ads

Selasa, 11 Mac 2014

02 di langkawi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


Kereta Sewa Pilihan Saya Untuk Percutian <b>di Langkawi</b>

Posted: 03 Mar 2014 11:30 PM PST

Pilih punya pilih, akhirnya saya buat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan kereta sewa milik En. Anuar (019-2557584 / 013-4002720) setelah tertarik melihat blog beliau di langkawi-keretasewa-airport.blogspot.com dan mykeretasewa-langkawi.com. Di sana beliau senaraikan semua jenis kereta beserta dengan bayaran sewa untuk satu hari.

Saya pilih Perodua Alza atas sebab memerlukan ruang bonet yang besar untuk meletakkan 2 buah luggage kami dan juga barang-barang lain yang dibeli di Langkawi nanti. Sewanya pula RM100 untuk sehari, jadi kalau pergi 3 hari 2 malam, dia kira sebagai 2 hari sahaja, jadi total RM200.

Saya rasa macam banyak je nak bayar RM200 untuk 2 hari, tambahan pulak itu belum termasuk dengan duit minyak lagi tau. Jadi saya bagitau En. Anuar yang saya nak sewa Toyota Vios auto sebab harganya RM90/sehari, jadi bolehlah jimat RM20 di situ kan.

Bila dah sudah deal, En. Anuar minta saya sms kan detail untuk dia rekodkan. Tak perlu bayar deposit apa-apa untuk booking ni, cuma bila dah dapat kereta nanti terus buat full payment.

Details yang En. Anuar perlukan adalah seperti berikut :

1) Nama
2) No. hp
*3) Date arrival
4) Date departure
5) E-mail
6) Jenis kenderaan yang disewa
*7) Jetty / airport

* Lagi sejam atau 2 jam nak sampai Langkawi, kene call dia dulu. Nanti dia akan standby.

**Kalau kita sampai kat airport, dia akan hantar kereta ke airport. Kalau sampai kat jetty, dia akan hantar kereta ke jetty.

So bila dah confirm dengan En. Anuar, maka selesailah sudah proses booking kereta sewa. Leganyaaa!! Tak sabar nak holiday kat Langkawi!!! :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved