02 di tanjung dawai - Google Blog Search |
PERCUTIAN KELUARGA <b>DI TANJUNG DAWAI</b> KEDAH Posted: 12 Jan 2014 04:02 PM PST Keluarga mertua saya suka ke Tanjung Dawai untuk membeli ikan kering, ikan masin, ikan bilis dan produk-produk perikanan yang dikeringkan. Produk-produk ini lebih segar dan lebih murah di sini. Kebanyakannya adalah hasil keluaran tempatan; iaitu dari penduduk Tanjung Dawai sendiri tau. Antara ikan masin kering yang dijual di sini Saya sudah beberapa kali ke sini, namun tak pernah terfikir untuk masukkan dalam blog ni. Tapi untuk trip kali ini, saya rasa agak berbaloi juga untuk dikongsi sebab tempat ini ada tarikannya tersendiri jika diteliti. Lokasi Tanjung Dawai seperti yang diterangkan oleh Google Map & WIkipedia. Keluarga mertua saya suka membeli di kompleks ini sebab banyak pilihan yang ada. Sambil tunggu makcik Bad pilih-pilih ikan kering, budak-budak comel ni main belon buih yang juga dibeli di sini.. Makcik Bad sedang memilih-milih.. Selepas membeli, kami pon ke Jetty yang berada betul-betul di sebelah kompleks tu. Jalan kaki je dah sampai. Kami lepak-lepas je kat situ sambil layan blues (dan layan anak-anak main belon air). Inilah jeti Tanjung Dawai Pemandangan di jeti yang sejuk mata memandang Ammar main belon air.. tapi belon tak menjadi sangat.. Tapi bila abah take over tiup belon, barulah meriah belonnya keluar. Seronok anak-anak berlari ke sana ke mari mengejar belon yang berterbangan.. Mak Long Nab, Nenek dan makcik Bad duk sembang-sembang kat bawah wakaf sambil layan baby Muiz dan Adik Wan. Rasa sekejap je lepak kat situ, hari pon dah senja.. Kemudian kami pon pergi ke salah sebuah restoran ikan bakar yang terdapat di tepian pantai Tanjung Dawai. Masa tu kami di sertai oleh Pak Lang Badri, Mak Yang Sarah dan Tokcik berdua. Barulah syok nak makan ramai-ramai. Makanan dah nak abis baru teringat nak amik gambo Adik Amir makan nak suap sendri sekarang.. Saya tak ingat apa nama restoran ni, tapi secara peribadi saya berpuashati dengan restoran ini. Ikan yang kami pilih dimasak dengan baik dan sedap. Harganya juga agak berpatutan. Restorannya besar, ada ruangan untuk duduk seperti biasa dan ada wakaf-wakaf yang dibina untuk mereka yang lebih suka bersila. Juga disediakan surau untuk pelanggan menunaikan tanggungjawab kepadaNya, siap asing-asing untuk lelaki dan perempuan. Juga ada tandas, namun pengguna yang tidak bertanggungjawab menjadikan keadaan tandas agak kotor dengan pampers bersepah di lantai. Mungkin pihak pengurusan restoran boleh menambahbaik lagi dengan meletakkan tong sampah di kawasan strategik di dalam tandas dan improve jadual pembersihan tandas dengan meningkatkan kekerapan. Apa-apapon, we've had a great time with families! |
You are subscribed to email updates from di tanjung dawai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan