ads

Sabtu, 11 Januari 2014

02 di kulim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


Curi 4 ekor lembu, sumbat muat dalam kereta Wira <b>di Kulim</b> - Blog <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2014 10:50 PM PST


Curi 4 ekor lembu, sumbat muat dalam kereta Wira di Kulim


Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi.
Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.
"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Chin.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supt C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran.

Macam siot je curi lembu guna kereta Wira. Bukan seekor, tapi empat ekor terus. Haha. Terang dan bersuluh ini perompak desperate.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Senarai kereta paling laris dijual di Malaysia
Tahun 2003

Maharaja Lawak Mega 2013 Full
Tonton Lawak Online

Cubaan Curi Lembu Tumpas <b>Di Kulim</b> | Bicara Santai

Posted: 05 Jan 2014 03:46 PM PST

Sering juga kita dengar kes curi lembu sebelum ini dan haiwan itu disumbat ke dalam but kereta.  Kerja-kerja sebegini sememangnya kreatif dan  perbuatan jahat itu nampkanya kreatif pula.  Dalam kes terbaharu ini, hajat dua orang lelaki untuk mencuri lembu gagal dan lembu-lembu tersebut dapat diselamatkan.

curi_lembu1

Lembu-lembu disumbat ke dalam kereta

curi_lembu2

Lembu-lembu berhimpit di dalam kereta Wira

Cubaan dua lelaki untuk mencuri empat ekor lembu dengan cara membius sebelum menyumbat kesemua haiwan itu di dalam sebuah kereta semalam, tidak berjaya selepas kenderaan tersebut terpaksa ditinggalkan di Kampung Siam, Lunas di sini kerana rosak.

Kesemua lembu itu disumbatkan di dalam kereta jenis Proton Wira berkenaan yang telah diubah suai di ruang tempat duduk penumpang belakang. Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Supritendan Chin Su Song memberitahu, kejadian itu disedari seorang penternak di Sungai Lembu, Bukit Mertajam di sini kira-kira pukul 5 pagi selepas mendapati empat ekor haiwannya hilang.

"Penternak itu kemudian membuat laporan polis dan meminta bantuan rakan-rakannya untuk mencari," katanya di sini hari ini.

Su Song berkata, tidak lama kemudian, rakan mangsa berjaya mengesan kereta tersebut yang berada dalam keadaan mencurigakan berdekatan Plaza Tol Lunas di Lebuh Raya Kulim-Butterworth (BKE).

"Menyedari diekori, suspek yang berusia sekitar 20-an memecut laju. Bagaimanapun, kereta itu mengalami kerosakan dan terpaksa ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Siam, Lunas, kira-kira 15 kilometer dari tempat lembu itu dilaporkan dicuri," katanya.

Menurut beliau, orang ramai yang menjumpai kereta itu kira-kira pukul 7 pagi memaklumkan kepada polis.  Tambahnya, polis percaya suspek menggunakan laluan Sungai Lembu ke Kampung Mengkuang sebelum memasuki lebuhraya  BKE.

"Kita sedang mengesan pemilik kenderaan berkenaan. Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek atau kegiatan curi seumpama itu agar menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Asisten Supritendan C. Tharmalingam di talian 04-4906222 bagi membantu siasatan.

Sumber  :  Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category: Isu Semasa

Banjir: 500 orang di pindah <b>di Kulim</b> | ISMAWeb

Posted: 20 Oct 2013 07:43 AM PDT

KULIM, 20 Okt (Bernama). Semakin ramai mangsa banjir kira-kira 500 orang di daerah ini dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat,Pertanian dan Asas Tani serta Pembangunan Usahawan Negeri Kedah Datuk Suraya Yaacob berkata angka tersebut pada malam tadi dan pagi ini hanya mencecah kira-kira 200 orang. "Ini berikutan air banjir dari Sungai Muda dalam daerah Baling telah sampai sekitar kawasan Mukim Padang Meha, khususnya Merbau Pulas. "Ini menyebabkan semakin banyak kampung dinaiki air dan terdapat beberapa buah rumah yang ditenggelami air banjir sehingga petang ini," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa pusat pemindahan di sekitar Mukim Bagan Senadan Padang Meha petang ini.

Hadir sama menziarahi mangsa-mangsa banjir ialah Ketua Umno Bahagian Padang Serai yang baharu Asmadi Abdul Talib dan Timbalannya Bakti Hashim serta Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim Rohana Mohd Yusuff.

Suraya menyampaikan bantuan berupa "Banjir Kit" yang mengandungi peralatan persediaan banjir serta barang-barang keperluan dapur kepada mangsa-mangsa banjir di Surau Kampung Bikan Atas, Kampung Padang Katong dalam Mukim Labu Besar serta beberapa kawasan sekitar Pekan Merbau Pulas.

Katanya bantuan untuk mereka di pusat-pusat pemindahan akan dinilai pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam masa terdekat.

Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved