Khamis, 27 Mac 2014

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Pisau <b>Kedah</b>: Tahniah !!! Adun Gurun <b>Di</b> Lantik EXCO Ke 9 Kerajaan <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2014 02:15 AM PDT

ALOR SETAR - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun Datuk Dr Leong Yong Kong hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Kedah.

Dr Leong, 54, yang juga Timbalan Pengerusi MCA Kedah mengangkat sumpah di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah dan tiga anggota jemaah yang lain di Istana Anak Bukit di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan kesemua anggota exco kerajaan negeri.

Dr Leong merupakan exco yang kesembilan dilantik.

Sebelum ini Mukhriz hanya melantik lapan orang exco berbanding amalan biasa 10 orang, dengan satu daripada dua kekosongan itu dikhaskan untuk wakil daripada MCA.

Dr Leong berkata selepas ini beliau akan berjumpa dengan Mukhriz bagi membincangkan portfolio yang bakal dipegangnya.

"Selepas diberi tugas, saya akan jalankan dengan sedaya upaya demi kepentingan kerajaan negeri dan rakyat serta membantu melancarkan perjalanan jentera kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah itu.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang memperkenan melantiknya sebagai exco kerajaan negeri.

"Terima kasih kepada rakyat negeri ini yang turut menyokong saya," katanya.

Mukhriz sebelum ini dilapor sebagai berkata portfolio yang disedikan untuk wakil MCA ialah Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan