ads

Ahad, 2 Februari 2014

02 di sungai petani - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


Rompak Samun dan Bunuh di siang hari <b>di Sg Petani</b>, amannya <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2014 05:35 AM PST

Warga emas mati dibunuh

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN Tarikh: January 28, 2014

SUNGAI PETANI – Seorang warga emas ditemui mati dalam rumah miliknya dekat kawasan perumahan elit Lagenda Heights, Sungai Petani dalam kejadian lebih kurang jam 11.30 pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Goh Teik Seng, 67, ditemui terbaring di tingkat bawah rumah banglo berkenaan berdekatan sudut tangga ketika ditemui pasukan polis.

Difahamkan, mangsa dipercayai terkena hentakan kuat oleh objek keras di bahagian kepala.

Pengerusi Persatuan Penduduk Lagenda Heights, Low Sui Guan, 47 berkata, mangsa tinggal seorang diri di rumah berkenaan kerana tidak pernah melibat saudara-mara atau ahli keluarga terdekat menziarahinya.

"Keadaan pintu rumah mangsa tidak tertutup ketika dilihat sejak semalam tetapi tidak mengesyaki apa-apa kerana beranggapan kemungkinan mangsa keluar ke pusat beli belah berdekatan.

"Pagi ini, keadaan masih sama apabila pagar rumahnya tidak bertutup dan berkunci," katanya.

Katanya, melihatkan keadaan itu yang mencurigakan, mereka menghubungi pasukan polis sebelum pemeriksaan ke dalam rumah dilakukan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, hasil siasatan awal mendapati mayat seorang lelaki warga emas ditemui terbaring dalam rumah tersebut.

Menurutnya, berdasarkan tinjauan, mangsa dipercayai disamun sebelum dibunuh.

"Bagaimanapun, tiada sebarang tanda pecah rumah dikenal pasti, berkemungkinan suspek dikenali mangsa," katanya.

Berdasarkan maklumat diperoleh, mangsa sudah meninggal dunia kira-kira beberapa jam dari tempoh ditemui.

Menurut Khalil, motif kejadian masih dalam siasatan.

"Kes akan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk bedah siasat," katanya.

Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi polis atau ke balai polis berdekatan untuk berbuat demikian.

Gambar 2 Buah Perodua Myvi Dihempap Kontena <b>Di Sungai Petani</b> <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2014 04:17 PM PST

Kejadian sebuah kontena bermuatan kertas A4 tumbang dan mengenai kenderaan yang sedang parking berlaku di Sungai Petani Kedah. 
Lebih malang lagi kedua-dua Kereta Myvii yang dihempap itu Myvi keluaran baru Perodua, mujurlah Tiada kecederaan yang dilaporkan. - sumber gambar dan berita:- DAily-TRaffic-REport

SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved