Ahad, 23 Mac 2014

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


Akhirnya Hujan Turun <b>Di Kuala Ketil</b> | Kuala Ketil

Posted: 18 Mar 2014 06:48 PM PDT

Setelah hampir dua bulan dilanda musim kemarau, akhirnya hujan turun juga di Bandar Kuala Ketil. Selama lebih kurang 1 jam, hujan turun dengan intensiti sederhana pada petang ahad (16 Mac 2014).
Walaupun hujan hanya turun sebentar, warga Kuala Ketil bersyukur dan menyambut dengan sukacita turunnya hujan dengan melakukan sujud syukur

"Syukur Alhamdulillah kita diberikan anugerah hujan hari ini(16 Mac 2014)." ujar Mahathir Zakaria, sorang warga Kuala Ketil.

Menurut Mahathir, turunnya hujan ini sangat membantu warga untuk mendapatkan air di musim kemarau yang panjang. Apalagi ditambah keringnya hutan menyebabkan hutan mudah terbakar.

Seperti yang berlaku pada Jumaat (14 Mac 2014), kebakaran hutan dan kebun di Batu 5 Kuala Ketil, menyebabkan seorang pemilik kebun meninggal dunia. Di beritakan, warga berkenaan meninggal kerana tersedut asap dalam kuantiti yang banyak.
Hal yang sama juga dinyatakan Zaini, warga Kampung Batu Satu yang mengaku sangat menanti hujan.
Zaini dan sejumlah warga lainnya juga berharap agar musim kemarau panjang melanda Bandar Kuala Ketil sudah berakhir.

Sebelumnya, masjid jamek Kuala Ketil di bawah pimpinan Imam  Cik Nan telah melakukan solat hajat secara berjemaah selepas Solat Jumaat (14 Mac 2014) untuk meminta diturunkannya rahmat Tuhan berupa hujan dan mengakhiri kemarau yang melanda Kuala Ketil dan seluruh Negara sejak 2 bulan lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan