ads

Rabu, 5 Mac 2014

02 di langkawi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


JALAN-JALAN <b>DI LANGKAWI</b> - mEMoRi jALan-jALan - Blogger

Posted: 19 Feb 2014 03:26 AM PST

SEWA KERETA MURAH DI LANGKAWI

14 Feb 2014 (Jumaat)

Untuk kali kedua kami ke Langkawi. Sebelum ini pergi kami sewa motor je. Tapi kali ini planning nak sewa kereta plak.

Sebelum sampai Langkawi lagi suami saya dah survey contact-contact yang dia ada. Then, dapat lah kereta Toyota Vios RM70 tetapi tak terlintas plak untuk tempah sebab mengenangkan bukan peak time.

Asalnya, kami plan sewa kereta itu pada hari ke-3 kami di Langkawi. Tetapi kami tukar plan untuk sewa sehari awal daripada itu. So, kami contact semula penyewa itu.

Bile contact owner tu, dia kata kereta vios dah habis. So, mengenangkan kami pun memang tak ada buat tempahan so melepas laaa huhu..

Kami try cari contact2 yang lain, call & nego then dapat plak dengan harga yang ngam untuk kereta Vios jugak dengan harga RM300 untuk 4 hari. Inilah yang dikatakan Kereta Sewa Murah di Langkawi.

Kemudian kene bayar deposit RM50 & akan dipulangkan semula semasa pemulangan kereta nanti. Hahaha...murah kan...rezeki la tu...

Bila difikirkan semula, bukan senang sebenarnya nak dapatkan harga yang ngam. Bila dah ngam harga, kereta plak tak ada, kadang ada jugak yang tiba-tiba naikkan harga. So, berhati-hati lah apabila berurusan.

Kereta sewa kami di hantar ke Bella Vista Resort, Kuah kerana kami menginap di situ. Tetapi bila nak pulangkan nanti, kami akan hantar ke airport sebelum nak berlepas pulang.

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku merasa pakai kereta vios kan. Hah apa lagi, memang aku la jadi driver of the vacation untuk kali ini hehehe..

PANTAI TANJUNG RHU

Sejurus kami terima sahaja kereta sewa kami, kami terus menuju ke Pantai Tanjung Rhu dimana yang di war-warkan pantai ini sangat cantik oleh orang tempatan berbanding Pantai Chenang pada ketika ini, tahun 2014. 
Perjalanan lebih kurang dalam 30 minit sahaja dari Kuah & kami sampai di sana dalam jam 6 petang. Waktu yang sesuai untuk menikmati keindahan pantai & 'sunset'. 
Sesungguhnya sememangnya cantik Pantai Tanjung Rhu ini, pasir nya lembut, bersih & terjaga lagi. Kami pun apalagi duduk tepi pantai itu sambil menikmati keindahan matahari terbenam...cantik sangat...tak pernah dapat menikmati keindahan macam ini, selalunya mesti ada sahaja gangguan..betapa besarnya ciptaan tuhan...



Alright, kita sambung di coretan yang seterusnya... =)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved