Khamis, 6 Februari 2014

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


YaPEIM » Perkhemahan Santun Nasional 2013 <b>di Langkawi</b>

Posted: 13 Jan 2014 12:01 AM PST

LANGKAWI,  31 Oktober 2013 (Khamis) : Program Perkhemahan Nasional Santun merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dibawah unit Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) telah diadakan bersempena Mesyuarat Tahunan Tidak Rasmi (SOM) Pegawai-pegawai Kanan Pengurusan ISLAMI MABINS bermula pada 24 hingga 30 Oktober 2013.

Program yang telah dijalankan di Langkawi ini menyasarkan penyertaan daripada warga SANTUN dari semua peringkat bagi melahirkan generasi SANTUN yang mempunyai sifat dan sikap kepedulian sosial yang tinggi. Program ini juga diadakan untuk melatih warga SANTUN meningkatkan kemampuan berkomunikasi serta amal jamaiy dan kerja berpasukan dalam menyampaikan maklumat, idea dan kaedah penyelesaian masalah kepada masyarakat.

Melalui program ini, khidmat bakti warga SANTUN dapat diperluaskan lagi dengan aktiviti-aktiviti seperti motivasi, ceramah, khidmat masyarakat dan sebagainya. Semangat kesukarelawanan di kalangan warga SANTUN ini juga dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Majlis Perasmian Penutupan program ini dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hj. Abd Malek Bin Awang Kechil, Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Kesimpulannya, program seperti ini telah memberi manfaat kepada warga SANTUN melalui beberapa aktiviti didalamnya seperti mengeratkan ukhwah dikalangan peserta dan  ahli keluarga SANTUN yang diziarahi, mempraktikkan ilmu dan amal islam dalam diri warga SANTUN, memberi pendedahan kepada warga mengenai amal jamaiy, pendedahan kepada aktiviti khidmat bakti serta kepimpinan . Selain itu juga peserta di dedahkan dengan aktiviti kerohanian dan kepimpinan. Pelbagai penerapan ini dapat memperkukuhkan warga SANTUN menjadi warga yang lebih berketerampilan di masa hadapan serta memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada agama, negara dan YaPEIM.

Galeri Gambar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan