ads

Sabtu, 14 Disember 2013

02 di kulim - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


INFO! Sebab Kain Pontianak Mengamuk <b>di Kulim</b>! #HanyaDiKedah <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2013 07:37 AM PST


KULIM - Misteri kedengaran suara seolah-olah wanita dikatakan mengilai-ngilai pada sebelah malam di sebuah rumah terjawab apabila penghuninya menemui seorang pengamal perubatan tradisional.

Kejadian berkenaan dikatakan berpunca apabila sehelai kain batik yang ditemui di perkarangan rumah sewa yang baru siap dibina pemiliknya di Kampung Batu 4 ½ itu dibakar.

Kakitangan awam, Aziz Othman berkata, selepas dia menemui pengamal perubatan tradisional berkenaan barulah dia dan isterinya dapat mengenalpasti punca sebenar kejadian lembaga bertenggek dan membuat bunyi seperti cakaran pada bumbung rumahnya.

Kata pengamal perubatan berkenaan, kemungkinan mereka ada mengganggu barangan milik 'penunggu' itu.

"Semua ini berpunca dari kesalahan kami. Ketika mula-mula masuk ke rumah, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membersihkan rumah yang kami sewa itu terlebih dahulu kerana ia baru siap dibina.

"Ketika sedang membersihkan kawasan di persekitaran rumah, saya terjumpa kain batik hitam yang sudah lusuh di kaki lima rumah berhampiran pokok pisang dan membersihkan rumah dengan menggunakan kain itu," katanya.

Bakar kain buruk

Katanya, setelah selesai dia menyidai kain itu di ampaian.

"Apabila kain itu sudah kering, isteri saya mendapati kain itu sudah buruk lalu membakarnya.

"Sejak kain batik itu di bakar, suara mengilai dan jelmaan pontianak itu mula mengganggu kami serumah," katanya.

Menurut Aziz, gangguan berkenaan kemungkinan makhluk halus yang digelar pontianak.

Difahamkan makhluk berkenaan mula mengganggu mereka selepas dua bulan mendiami rumah baru sewa itu, selepas rumah lama mereka musnah akibat ribut.

Pada masa-masa tertentu, ia akan menyerupai penduduk kampung dan berjalan bersendirian terutamanya sebelah malam.

Dua bulan pertama tinggal di rumah itu amatlah memeritkan Aziz kerana diganggu lembaga itu yang juga pernah menjelma seolah-olah perempuan berambut panjang dan matanya seperti bernyala kemerahan.

Lembaga berkenaan juga pernah dilihat berada pada bahagian atas bumbung rumah Aziz.

Katanya, selepas diberitahu punca sebenarnya kejadian oleh pengamal perubatan tradisional itu, mereka terus berikhtiar menyelesaikan masalah gangguan itu.

Cari alternatif

Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, pengamal perubatan tradisional itu menyarankan mereka mencari kain batik yang seakan-akan sama pernah dibakar isterinya sebelum ini.

"Kami berjumpa semula pengamal perubatan tradisional itu dan dia mengarahkan kami mengelilingi rumah beberapa kali pada waktu sama.

"Keadaan menjadi agak kronik lembaga itu mengganggu saya semula minggu lalu sebelum dan meletakkan kain berkenaan di atas bumbung garaj kereta," katanya.

Sepanjang mendapatkan rawatan berkenaan, hanya kepada ALLAH kami berserah dan meminta menjauhkan segala perkara buruk dan gangguan syaitan terhadap rumah yang kami sewa ini.

"Alhamdulillah, kain itu kemudiannya saya letakkan di atas bumbung rumah dan membiarkan ia reput dan gangguan suara perempuan meminta tolong serta bunyi cakaran pontianak di atas bumbung rumah tidak lagi kedengaran," katanya.

Menurut Aziz, lembaga itu masih berkeliaran di kawasan hutan berdekatan jalan besar Sungai Ular bagaimanapun tidak mengganggu penduduk kampung.

"Pernah dikatakan empat penduduk kampung terserempak lembaga itu berjalan sendirian di tepi jalan bagaimanapun terbang setelah ditegur penduduk kampung," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Aziz pernah terserempak lembaga berkenaan berada di atas bumbung rumahnya ketika menyimpan motosikal kuasa tingginya selepas curiga terdengar suara wanita mengilai kuat di hadapan rumah.-sinar harian -

02 di sungai petani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


Finale #Super Spontan2013 <b>di Sungai Petani</b> #VMY2014

Posted: 27 Oct 2013 05:53 PM PDT



Super Spontan2013 merupakan sebuah rancangan improvisasi yang di ambil dari rancangan Spontan sebelum ini. Bezanya daripada Spontan, Super Spontan2013 menampilkan 2 kumpulan yang terdiri daripada pelawak dan selebriti.
Mereka akan bersaing bagi merebut gelaran juara setiap minggu yang ditentukan melalui undian SMS penonton. Pasukan yang tewas setiap minggu akan memasuki pusingan penyingkiran di mana salah seorang peserta dalam kumpulan yang tewas akan disingkirkan berdasarkan undian daripada setiap ahli kumpulan.

 Finale Super Spontan 2013 di Sungai Petani

 

 Buat julung-julung kalinya, finale Super Spontan2013 akan diadakan di Sungai Petani, Kedah. SuperSpontan2013 akan berlangsung di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani, Sungai Petani pada 1 November 2013 nanti.

Peminat-peminat Super Spontan2013 di kawasan utara khususnya penduduk Sungai Petani berpeluang melihat kehebatan Jep Sepahtu, Johan, Nabil, Yus Jambu, Tauke Jambu dan Rahim R2 bersaing di pentas akhir nanti. 


Program ini juga berpeluang memperkenalkan bandar Sungai Petani sebagai pusat pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 atau VMY2014. Marilah kita beramai-ramai memeriahkan acara yang pasti ditunggu-tunggu ini. 

Untuk keterangan lanjut tentang tiket boleh layari FB Super Spontan

Kepada mereka yang nak dapatkan tiket untuk menyaksikan #SuperSpontan2013 akhir boleh dapatkan secara percuma di Kaunter Jualan Astro di Perkarangan Dewan Kenanga MPSP, Sungai Petani, Kedah. Dari jam 10 pagi hingga 4 petang, Jumaat ini (1 November 2013). Tiket adalah terhad.


di negeri kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

02 di gurun kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di gurun kedah - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

02 di kuala ketil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala ketil - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Dec 2013 03:58 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

FADILAT PUASA <b>DI</b> BULAN ZULHIJJAH | <b>Kuala Ketil</b>

Posted: 11 Oct 2013 08:43 PM PDT

Puasa hari Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari 'Arafah.
Maka Baginda bersabda:
"Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari 'Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari 'Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di 'Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari 'Arafah bagi mereka yang berada di 'Arafah.

(Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa'ie; at-Thabrani dari Aisyah r.a)

Daripada Ibnu Abbas telah berkata :

Sabda Rasulullah S.A.W yang ertinya :

"Tiada daripada hari-hari untuk beramal soleh padanya yang mana lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari ini iaitu hari sepuluh (sepuluh hari pertama Zulhijjah)."

Para sahabat bertanya :

Wahai Rassulullah! dan tidak (amal) jihad pada jalan Allah?. Jawab baginda : Dan tidak jihad pada jalan Allah. Sabda baginda lagi : melainkan seorang lelaki yang keluar dengan dirinya sendiri dan hartanya maka dia tidak pulang daripadanya dengan sesuatu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari Pertama Zulhijah (06/10/13)

Hari ketika Allah mengampuni  Nabi  Adam ialah hari pertama Zulhijah.  Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah mengampuni  dosanya.

Hari Kedua Zulhijah (07/10/13)

Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah selama setahun serta tidak menderhakai Allah.

Hari Ketiga Zulhijah (08/10/13)

Allah telah mengabulkan doa Nabi Zakaria. Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.

Hari Keempat Zulhijah (09/10/13)

Nabi  Isa dilahirkan. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahannya dan kefakirannya dan pada hari Kiamat bersama orang yang baik dan mulia.

Hari Kelima Zulhijah (10/10/13)

Nabi Musa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, dia bebas daripada kemunafikan dan seksa kubur.

Hari Keenam Zulhijah (11/10/13)

Allah membukakan kebaikan untuk Nabi-Nya. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikan padanya dengan kasih sayang dan dia tidak diseksa semudah itu.

Hari Ketujuh Zulhijah (12/10/13)

Semua pintu neraka jahanam ditutup dan tidak dibuka-buka sehingga berlalu hari-hari yang 10 itu. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah menghindarkan daripada 30 pintu kesukaran dan membuka 30 pintu kemudahan.

Hari Kelapan Zulhijah (13/10/13)

Dinamakan juga Hari Tarwiyah. Sesiapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah sendiri.

Hari Kesembilan Zulhijah (14/10/13)

Disebut juga hari tebusan dosanya pada tahun itu yang lepas dan yang akan datang. Pada hari inilah turunnya ayat Al-Quran yang terakhir bermaksud:

"Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan Aku sempurnakan pula nikmat-Ku kepadamu."

Hari Kesepuluh Zulhijah (15/10/13)

Hari Raya Aidiladha. Sesiapa berkorban dengan satu korban, mulai titisan darah yang jatuh di tanah, Allah mengampuni semua dosanya dan keluarganya. Sesiapa yang memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada Hari Kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud.

Banyak kelebihan yang kita dapat kalau kita puasa pada hari-hari berikut. Tapi ingat, ikhlaskan niat kerana Allah s.w.t. kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak mahu menerima amalan, kecuali dari orang yang ikhlas dan semata-mata mencari keredhaan-Nya".

-Riwayat Abu Daud dan An Nasaie-

Sumber :             kfhijarahhouse.blogspot.com / faina989.blogspot.com


02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


Percutian GBS <b>di Langkawi</b> - Ruggedmom.com

Posted: 10 Dec 2013 05:00 PM PST

Halluuuu....!!

Geng Bas Sekolah ke Langkawi kali ni. Percutian yang menyeronokkan tapi agak stress bagi aku. Ko tengoklah sendiri budak ni.

Merajuk, menjerit, bergaduh dengan abang tapi dia pandai bodek maknya. Bila aku kata tahun depan dah tak boleh ikut, tak larat nak melayan kerenahnya dia boleh jawab, "mama cakap je tu...nanti mama bawak kita jugak".

Paling annoyed, masa KUL-LGK tu ada sorang ah chong kat belakang aku tak henti bercakap dengan kuat nak mententeramkan anak dia. haiyaaa...dia cakap selupa macam kat rumah. Takde pulak aku dengar suara anak perempuan dia yang comel tu...asik suara dia aje kemain kuat throughout the journey. Nasib baik sejam, kalau 3 jam memang aku sound la nampak gayanya. Aku rasa anak dia taknak pakai safety belt dan dia dok bagi arahan. Kalau anak dia bising aku tak hairan, biasalah budak-budak...akupun ada anak so dah biasa (tapi anak aku yang 5 tahun well behave masa tu, sangat exited naik kapatebang ;D). Ya rabbi....aku rasa nak suruh dia diam aje. Kita, kalau marah anak di tempat ramai orang selalunya akan mengetap gigi supaya suara tak kuat melahau ...ini tak..adoiiii...tekanan perasaan betul! Maid dia yang duduk baris ABC nak tolong dia tak bagi...aku dok fikir, dah budak sejak subuh sepiee sampai ke malam dengan maid mesti maid tu lebih tahu nak buat macamana ye tak? Tolonglah, tolong...kalau boleh tak nak sekenderaan lagi dengan orang macam ni. Sakit jiwo den.

Kami pergi bercuti ni, setiap seorang ada sumbangan berdikit dikit sejak Febuari. Kita bukan ada emas berkepuk kan anak-anak?? Yang penting happy.

Nantilah ai sambung.

Eylizar Homestay Murah <b>Di</b> Kuah, <b>Langkawi</b>.: Homestay <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2013 07:31 PM PST


Homestay Di Langkawi Untuk Di Booking bersama Eylizar Homestay Langkawi. Kami memberikan pilihan penginapan murah di Langkawi untuk anda semua membuat pilihan dan antara yang kami tawarkan adalah 20 buah Homestay dan 8 buah Apartment di Pekan Kuah. Selain itu kami juga ada menyediakan kereta sewa pandu sendiri dan juga pakej lain seperti Island Hopping dan mangrove tour.

Apartment kami terletak di Pekan Kuah iaitu di Apartment Sri Lagenda. Banyak kemudahan yang terdapat di pekan kuah jika anda menginap disana. Apartment ini juga di lengkapi swimming pool dan ianya adalah satu tarikan pelancong untuk membuat tempahan bersama kami. Jadi jika anda ingin membuat tempahan bersama kami untuk semua pakej di langkawi bolehlah menghubungi kami terus.

Untuk melihat lebih detail homestay dan pakej yang kami sediakan sila klik ( Eylizar Homestay Langkawi )

Sila sms/call : 0174256796 Pn.Liza

02 di padang serai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang serai - Google Blog Search


Misteri! Penampakan Bunian <b>Di Padang Serai</b>? (Video) | Informasi <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2013 07:30 PM PDT

Misteri! Penampakan Bunian Di Padang Serai? (Video) | Benarkah bunian ini wujud? Seperti yang didakwa oleh orang dahulu kala, mereka juga seperti kita namun hidup di alam lain. Kita tidak boleh melihat mereka. Baru-baru ini satu rakaman video sewaktu ingin mendenak atau memikat ayam hutan telah  terakam penampakan orang berjubah putih melalui di belakang di dalam rimbunan pokok-pokok di kawasan tersebut. Persoalannya, benarkah itu bunian? Mungkin bunian, mungkin juga orang lelaki yang baru pulang dari surau ataupun masjid. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Anda boleh tonton video di atas ini.

ayam2

ayam1

game

P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – 5 Tempat Paling Ajaib di England
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber : Amekaw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved