02 di kulim - Google Blog Search |
Pelajar sekolah antara yang ditahan <b>di Kulim</b>. - UtaraNews Posted: 02 Feb 2014 08:00 PM PST KULIM - Untuk memastikan kadar kemalangan dapat dikurangkan, Trafik Kulim melancarkan Ops Samseng Jalanan di sekitar kawasan pekan dan jalan utama bagi mengesan pemandu yang gagal mematuhi undang-undang. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, dari sekatan dijalankan sepanjang musim Tahun Baru Cina, lebih 10 motosikal disita kerana pelbagai kesalahan. Katanya, dari jumlah itu, penunggang motosikal bawah umur dan pelajar sekolah merupakan golongan yang paling ramai ditahan. "Antara kesalahan yang mengakibatkan motosikal mereka disita adalah tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tidak ada perlindungan insurans dan memandu secara melulu," katanya. Katanya, polis berjaya mengurangkan jumlah kemalangan maut berbanding tahun lalu. Menurutnya, operasi seperti itu akan diteruskan dari masa ke semasa untuk memastikan pengguna jalan raya lebih bertanggungjawab di masa akan datang. share |
You are subscribed to email updates from di kulim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan