ads

Sabtu, 4 Januari 2014

02 di baling - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


Gajah ancam penduduk <b>di Baling</b> - The Borneo Post Online

Posted: 02 Jan 2014 03:02 PM PST

BALING: Lebih 200 penduduk Kampung Kaki Bukit Mukim Bongor, Ba-ling dilanda kebimbangan berikutan dua ekor gajah liar berkeliaran di kawasan kampung mereka sejak se-minggu lepas.

Kehadiran gajah itu yang dipercayai dua beranak dan sering keluar pada waktu malam turut memusnahkan tananam pisang mereka yang mula mengeluarkan hasil selain pernah memasuki tiga buah rumah.

Dalam tempoh itu juga mereka tidak berani keluar untuk menoreh getah kerana bimbang terserempak dengan haiwan liar terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kaki Bukit, Ahmad Tajuddin Umat, 40, berkata berikutan ancaman gajah itu penduduk membuat kawa-lan setiap malam secara bergilir-gilir.

"Kami meminta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) supaya segera mengambil tindakan memindahkan haiwan itu ke kawasan lain. Lagi lama dibiarkan lebih banyak tanaman penduduk dirosakkan," katanya kepada Bernama semasa ditemui semalam.

Pegawai PERHILITAN gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasan.

Seorang penduduk kampung berkenaan, Fakrulrazi Ahmad, 53, berkata dalam tempoh seminggu haiwan liar terbabit merosakkan lebih sehektar sawah padi mereka.

Seorang pemilik rumah yang dimasuki haiwan ter-babit, Mat Daud Samah, 70, berkata beliau dan lima anggota keluarganya amat bimbang kedua-dua gajah itu memasuki lagi rumah-nya kerana kedudukannya paling hampir dengan hutan. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved