Isnin, 31 Mac 2014

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Penguatkuasa Jawi Tahan Kassim Ahmad <b>Di Kulim</b> | IdaMan

Posted: 26 Mar 2014 10:26 AM PDT


Bekas aktivis politik dan sosial, Kassim Ahmad yang mencetuskan kontroversi berhubung kenyataan berunsur anti-hadis baru-baru ini, ditahan penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di rumahnya di Taman Kulim Perdana, Kelab Golf Kulim di sini tengah hari Rabu.

Kassim ditahan sepasukan 10 pegawai penguat kuasa Jakim yang diketuai pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Anuar Salehuddin Mat Saad, dengan bantuan polis dan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Kulim pukul 12.30 tengah hari.

Di Kuala Lumpur, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Paimuzi Yahya ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan Kassim.

Katanya, Kassim akan didakwa di Mahkamah Syariah Putrajaya pada Khamis atas dua kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Beliau berkata, dua kesalahan itu ialah menghina agama Islam dan melanggar fatwa.

"Kesalahan pertama, Dr Kassim akan didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Jenayah Syariah kerana menghina Agama Islam.

"Kesalahan kedua mengikut Seksyen 9 akta yang sama kerana melanggar fatwa ataupun arahan pihak berkuasa agama," katanya.

Kassim mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng dan menyamakan sistem ulama dengan kasta paderi dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian pada 15 dan 16 Februari di Putrajaya baru-baru ini.

Pada seminar itu, Kassim dilaporkan turut menyinggung perasaan umat Islam apabila mendakwa masyarakat kini melakukan beberapa kesalahan seperti  mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW dengan ungkapan syahadah serta menyatakan bahawa rambut bukanlah aurat bagi wanita.

- Bernama

RAKYAT MARHAEN: Anti Hadis: Kassim Ahmad ditahan <b>di Kulim</b>

Posted: 26 Mar 2014 05:35 AM PDT

Sarjana Kassim Ahmad ditahan di rumahnya di Kulim, Kedah, ekoran kenyataan kontroversinya berkaitan hadis yang dibuat dalam sebuah seminar di Putrajaya sebelum ini.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kassim ditahan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim kira-kira jam 2.30 petang.

Penahanan itu dibuat selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya, menurut kenyataan itu.

Beliau ditahan bawah Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 berkaitan menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.

Sementara itu, anak Kassim -- Ahmad Shauqi -- berkata, bapanya dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kulim dan dibawa ke Kuala Lumpur untuk tujuan soal siasat.

JAWI tidak dapat dihubungi pada masa ini kerana di luar waktu pejabat.

Dijangka didakwa esok

Seorang pegawai agama di Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini.


Menurutnya, kira-kira 10 penguatkuasa agama terlibat dalam penahanan itu yang turut diiringi anggota polis tempatan.

Kassim dijangka dituduh di mahkamah syariah di Putrajaya pagi esok.

Kassim dalam seminar pemikirannya pada 16 Februari mencetuskan kontroversi apabila menyamakan ulama dengan "kasta paderi", menolak syahadah kedua dan berpendapat rambut bukan aurat wanita.

Kenyataan itu dikritik meluas pelbagai pihak termasuk parti politik, NGO dan ulama Islam.

Sebuah buku Kassim, Hadis: Satu Penilaian Semula diharamkan sebelum ini selepas dianggap antihadis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan