ads

Ahad, 16 Mac 2014

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Cuti-Cuti Famili: PERCUTIAN KELUARGA <b>DI TANJUNG DAWAI</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2014 04:02 PM PST

Keluarga mertua saya suka ke Tanjung Dawai untuk membeli ikan kering, ikan masin, ikan bilis dan produk-produk perikanan yang dikeringkan. Produk-produk ini lebih segar dan lebih murah di sini. Kebanyakannya adalah hasil keluaran tempatan; iaitu dari penduduk Tanjung Dawai sendiri tau.
Antara ikan masin kering yang dijual di sini
Saya sudah beberapa kali ke sini, namun tak pernah terfikir untuk masukkan dalam blog ni. Tapi untuk trip kali ini, saya rasa agak berbaloi juga untuk dikongsi sebab tempat ini ada tarikannya tersendiri jika diteliti.
Lokasi Tanjung Dawai seperti yang diterangkan oleh Google Map & WIkipedia.
Keluarga mertua saya suka membeli di kompleks ini sebab banyak pilihan yang ada.
Sambil tunggu makcik Bad pilih-pilih ikan kering, budak-budak comel ni main belon buih yang juga dibeli di sini..
Makcik Bad sedang memilih-milih..
Selepas membeli, kami pon ke Jetty yang berada betul-betul di sebelah kompleks tu. Jalan kaki je dah sampai. Kami lepak-lepas je kat situ sambil layan blues (dan layan anak-anak main belon air).

Inilah jeti Tanjung Dawai Pemandangan di jeti yang sejuk mata memandang Ammar main belon air.. tapi belon tak menjadi sangat.. Tapi bila abah take over tiup belon, barulah meriah belonnya keluar. Seronok anak-anak berlari ke sana ke mari mengejar belon yang berterbangan.. Mak Long Nab, Nenek dan makcik Bad duk sembang-sembang kat bawah wakaf sambil layan baby Muiz dan Adik Wan. Rasa sekejap je lepak kat situ, hari pon dah senja..
Kemudian kami pon pergi ke salah sebuah restoran ikan bakar yang terdapat di tepian pantai Tanjung Dawai. Masa tu kami di sertai oleh Pak Lang Badri, Mak Yang Sarah dan Tokcik berdua. Barulah syok nak makan ramai-ramai.
 Makanan dah nak abis baru teringat nak amik gambo  Adik Amir makan nak suap sendri sekarang..
Saya tak ingat apa nama restoran ni, tapi secara peribadi saya berpuashati dengan restoran ini. Ikan yang kami pilih dimasak dengan baik dan sedap. Harganya juga agak berpatutan. Restorannya besar, ada ruangan untuk duduk seperti biasa dan ada wakaf-wakaf yang dibina untuk mereka yang lebih suka bersila. Juga disediakan surau untuk pelanggan menunaikan tanggungjawab kepadaNya, siap asing-asing untuk lelaki dan perempuan. Juga ada tandas, namun pengguna yang tidak bertanggungjawab menjadikan keadaan tandas agak kotor dengan pampers bersepah di lantai. Mungkin pihak pengurusan restoran boleh menambahbaik lagi dengan meletakkan tong sampah di kawasan strategik di dalam tandas dan improve jadual pembersihan tandas dengan meningkatkan kekerapan. 
Apa-apapon, we've had a great time with families!

Azie Kitchen: Gulai Ikan Naim Ikan Sembilang <b>Tanjung Dawai</b>

Posted: 24 Feb 2014 03:20 AM PST


Semasa kuliah Zohor Ustaz Najhan dibuat pengumuman yang ustaz ada membawa rempah segera Naim Gulai Sembilang yang juga dikatakan masakan sajian istana kerana Sultan Kedah selalu dihidangkan dengan lauk ini. Malahan Gulai Ikan Sembilang Naim ini sangat femes di Tanjung Dawai. Ianya disediakan panas panas di dalam bekas claypot apabila dipesan oleh pelanggan. Rahsia untuk menjadikan ikan sembilang tidak hanyir adalah dengan memicit hidung bagi mengeluarkan lendir. Tapi untuk gulai hari ini, saya menggunakan ikan duri kerana tiada ikan sembilang.
Oleh kerana di bekas rempah segera tidak ada detail, saya menelefon di nombor yang diberi untuk mendapatkan lebih maklumat. Saya diberitahu yang cara menggunakan rempah segera ini sangat mudah. Cuma perlu diambil rempah dan masukkan air yang bergantung kepada kepekatan yang disukai. Jika lebih suka cair, masukkan lebih air. Kemudian kacau sebati sebelum dijerang di atas api. Bila kuah mulai mendidih, masukkan ikan dan diikuti sayuran seperti bendi atau terung. Bolehlah diangkat bila ikan telah masak dan kuah telah terbit minyak. Tak perlu dimasukkan minyak, tak perlukan masukkan garam atau asam. Semuanya telah disediakan dengan secukup rasa. 1 bekas tupperware yang beratnya 500 gram adalah untuk 1 kilogram ikan. Selain ikan sembilang, boleh juga digunakan lain lain jenis ikan. 
Mengikut ustaz, sebahagian dari hasil penjualan pada hari ini akan disumbangkan kepada rumah anak yatim. Tapi saya lupa pulak nama rumah anak yatim tersebut. 





Memang sedap sangat gulai ikan ini. Semerbak baunya semasa sedang dimasak. Jadi kalau ada sesiapa ingin mencuba, bolehlah dapatkan rempah segera Gulai Ikan Sembilang Naim Tanjung Dawai. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved