Sabtu, 8 Mac 2014

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Penoreh getah, aktivis rancang perhimpunan <b>di Baling</b> selepas <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2014 05:31 PM PST

Petani dan aktivis politik merancang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran di Baling, Kedah sekali lagi bagi menuntut kenaikan harga getah berikutan kejatuhan teruk harga komoditi utama negara itu.
Menurut sumber, ia akan diadakan sempena memperingati demonstrasi bersejarah petani dan penoreh getah di Baling pada 1974 yang digerakkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau masih melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.
Sebagai pemanas badan ke arah demonstrasi itu, pelbagai aktiviti dibuat oleh Pemuda PAS dan aktivis tani di seluruh negara menjelang perhimpunan itu.
Kejatuhan harga getah yang menjunam sejak kebelakangan ini menyebabkan ada anak penoreh getah di seluruh negara terpaksa ke sekolah tanpa membawa duit belanja dan mengikat perut.
Pemuda PAS Perak mengunjungi pejabat Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) Wilayah Utara bagi membincangkan fenomena itu dan mencari jalan penyelesaian bagi menghadapinya.
"Ada di antara anak mereka yang tidak membawa duit belanja ke sekolah kerana faktor kewangan, ini ditambah pula dengan cuaca kemarau yang malanda negara menyebabkan susu getah berkurangan," kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Akmal Kamarudin kepada LGM.
Turut serta dalam pertemuan itu ialah dua exconya iaitu Fakhrulrazi Mokhtar dan Faizal Fuad. Mereka menemui Pengarah LGM Wilayah Utara, Sabran Ibrahim.
Dalam pertemuan penuh mesra yang berlangsung hampir dua jam itu, mereka membincangkan nasib pekebun kecil yang majoritinya adalah golongan miskin tegar mesti dibela oleh kerajaan.
Antaranya mereka mencadangkan kerajaan memperkenalkan harga lantai untuk mengatasi harga getah yang tidak menentu.
"Dengan pelaksanaan ini,  nasib penoreh getah lebih terbela dan masalah miskin tegar akan dapat diatasi," katanya.

Katanya, beliau mencadangkan harga lantai untuk getah pada kadar RM4 sekilogram berbanding harga getah sekarang serendah RM1.90 sekilogram di sesetengah tempat.
Beliau turut mempersoalkan kenapa harga getah yang dijual di luar negara dibeli pada harga tinggi sedangkan penoreh getah menjual kepada syarikat dengan harga amat rendah.
"Perkara ini amat menghairankan kita dan adakah urusan jual beli di luar negara dikawal oleh syarikat kroni kerajaan yang senang-lenang mengerah tenaga rakyat," katanya.
Baru-baru, Pemuda PAS dan beberapa NGO tani mengadakan perhimpunan di Baling dan Pendang, kawasan yang ramai pekebun kecil getah, bagi menuntut keadilan untuk mereka yang sedang menimpa sengsara ini.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sebelum ini mendesak  calon PKR dalam pilihan raya kecil Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat isu ini dalam kempennya di Kajang.
Ini kerana Anwar adalah salah seorang yang terlibat dalam demonstrasi Baling 1974 susulan kejatuhan harga getah ketika itu.
Ketua Pemuda PAS, Suhaizat Kaiat yang turut serta dalam demonstrasi di Pendang, baru-baru ini mendesak kerajaan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu ini.
"Jika kerajaan masih tidak ambil peduli, kita gerakkan secara besar-besaran untuk menyokong dan membantu penoreh di Kedah dan di seluruh negara," katanya.
The Malaysian Insider difahamkan, mereka turut merancang perhimpunan besar-besaran di Baling bagi mengenang kembali demonstrasi 1974 untuk memperjuangkan nasib penoreh getah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan