Ahad, 9 Februari 2014

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


MMI : <b>Padang Terap</b> Sahut Suara Melayu PP , Yang Lain Tunggu <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2014 04:05 PM PST

Lebih 100 ahli Pergerakan Pemuda UMNO Padang Terap dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berkumpul bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan secara terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Sambil membawa sepanduk tertulis kecaman terhadap tindakan Khai Loon dan pakatan pembangkang, mereka menuntut Khai Loon memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Padang Terap, Ismail Ibrahim berkata, tindakan wakil rakyat itu dianggap melampau dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin yang dipilih oleh masyarakat pelbagai kaum.
"Dia dipilih oleh pengundi di Machang Bubuk, tetapi adakah penduduk yang sayangkan Perdana Menteri boleh menerima tindakannya yang menghina pemimpin negara?. Sikapnya tidak mencerminkan mentaliti selaku pemimpin yang dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat.
"Kami membantah tindakan biadab wakil rakyat ini dan selain berhimpun, satu laporan dibuat di Balai Polis Padang Terap supaya wakil rakyat ini diambil tindakan. Dia bertindak seperti perusuh jalanan," katanya dalam perhimpunan itu yang diadakan di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang di sini hari ini.
Antara NGO lain yang terlibat adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan barisan pengerusi jawatankuasa kampung di sekitar Padang Terap.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Pekida daerah, Abd. Aziz Arifin dalam ucapannya berkata, bantahan dilakukan itu bukan bertujuan untuk mengapi-apikan perkauman.
"Kami sentiasa menjunjung keamanan yang kita kecapi selama ini. Disebabkan itu, kami yang berhimpun hari ini tidak berniat untuk bercakap mengenai isu perkauman.
"Tetapi jangan lakukan tindakan biadab seperti ini. Diharapkan perkara seperti ini tidak berlaku lagi kerana boleh mendatangkan kekacauan dalam kalangan masyarakat," katanya.utusan
Terbaik bro-bro semua , kita harus bersuara jangan biarkan manusia seperti Lee Khai Loon bebas dengan sikap kurang ajar mereka.
Masih tunggu respon mereka yang mengaku MELAYU di tempat lain !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan