ads

Khamis, 6 Mac 2014

02 di kulim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


KedahLanie.info: Ribut: Sekolah, 40 rumah rosak <b>di Kulim</b>

Posted: 03 Mar 2014 03:38 PM PST

OLEH: Tarikh: March 3, 2014

KULIM - Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bahagian 7 dan 40 rumah pekerja ladang mengalami pelbagai kerosakan akibat ribut dalam kejadian di Ladang Sungai Dingin, Mahang petang semalam.

Menurut Anggota Dewan Undangan Negeri Kulim Chua Thiong Ghee, dalam kejadian 5.30 petang itu sebahagian bumbung sekolah berkenaan diterbangkan angin kuat, menyebabkan perabot dan peralatan rosak ditimpa kayu bumbung.

Kejadian menyebabkan bangunan itu langsung tidak boleh digunakan lagi, katanya kepada pemberita ketika melawat sekolah berkenaan, di sini.

Katanya beliau akan menghubungi Pejabat Pendidikan daerah bagi memaklumkan kejadian.

Bernama difahamkan sekolah itu mempunyai 16 murid dan enam guru.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim Mohammad Md Nor memberitahu, seramai 150 pekerja ladang termasuk 135 warga asing tinggal di rumah ladang berkenaan, namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pihak JKM akan mengeluarkan bantuan segera kepada lima keluarga orang tempatan dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, pemilik ladang berkenaan juga telah menyediakan bantuan makanan kepada mangsa terlibat dan JKM sedang memantau keadaan keluarga pekerja-pekerja penduduk tempatan yang menjadi mangsa ribut itu. - Bernama

Sekolah Tamil, 40 rumah rosak akibat ribut <b>di Kulim</b> | The Malaysian <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2014 02:08 AM PST

KULIM, 3 Mac: Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bahagian 7 dan 40 rumah pekerja ladang mengalami pelbagai kerosakan akibat ribut dalam kejadian di Ladang Sungai Dingin, Mahang petang semalam.

Menurut Anggota Dewan Undangan Negeri Kulim Chua Thiong Ghee, dalam kejadian 5.30 petang itu sebahagian bumbung sekolah berkenaan diterbangkan angin kuat, menyebabkan perabot dan peralatan rosak ditimpa kayu bumbung.

Kejadian menyebabkan bangunan itu langsung tidak boleh digunakan lagi, katanya kepada pemberita ketika melawat sekolah berkenaan, di sini.

Katanya beliau akan menghubungi Pejabat Pendidikan daerah bagi memaklumkan kejadian.

Bernama difahamkan sekolah itu mempunyai 16 murid dan enam guru.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim Mohammad Md Nor memberitahu, seramai 150 pekerja ladang termasuk 135 warga asing tinggal di rumah ladang berkenaan, namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pihak JKM akan mengeluarkan bantuan segera kepada lima keluarga orang tempatan dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, pemilik ladang berkenaan juga telah menyediakan bantuan makanan kepada mangsa terlibat dan JKM sedang memantau keadaan keluarga pekerja-pekerja penduduk tempatan yang menjadi mangsa ribut itu. — BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved