Jumaat, 14 Mac 2014

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Lelaki India Cedera Parah Terkena Tembakan <b>Di Kulim</b> <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2014 02:35 AM PST

Kulim 20/02/14 - Satu kejadian tembak telah berlaku di lampu isyarat Kilang Inokom Kulim kira-kira pada pukul 9.00 pagi tadi dan seorang  pemuda berbangsa India berada dalam keadaan kritikal setelah terkena tembakan jarak dekat.

Menurut saksi kejadian yang juga teman wanita mangsa, kejadian berlaku dalam perjalanan saksi membawa mangsa menaiki sebuah motorsikal jenis Honda EX5 untuk mendapat rawatan susulan di Hospital Kulim.

Ketika sampai dihadapan kilang Inokom Kulim, sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC yang dinaiki 2 suspek lelaki India telah menghimpit motosikal yang dinaiki mereka dan melepaskan 5 atau 6 das tembakan ke arah mangsa. Apabila saksi memberhentikan motorsikal dia melihat mangsa sudah terjatuh tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal telah pun dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapat rawatan. Pihak Hospital mendapati terdapat empat kesan tembakan dibeberapa anggota badan mangsa.

Dalam siasatan awal pihak polis ditempat kejadian. Pihak Polis telah menemui dua kelongsong peluru jenis S&B 9x19 dan Thai Arms 9mm.

Sehingga kini pihak Polis masih lagi menyiasat secara terperinci kejadian tersebut dan menggenal pasti dua suspek yang menaiki motorsikal Yamaha 135LC  yang melepaskan tembakan kepada mangsa.sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan