02 di kubang pasu - Google Blog Search |
BLOG KEDAH: 02 <b>di kubang pasu</b> - Google Blog Search Posted: 28 Jan 2014 01:22 PM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||||
Lelaki Disalah Anggap Suspek Rogol Dakwa Dipukul Kejam Polis <b>...</b> Posted: 05 Feb 2014 07:48 PM PST February 6th, 2014 . . Apabila seorang kontraktor dari Kedah datang atas kehendaknya sendiri ke Balai Polis Kubang Pasu untuk membantu siasatan satu kes rogol Disember tahun lepas, dia sedikit pun tidak menjangka akan melalui satu tragedi buruk yang akan menghantuinya seumur hidup. Zul Hilmi Abdul Rahman, 32, ditahan reman pada hari berikutnya, 12 Disember, dan ditempatkan di dalam lokap, di mana dia mendakwa dipukul dengan kejam oleh tiga anggota polis – dua lelaki dan seorang wanita – selama dua jam dan membiarkannya dalam kesakitan, tanpa rawatan perubatan. Zul Hilmi hadir di balai polis tersebut pada 11 Disember, selepas diberitahu bahawa polis mahu menemuinya bagi membantu siasatan satu kes rogol tetapi dia sebaliknya ditahan dan disenaraikan suspek. Dia kemudian mendapat tahu bahawa wanita yang tidak dikenali, telah membuat laporan polis yang mendakwa bahawa sebuah kereta dengan nombor plat keretanya terlibat dalam jenayah itu. Zul Hilmi berkata dia mahu keadilan kerana mendakwa telah dipukul oleh polis yang didakwanya mahu memaksanya mengaku melakukan jenayah yang tidak dilakukannya. Dia mendakwa dipukul di bawah kaki dengan batang paip PVC yang tebal dan sebanyak dua kali – 18 dan 16 kali – selama dua jam, pada hari pertama dia ditahan di lokap. Menurutnya, tangannya diikat dan mereka menumbuk dan menendangnya, menyebabkan kecederaan kepada kaki, bahu kiri, skrotum (bahagian sulit) dan usus besar. "Saya tidak dapat bernafas," katanya Zul Hilmi yang terbaring di katil dalam kesakitan, dengan isterinya, Nur Othman di sebelahnya semasa ditemui di rumahnya di Alor Setar malam tadi. Zul Hilmi berkata akibat kejadian itu pada 12 Disember tahun lepas, dia dan tidak lagi dapat bekerja untuk menyara keluarganya, termasuk ibu bapanya. Sebelum ini dia memperoleh pendapatan antara RM5,000 hingga RM6,000 sebulan sebagai kontraktor tetapi kini perlu bergantung sepenuhnya pada isterinya, yang bekerja dalam perkhidmatan awam. Berkahwin dua tahun lalu, pasangan itu belum dikurniakan anak dan diberitahu oleh doktor mereka mungkin menghadapi kesukaran mempunyai anak. Nur Adzleen, 29, telah membuat dua laporan polis mengenai kejadian itu – pada 12 dan 27 Disember – di Balai Polis Jitra, tetapi menurutnya, belum ada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menyiasatnya. Pada 12 Disember, apabila dibenarkan untuk melihat suaminya, dia terkejut mendapati Zul Hilmi sangat lemah, sesak nafas, dengan kakinyabengkak dan lebam di bahunya. Zul Hilmi hanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Bahiyah pada 23 Disember, selepas dia dibebaskan dengan jaminan polis. Beliau menjalani dua pembedahan kerana jangkitan pada buah zakar dan duburnya. Usus besarnya juga turut cedera dan dia memakai beg kolostomi. PDRM Pula Menafikannya! SEMENTARA itu, PDRM mendakwa tuduhan seorang lelaki bahawa polis tidak mengambil tindakan terhadap dakwaan dia mengalami kecederaan teruk di kemaluan akibat didera semasa dalam tahanan polis Kubang Pasu pada Disember lepas adalah tidak benar. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohamed Yusoff berkata kertas siasatan kes itu dihantar ke Bahagian Siasatan dan Perundangan Polis Bukit Aman, Sabtu lepas. "Saya ingin menegaskan polis mengambil tindakan mengikut prosedur. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, " kata Ibrahim kepada pemberita di sini Khamis. Katanya Bahagian Siasatan dan Perundangan Bukit Aman akan mengemukakan kes itu kepada Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Menurut Ibrahim, isteri lelaki itu membuat laporan di IPD Kubang Pasu pada 12 Dis lepas selepas melawat suaminya di lokap dengan mendakwa suaminya dipukul di bahagian perut, bahu serta ditampar anggota polis yang membuat siasatan. Pegawai penyiasat polis yang memeriksa lelaki itu mendapati tiada kesan dipukul pada badannya namun polis membawanya ke hospital untuk diperiksa dan disahkan tiada kesan pukul pada badan lelaki itu, kata Ibrahim. Suspek yang tinggal di Sungai Korok, Jitra bersama dua rakannya dikatakan melarikan seorang gadis yang berjalan ke kedai runcit berhampiran rumahnya di Taman Tunku Maheran di sini pada 7.50 pagi 9 Disember lepas. Mangsa dibawa menaiki sebuah kenderaan jenis Suzuki ke satu tempat di Jitra sebelum dirogol bergilir-gilir manakala keluarganya diugut membayar RM50,000 supaya gambar gadis itu dirogol tidak diedarkan. Bagaimanapun, dua lagi suspek masih bebas. – BERNAMA . |
You are subscribed to email updates from di kubang pasu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan