02 di pendang - Google Blog Search |
Pasar Tani <b>Pendang</b> II Bantu Tingkat Pendapatan Petani. | MadaTv Posted: 27 Feb 2014 06:12 AM PST Share the post "Pasar Tani Pendang II Bantu Tingkat Pendapatan Petani." Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mencadangkan kepada pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi menubuhkan sebuah Pasar Tani di Pendang. Oleh yang demikian, Pasar Tani Pendang II dibuka pada setiap hari Khamis jam 3 petang hingga 8 malam bertempat di Pusat Kraftangan dan Industri Asas Tani Mada, Jenun, Pendang bermula pada 27 Februari 2014. Pasar Tani Pendang II ini menyediakan pelbagai jualan seperti barangan basah, barangan kering, jualan pakaian dan banyak lagi sama seperti pasar tani di tempat-tempat lain. Menurut FAMA, Pasar Tani mula ditubuhkan pada 31 Januari 1985 bertujuan mewujudkan ruang pasaran tersendiri bagi petani atau pengeluar untuk memasarkan hasil keluaran mereka sendiri terus kepada pengguna selari dengan konsep "Medan Pertemuan Pengeluar Pengguna". Pelbagai kategori pasar tani ditubuhkan seperti Pasar Tani Mega, Pasar Tani Desaraya, Pasar Tani Borong, Pasar Tani Kekal dan juga Pasar Tani Bunga yang bersuasanakan karnival, mudah alih dengan identiti tersendiri. Antara objektif pembangunan Pasar Tani adalah meluaskan pasaran hasil pertanian, memperkuatkan kuasa tawar menawar, mengurangkan pergantungan pengeluaran kepada orang tengah dan meningkatkan pendapatan petani. Selain itu, ia juga merupakan medan memperkenalkan barangan keluaran tani atau barangan keluaran baru, menggalak dan menyediakan tempat memasarkan hasil keluaran khususnya kepada kaum Bumiputera dalam bidang penyertaan. |
You are subscribed to email updates from di pendang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan