ads

Selasa, 25 Mac 2014

02 di baling - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


Misteri pokok Durian <b>di Baling</b> hantui penduduk. - UtaraNews

Posted: 22 Mar 2014 03:30 AM PDT

BALING - Sebatang pokok durian yang terbelah di bahagian batangnya menjadi tumpuan ramai untuk melihat keunikan batang pokok itu.

Terletak di Kampung Rambong Batu 7, pokok itu juga dikatakan mengeluarkan buah yang lebih sedap berbanding pokok biasa.

Pemiliknya, Zulkifli Bidin, 60, berkata, pokok durian itu kemungkinan berusia lebih 100 tahun dan masih lagi mengeluarkan buah sehingga kini.

Menurutnya, ketika dia masih kecil, pokok durian itu telah membesar seperti sekarang.

"Kebanyakan orang luar yang datang pasti akan mengambil gambar bersama pokok ini.

"Batang seperti ini sukar ditemui," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, bahagian batang pokok berkenaan membentuk seperti sampan setinggi hampir 20 meter.

Menurutnya, batang pokok itu seolah-olah diukir kerana ia nampak kemas sama seperti sebuah sampan.

"Bagi saya, ia adalah perkara biasa tetapi ada keunikan tersendiri," katanya.

share

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved