Sebab Kain Pontianak Mengamuk <b>di Kulim</b>! #HanyaDiKedah <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2013 07:37 AM PST


KULIM - Misteri kedengaran suara seolah-olah wanita dikatakan mengilai-ngilai pada sebelah malam di sebuah rumah terjawab apabila penghuninya menemui seorang pengamal perubatan tradisional.

Kejadian berkenaan dikatakan berpunca apabila sehelai kain batik yang ditemui di perkarangan rumah sewa yang baru siap dibina pemiliknya di Kampung Batu 4 ½ itu dibakar.

Kakitangan awam, Aziz Othman berkata, selepas dia menemui pengamal perubatan tradisional berkenaan barulah dia dan isterinya dapat mengenalpasti punca sebenar kejadian lembaga bertenggek dan membuat bunyi seperti cakaran pada bumbung rumahnya.

Kata pengamal perubatan berkenaan, kemungkinan mereka ada mengganggu barangan milik 'penunggu' itu.

"Semua ini berpunca dari kesalahan kami. Ketika mula-mula masuk ke rumah, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membersihkan rumah yang kami sewa itu terlebih dahulu kerana ia baru siap dibina.

"Ketika sedang membersihkan kawasan di persekitaran rumah, saya terjumpa kain batik hitam yang sudah lusuh di kaki lima rumah berhampiran pokok pisang dan membersihkan rumah dengan menggunakan kain itu," katanya.

Bakar kain buruk

Katanya, setelah selesai dia menyidai kain itu di ampaian.

"Apabila kain itu sudah kering, isteri saya mendapati kain itu sudah buruk lalu membakarnya.

"Sejak kain batik itu di bakar, suara mengilai dan jelmaan pontianak itu mula mengganggu kami serumah," katanya.

Menurut Aziz, gangguan berkenaan kemungkinan makhluk halus yang digelar pontianak.

Difahamkan makhluk berkenaan mula mengganggu mereka selepas dua bulan mendiami rumah baru sewa itu, selepas rumah lama mereka musnah akibat ribut.

Pada masa-masa tertentu, ia akan menyerupai penduduk kampung dan berjalan bersendirian terutamanya sebelah malam.

Dua bulan pertama tinggal di rumah itu amatlah memeritkan Aziz kerana diganggu lembaga itu yang juga pernah menjelma seolah-olah perempuan berambut panjang dan matanya seperti bernyala kemerahan.

Lembaga berkenaan juga pernah dilihat berada pada bahagian atas bumbung rumah Aziz.

Katanya, selepas diberitahu punca sebenarnya kejadian oleh pengamal perubatan tradisional itu, mereka terus berikhtiar menyelesaikan masalah gangguan itu.

Cari alternatif

Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, pengamal perubatan tradisional itu menyarankan mereka mencari kain batik yang seakan-akan sama pernah dibakar isterinya sebelum ini.

"Kami berjumpa semula pengamal perubatan tradisional itu dan dia mengarahkan kami mengelilingi rumah beberapa kali pada waktu sama.

"Keadaan menjadi agak kronik lembaga itu mengganggu saya semula minggu lalu sebelum dan meletakkan kain berkenaan di atas bumbung garaj kereta," katanya.

Sepanjang mendapatkan rawatan berkenaan, hanya kepada ALLAH kami berserah dan meminta menjauhkan segala perkara buruk dan gangguan syaitan terhadap rumah yang kami sewa ini.

"Alhamdulillah, kain itu kemudiannya saya letakkan di atas bumbung rumah dan membiarkan ia reput dan gangguan suara perempuan meminta tolong serta bunyi cakaran pontianak di atas bumbung rumah tidak lagi kedengaran," katanya.

Menurut Aziz, lembaga itu masih berkeliaran di kawasan hutan berdekatan jalan besar Sungai Ular bagaimanapun tidak mengganggu penduduk kampung.

"Pernah dikatakan empat penduduk kampung terserempak lembaga itu berjalan sendirian di tepi jalan bagaimanapun terbang setelah ditegur penduduk kampung," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Aziz pernah terserempak lembaga berkenaan berada di atas bumbung rumahnya ketika menyimpan motosikal kuasa tingginya selepas curiga terdengar suara wanita mengilai kuat di hadapan rumah.-sinar harian -

02 di merbok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di merbok - Google Blog Search


#Black 505 Diadakan <b>Di</b> Padang <b>Merbok</b>, Kuala Lumpur | Selangorkini

Posted: 04 Jun 2013 10:18 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]PETALING JAYA, 5 JUN: Penganjur Perhimpunan Aman #Black 505 memilih Padang Merbok sebagai tapak perhimpunan yang diadakan pada 15 Jun nanti. Menurut Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli, keputusan tersebut diambil selepas ...

02 di sungai petani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


Ulat tiket bas express berleluasa <b>di Sungai Petani</b> | Aduan Rakyat <b>...</b>

Posted: 18 Nov 2013 05:33 PM PST

Semasa saya menulis aduan ini, saya sudah terkena dengan kesan pembelian tiket bas ekspres melalui 'ulat tiket' untuk kali yang ke-2.

Yang pertama, perjalanan saya dari Hentian Duta menuju ke utara (Sg.Petani). Saya membeli tiket di 'kaunter' bas SHAMISHA memandangkan cara pengiklanan yang berkesan dan paparan gambar bas yang cantik dan menarik membuatkan saya tertarik dan terbayang keselesaan menggunakan perkidmatan syarikat tersebut. Tanpa saya sedari bahawa, penjaga kaunter juga adalah seorang 'ulat tiket'.saya membeli tiket untuk perjalanan 1.30 petang tapi malangnya saya dimasukkan ke dalam bas MARA Liner untuk perjalanan 3.00petang.saya telah kebaziran masa sebanyak 1jam setengah semata-mata menunggu mereka mencari pelanggan lain bagi memenuhi bas.maka, saya bersikap 'husnuzhon' (bersangka baik) bagi memujuk hati saya yang kecewa dan marah!!

kejadian kedua, perjalanan pulang dari Utara ke Hentian Duta. Saya sudah serik untuk membeli tiket dari syarikat SHAMISA lalu saya beralih angin untuk menggunakan syarikat SHIRA untuk perjalanan jam 12.00 tengah malam. saya sudah menaiki bas dan mendapatkan tempat duduk di dalam bas yang menuju ke Kuala Lumpur/Shah Alam/Klang..sementara menunggu penumpang naik dan memenuhi bas, saya terdengar pemandu bas mengkritik syarikat bas SHAMISHA. Beliau menyatakan bas SHAMISHA melakukan perjalanan tanpa henti, bermakna bas yang mereka gunakan jarang diselenggara.Beliau juga mendakwa bas SHAMISHA banyak yang mengalami kerosakan dan syarikat tersebut sedang dilanda kerugian yang teruk. Hal ini membuatkan saya, terkejut dan bernekad tidak akan menggunakan perkidmatan syarikat SHAMISHA lagi pada masa akan datang.

Sedang saya menunggu bas memulakan perjalanan, tiba-tiba saya diarahkan oleh 'ulat-ulat' tiket yang bermaharajalela di Stesen Bas Sg.Petani untuk menaiki bas lain.Perkara yang sama yang saya alami semasa di Hentian Duta telah berlaku sekali lagi. Saya dipaksa untuk menaiki bas lain yang pada ketika itu kelewatan akibat masalah brek, iaitu bas dari syarikat SHAMISHA. Saya merasa amat marah dan tertipu serta menimbulkan rasa tidak percaya kepada pihak berkuasa yang sepatutnya memantau dan membanteras perkara seperti ini berlaku."Ulat-ulat tiket' ini sesuka hati mengatur perjalanan tanpa mengambil kira keselesaan dan kepentingan penumpang yang membayar tiket yang agak mahal.MANA pihak SPAD??MANA pihak LPKP??Adakah mereka menganggap perkara seperti ini adalah perkara REMEH??Adakah setelah berlaku perkara yang tidak diingini sehingga meragut puluhan nyawa, baru mereka mahu bertindak??

Saya berharap aduan saya ini diambil berat dan semoga pihak yang berwajib bergerak menjalankan tugas mereka.

sekian.

By: Gibbs1985

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

di negeri kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Suruhanjaya Perkhidmatan Awam <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 05 Dec 2013 09:35 PM PST


Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Disember 2013 Terkini :

  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
  • Pegawai Khidmat Pelanggan N17
  • Pembantu Akauntan W17
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
  • Pembantu Pembangunan Masyarakat S17
  • Pembantu Syariah LS17
  • Juruaudit W41
  • Penolong Pegawai Teknologi Makanan C27
  • Penolong Pegawai Tadbir N27
  • Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27
  • Penolong Pegawai Syariah LS27
  • Juruteknik Komputer FT17
Tags : jawatan kosong disember 2013 kedahmaklumatkini com kedah
Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Disember 2013

02 di kubang pasu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kubang pasu - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kubang pasu</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Dec 2013 01:11 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kubang pasu</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2013 01:27 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

02 di padang terap - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang terap - Google Blog Search


TV9 - Mesin Gan, Raifel Dan Peluru Hidup Dirampas <b>Di Padang Terap</b>

Posted: 05 Sep 2013 05:30 AM PDT

5 Sep 2013, 08:30pm by sarah farhana


Satu Lagi Rampasan Senjata Dilakukan Di Kedah.

Dalam Op Cantas Khas pagi tadi, pelbagai senjata api termasuk mesingan AK47, Colt, M4 pistol dirampas dalam sebuah rumah kosong di Batu 27, Jalan Naka-Nami, Padang Terap, Kedah.

Hasil serbuan polis dua suspek ditahan.

Mereka dipercayai ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.


BLOG KEDAH: 02 <b>di padang terap</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Oct 2013 07:28 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

TV9 - Mesin Gan, Raifel Dan Peluru Hidup Dirampas <b>Di Padang Terap</b>

Posted: 05 Sep 2013 05:30 AM PDT

5 Sep 2013, 08:30pm by sarah farhana


Satu Lagi Rampasan Senjata Dilakukan Di Kedah.

Dalam Op Cantas Khas pagi tadi, pelbagai senjata api termasuk mesingan AK47, Colt, M4 pistol dirampas dalam sebuah rumah kosong di Batu 27, Jalan Naka-Nami, Padang Terap, Kedah.

Hasil serbuan polis dua suspek ditahan.

Mereka dipercayai ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.


Polis rampas senjata api, bahan letupan <b>di Padang Terap</b>, Kedah <b>...</b>

Posted: 04 Sep 2013 09:17 PM PDT

KUALA LUMPUR: Polis merampas sejumlah senjata api termasuk mesingan AK47, Colt, M4, pistol dan bahan letupan dalam operasi di Padang Terap, Kedah awal pagi ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, rampasan itu dilakukan dalam Ops Cantas bagi membanteras jenayah bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.

"Maklumat lanjut akan diberikan oleh polis Kedah.

Saya tidak mahu ulas lanjut kerana ia masih baru," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucap tama Wacana Majlis Profesor Negara: Masyarakat dan Jenayah: Di Mana Kita?" di sebuah hotel terkemuka, di sini, sebentar tadi.-bHarian

Calon-calon yang bakal mengemudi UMNO Bahagian <b>Padang Terap</b>

Posted: 21 Sep 2013 10:02 AM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di padang terap</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Dec 2013 07:36 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di padang terap</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Nov 2013 07:29 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

02 di kuala ketil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala ketil - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Nov 2013 03:13 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

FADILAT PUASA <b>DI</b> BULAN ZULHIJJAH | <b>Kuala Ketil</b>

Posted: 11 Oct 2013 08:43 PM PDT

Puasa hari Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari 'Arafah.
Maka Baginda bersabda:
"Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari 'Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari 'Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di 'Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari 'Arafah bagi mereka yang berada di 'Arafah.

(Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa'ie; at-Thabrani dari Aisyah r.a)

Daripada Ibnu Abbas telah berkata :

Sabda Rasulullah S.A.W yang ertinya :

"Tiada daripada hari-hari untuk beramal soleh padanya yang mana lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari ini iaitu hari sepuluh (sepuluh hari pertama Zulhijjah)."

Para sahabat bertanya :

Wahai Rassulullah! dan tidak (amal) jihad pada jalan Allah?. Jawab baginda : Dan tidak jihad pada jalan Allah. Sabda baginda lagi : melainkan seorang lelaki yang keluar dengan dirinya sendiri dan hartanya maka dia tidak pulang daripadanya dengan sesuatu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari Pertama Zulhijah (06/10/13)

Hari ketika Allah mengampuni  Nabi  Adam ialah hari pertama Zulhijah.  Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah mengampuni  dosanya.

Hari Kedua Zulhijah (07/10/13)

Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah selama setahun serta tidak menderhakai Allah.

Hari Ketiga Zulhijah (08/10/13)

Allah telah mengabulkan doa Nabi Zakaria. Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.

Hari Keempat Zulhijah (09/10/13)

Nabi  Isa dilahirkan. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahannya dan kefakirannya dan pada hari Kiamat bersama orang yang baik dan mulia.

Hari Kelima Zulhijah (10/10/13)

Nabi Musa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, dia bebas daripada kemunafikan dan seksa kubur.

Hari Keenam Zulhijah (11/10/13)

Allah membukakan kebaikan untuk Nabi-Nya. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikan padanya dengan kasih sayang dan dia tidak diseksa semudah itu.

Hari Ketujuh Zulhijah (12/10/13)

Semua pintu neraka jahanam ditutup dan tidak dibuka-buka sehingga berlalu hari-hari yang 10 itu. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah menghindarkan daripada 30 pintu kesukaran dan membuka 30 pintu kemudahan.

Hari Kelapan Zulhijah (13/10/13)

Dinamakan juga Hari Tarwiyah. Sesiapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah sendiri.

Hari Kesembilan Zulhijah (14/10/13)

Disebut juga hari tebusan dosanya pada tahun itu yang lepas dan yang akan datang. Pada hari inilah turunnya ayat Al-Quran yang terakhir bermaksud:

"Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan Aku sempurnakan pula nikmat-Ku kepadamu."

Hari Kesepuluh Zulhijah (15/10/13)

Hari Raya Aidiladha. Sesiapa berkorban dengan satu korban, mulai titisan darah yang jatuh di tanah, Allah mengampuni semua dosanya dan keluarganya. Sesiapa yang memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada Hari Kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud.

Banyak kelebihan yang kita dapat kalau kita puasa pada hari-hari berikut. Tapi ingat, ikhlaskan niat kerana Allah s.w.t. kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak mahu menerima amalan, kecuali dari orang yang ikhlas dan semata-mata mencari keredhaan-Nya".

-Riwayat Abu Daud dan An Nasaie-

Sumber :             kfhijarahhouse.blogspot.com / faina989.blogspot.com


02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


Eylizar Homestay Murah <b>Di</b> Kuah, <b>Langkawi</b>.: Mencari Penginapan <b>...</b>

Posted: 05 Dec 2013 10:22 AM PST

Jika anda sedang mencari penginapan bajet di Langkawi, jawapannya adalah bersama Eylizar Homestay kerana Eylizar Homestay Langkawi adalah satu syarikat yang besar di Langkawi yang mempunyai banyak rangkaian homestay dan juga apartment di seluruh Pulau Langkawi Malaysia. Eylizar juga sudah dikenali seluruh Malaysia dan Singapura sebagai salah satu syarikat di bawah Eylizar Enterprise yang sedang meningkat naik di Pulau Langkawi Malaysia.

Eylizar sudah mempunyai lebih daripada 20 buah Homestay dan juga 8 buah Apartment di kawasan seperti Pekan Kuah,Taman Nilam, Langkawi Airport Padang Matsitrat dan juga di Pantai cenang Langkawi. Bak kata semua kawasan sudah ada Homestay Eylizar. Jika anda perlukan homestay..cuma perlu call kami Insyaallah eylizar masih mempunyai homestay untuk anda dan keluarga. Tujuan Eylizar adalah untuk mencari seberapa banyak Homestay di Langkawi supaya berada di bawah kelolaan Eylizar. Eylizar mempunyai banyak customer yang mempercayai brand Eylizar. Banyak pengusaha homestay sekarang menyerahkan homestay mereka kepada pihak Eylizar dan Alhamdulillah mereka semua mendapat pulangan dan semua customer Eylizar berpuas hati dengan service yang diberikan. Jadi jikalau anda inginkan penginapan bajet di langkawi ini maka carilah Eylizar homestay kerana ianya memang satu penginapan yang bajet dan selesa.

Sekarang semua rakyat Malaysia sudah berpaling arah kepada homestay kerana ianya amat menjimatkan disamping itu ianya juga memberikan kebebasan untuk anda tinggal seperti rumah anda sendiri. Jadi kepada rakyat Malaysia buatlah tempahan bersama Eylizar Homestay...memang booking online itu bagus dan senang..tapi kita ni manusia dan ada feelnya. Jadi dengan itu Eylizar menyediakan perkhidmatan dengan berhubung terus dengan customer dan menyediakan apa yang customer mahukan untuk percutian mereka. Sekarang pihak kami akan berusaha menyediakan semua pakej yang dikehendaki samaada daripada group yang besar mahupun keluarga.

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved