Rabu, 1 Januari 2014

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Oct 2013 01:35 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Sahabat-Gunung: UMNO <b>Jerai</b> Beri Jaminan Kerja Keras, Tidak <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2013 03:30 AM PDT

Barisan Nasional Negeri Kedah dan BN Parlimen Jerai sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Jentera Pilihan Raya Peringkat Negeri akan diketuai sendiri oleh Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dan dibantu oleh kepimpinan UMNO dan BN Bahagian Jerai, di mana jentera sudah digerakkan sepenuhnya di 19 kawasan Peti Undi, walaupun kehangatan kempen pemilihan UMNO sedang rancak berlaku bukan sahaja di Jerai, malah di seluruh negara.
"Jentera dan kepimpinan UMNO Bahagian Jerai sudah memberikan jaminan, walaupun dalam suasana kempen pemilihan UMNO, namun jentera tidak hilang fokus dan akan bersatu dan memantapkan gerakan bersepadu dalam usaha BN untuk merampas kembali DUN Sungai Limau yang dikatakan kubu kuat PAS selama ini.
Jaminan mereka, apapun yang terjadi, kerana dalam proses pemilihan parti nanti akan ada yang menang dan yang kalah, mereka akan membantu untuk memastikan proses pilihanraya kecil ini akan berjalan lancar.
Kita maklum bahawa ini kubu kuat, namun BN akan tetap menghantar wakilnya kerana kita mahu menawarkan khidmat bakti dan perjuangan yang boleh kita berikan kepada penduduk dan masyarakat di Sungai Limau ini," ujarnya kepada media selepas berjumpa jentera BN peringkat negeri Kedah dan Jerai di Sungai Limau petang tadi.
Tambahnya, calon BN akan disenarai dan dikemuan akan diserahkan kepada Pengerusi BN dalam masa terdekat, ramai calon yang berkelayakan namun BN akan mengikut pandangan dari pihak negeri dan bahagian Jerai.
"Mereka ada juga beberapa nama dan tokoh-tokoh yang agak sesuai dan akan kita umumkan pada 21 Oktober ini.
Oleh itu, besar harapan saya agar pengundi di DUN Sungai Limau nanti akan memberikan sokongan padu kepada calon BN. Walaupun ini kubu kuat PAS namun dalam sejarah lampau, wakil BN dan UMNO pernah mewakili di kawasan ini. Jadi pendekatan berhemah dan besederhna jentera harus ditekankan dalam usaha menarik sokongan rakyat, dengan menerangkan dasar-dasar parti dan perjuangan UMNO serta kerajaan negeri untuk membantu rakyat khususnya di kawasan Sungai Limau ini," tambahnya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November sebagai hari pengundian dan 23 Oktober sebagai tarikh penamaan calon PRK DUN Sungai Limau ekoran kematian penyandangnya bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak 26 September lepas.
Azizan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada 26 September lalu akibat jangkitan kuman dan kegagalan pelbagai organ dalaman, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei lepas, Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd. Fazillah Mohd. Ali dengan majoriti 2,774 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan