Insyaallah jika tiada aral melintang dan diizinkan oleh Allah, saya akan balik ke daerah Sik pada 25 Disember 2013 ini untuk mengendalikan satu kursus fotografi. Kursus yang akan diadakan dengan bantuan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik ini mendapat kerjasama Persatuan Rekreasi Sik akan diadalan di Belannatara Tasik Beris Sik berhadapan Ladang Anggur.
Kursus ini saya berikan secara percuma tanpa mengenakan apa-apa yuran ceramah selama dua hari setengah. Saya mengadakan kursus ini sempena usia saya 55 tahun dan selama 34 tahun bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Inilah hasrat saya selama ini yang terpendam sekian lama untuk mencurahkan ilmu, pengalaman kepada belia dan sesiapa sahaja di daerah saya dibesarkan.
Mengendalikan satu program yang agak besar dan jauh dari tempat tinggal dan kerja sememangnya memerlukan pengorbanan yang besar. Saya harus menjaga kesihatan sebelum tempuh tersebut. Kerana tanpa kesihatan yang baik agak sukar untuk mengendalikan program selama dua setengah di mana menggunakan masa lebih kurang 19 jam.
Saya amat berbesar hati apabila Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik sanggup membantu. Lebih-lebih lagi bantuan sukarelawan dari Persatuan Rekreasi Sik. Saya lebih bersyukur kerana ada seorang dermawan yang telah memberikan sedekah sejumlah wang untuk jamuan pada program ini.
Apa yang ingin saya hebahkan ialah ini adalah sumbangan khidmat masyarakat yang saya mulakan di Sik, kedah dan saya akan bergerak ke banyak lagi lagi tempat selagi terdaya dan mendapat bantuan pejabat belia atau persatuan.
Kepada anda yang berminat bolehlah menghubungi saya di emel: raaios@yahoo.com bagi tujuan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan