ads

Rabu, 1 Januari 2014

02 di kubang pasu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di kubang pasu - Google Blog Search


110 Murid <b>Di Kubang Pasu</b> Dapat Baju Sekolah "Free <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2013 06:01 AM PST

KUBANG PASU - Seramai 110 murid dari daerah ini menerima sumbangan pakaian seragam sekolah daripada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu bagi meringankan beban keluarga mereka.
Sumbangan tersebut disampaikan menerusi Program Back To School yang diadakan di sebuah pasar raya di Changlun hari ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian itu, Hasmuni Hassan berkata, kesemua murid tersebut dipilih oleh wakil 46 cawangan UMNO Bahagian Kubang Pasu dan mereka yang terpilih terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan.
"Setiap seorang murid menerima sumbangan sehelai pakaian seragam sekolah dan program ini merupakan program pertama yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu.
"Pihak kami berharap sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh waris murid berkenaan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak- anak mereka," katanya ketika ditemui selepas program itu hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO, Mohd. Rafiq Naizamohideen dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulfitri Yaccob.
Menurut Hasmuni, program itu dijangka menjadi acara wajib bagi Pemuda UMNO Kubang Pasu memandangkan maklum balas positif penerima sumbangan tersebut.
Dalam pada itu, Mohd. Rafiq berkata, pihaknya mahu Pemuda UMNO di seluruh negara mencontohi program itu kerana ini ia membawa banyak manfaat kepada rakyat.
"Saya juga bersedia untuk meneruskan program-program sebegini ke peringkat Pemuda Pusat agar semua pihak mendapat kebaikan.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu yang kreatif dalam menjalankan program untuk masyarakat," katanya.
Sementara itu, seorang waris yang merupakan orang kurang upaya, Ismail Mahmud, 40, berkata, dia bersyukur kerana terpilih untuk menerima bantuan pakaian seragam sekolah untuk anaknya yang berusia 11 tahun hari ini.
"Saya memang tak mampu bekerja setelah terlibat dalam kemalangan di tempat kerja kira-kira lima tahun lalu. Kami sekeluarga hanya mengharapkan pendapatan daripada isteri saya yang bekerja sebagai pembantu kedai," katanya. -Utusan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved