02 di kulim - Google Blog Search |
khatib pas mengkafirkan allah taala dalam khutbah jumaat <b>di kulim</b> <b>...</b> Posted: 16 Feb 2014 05:05 AM PST Rupa-rupanya, masih ada orang PAS yang kurang berpengetahuan dalam bidang Usuluddin walaupun sudah bergelar Ustaz malah telah diangkat menjadi Khatib Jemputan. Rupa-rupanya pengetahuan agama Islam mereka sekadar berserban, berjubah, berjanggut kambing dan menjadi ahli PAS. Islam yang sebenar-benarnya, sama ada dari segi akidah, pemahaman mahupun amalan, merupakan perkara yang jauh dari diri dan hati mereka. Ini yang berlaku apabila seorang khatib jemputan yang merupakan YDP PAS Kawasan Padang Serai mempamerkan kecetekan ilmu dan kejahilannya yang amat murakkab dalam bidang usuluddin membabitkan Kalimah ALLAH. Semuanya bermula apabila Masjid Muttaqin, Tamah Selasih, Kulim yang tereltak dalam PDM Taman Selasih bagi DUN N34 Lunas dan Parlimen P.17 Padang Serai menjemput Mohd Pauzi bin Tahir untuk menyampaikan Khutbah Jumaat. Khutbah Jumaat yang disampaikannya bertajuk, 'SIAPAKAH ALLAH' dan khutbah tersebut adalah KARANGANNYA SENDIRI. Mohd Pauzi enggan menggunakan teks khutbah yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) mungkin kerana di dalam teks khutbah standard tersebut, tidak terdapat pembelaan untuk golongan munafiqin dan perosak agama. Dalam khutbahnya, Mohd Pauzi menyatakan Allah SWT adalah Tuhan kepada semua makhluk seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, makhluk halus, mikro organisma dan semua manusia sama ada umat Islam mahupun golongan kafir. Katanya lagi, Nabi Ibrahim a.s pernah berdoa memohon agar Allah Taala memberikan rezeki hanya kepada orang-orang yang berfirman. Kemudian Allah Taala berfirman bahawa Dia tetap akan memberikan rezeki kepada orang kafir tetapi di akhir, mereka akan dihumban ke dalam neraka akibat kekufuran mereka. Penganut Kristian yang mengikuti ajaran Nabi Isa a.s, katanya, beriman kepada Allah Taala tetapi 300 tahun selepas kewafatan Nabi Isa a.s, Raja Rom bernama Constantine telah mengubah ajaran Kristian dengan mengakui Nabi Isa a.s sebagai Anak Allah namun mereka tetap beriman dengan Allah. Kata Mohd Pauzi lagi, kita tidak boleh mengatakan Allah bukan Tuhan orang bukan Islam kerana perbuatan tersebut secara tidak langsung menyebabkan kita mengiktiraf ada Tuhan lain selain Allah yang menjurus kepada perbuatan syirik. Menurutnya lagi, kita tidak boleh terpengaruh dengan golongan yang membuat demo mengatakan Allah bukan Tuhan orang Kristian kerana hanya akan membuat umat Islam kelihatan ganas dan dibenci oleh orang kafir. Menurutnya, kita tidak boleh terlibat dengan demonstrasi kalangan yang mengamalkan politik perkauman, rasis dan mengugut untuk mencetuskan kembali Peristiwa 13 Mei. Katanya lagi, umat Islam seharusnya menerangkan kepada orang kafir yang mengakui Allah sebagai Tuhan bahawa agama yang diterima Allah hanyalah Islam dan mereka perlu beriman dengan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mohd Pauzi yang merupakan YDP PAS Kawasan Padang Serai ini sebenarnya cuba membela kaum Kristian yang mahu menggunakan Kalimah ALLAH untuk menyebarkan agama mereka. Mohd Pauzi tidak mungkin tidak sedar bahawa penggunaan KALIMAH ALLAH oleh puak berkenaan tidak ada kena-mengena dengan pengakuan mereka bahawa Allah adalah Tuhan sekalian alam sebaliknya hanya mempergunakan KALIMAH ALLAH untuk menyebarluaskan ajaran Kristian. Tidak itu sahaja Mohd Pauzi juga tidak mungkin tidak tahu bahawa demonstrasi dan tentangan terhadap penyalahgunaan KALIMAH ALLAH oleh pihak-pihak tertentu di negara ini, bukanlah kerana mahu menolak hakikat bahawa Allah Taala adalah Tuhan kepada setiap sesuatu dan tidak ada Tuhan melainkan-Nya. Sebaliknya penentangan tersebut adalah disebabkan niat jahat puak terbabit yang sedang mensasarkan masyarakat Melayu-Islam untuk dimurtadkan. Puak-puak seperti Mohd Pauzi terlalu bergantung kepada Tauhid Al-Rububiyyah yang bagi mereka merupakan penjelasan terbaik untuk menerangkan tentang Allah Taala dan iman kepada-Nya. Golongan jahilun seperti Mohd Pauzi memang ramai. Kriteria utama golongan ini ialah apabila mereka menyatakan bahawa TIDAK ADA TAUHID-TAUHID LAINNYA dan TAUHID HANYA SATU.Golongan ini sangat ramai bersarang dalam JAKIM dan apabila mereka menerangkan tentang Tauhid kepada Allah, mereka hanya menerangkan tentang Tauhid Al-Rububiyyah yang mana kaum kafir juga memperakui dan mengikutinya. Malang sekali, golongan seperti Mohd. Pauzi yang cenderung untuk meliberalkan Islam dan mengambil hati kaum kafir serta mencari redha mereka, gagal memahami Tauhid Al-Uluhiyyah yang sepatutnya dilaksanakan oleh setiap yang bergelar Islam dan berharap agar diberikan keimanan dan keihsanan. Tauhid Al-Uluhiyyah bermaksud, Iktiqad yang jazim bahawa Allah Taala adalah Al-Ilah yang sebenar-benarnya, tiada Ilah selain-Nya dan Dialah yang berhak diserahkan segala ibadat. Begitu juga dengan Tauhid Asma As-Sifat yang sepatutnya diterangkan sekali seandainya benar seperti kata Mohd. Pauzi dibenarkan penggunaan KALIMAH ALLAH untuk mendidik hati golongan kafir agar rapat dengan Islam dan akhirnya memeluk Islam. Malangnya, orang sepreti Mohd Pauzi sebenarnya tidak lebih daripada sekadar tukang kempen yang dibayar upah oleh orang kafir untuk melakukan kesyirikan dan kemudian meletakkan kesalahan syirik kepada orang yang menentangnya. Taktik menakut-nakutkan orang yang tidak bersetuju dengan kaedah yang mereka gunakan, sudah terlalu lama digunakan sehinggakan ramailah golongan JAHILUN yang terperangkap dan akhirnya menggunakan hujah yang sama untuk MENGKAFIRKAN ALLAH TAALA menurut akal logik mereka. Semoga kita dijauhkan dari golongan seperti ini... dan sebenarnya, kalau tiada undang-undang di negara ini, kita sudah boleh mengejar, dan merejam mereka ini sehingga mati. Malangnya, kita tertakluk di bawah undang-undang sivil dan kita mengharapkan hanya Allah Taala yang memberikan balasan yang setimpal kepada perancang-perancang golongan kafir yang mahu memusnahkan umat Islam dan agama Islam di negara ini! |
You are subscribed to email updates from di kulim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan